Daisypath Wedding tickers

Monday, December 31, 2007

happy new year

新年あけましておめでとうございます。良い年になりますように。

Selamat Tahun Baru.Semoga tahun ni lebih baik daripada yang sebelumnya.

Saturday, December 29, 2007

cinta rindu disesal jangan

Ada permata di dalam tangan,
Dibungkus dengan kain baldu;
Jika bercinta menyesal jangan,
Ada rang tua sembunyi rindu.

-Hikayat Malim Deman atau Hikayat Awang Sulung Merah Muda-

Friday, December 28, 2007

berat kaki melangkah,berat lagi mencari arah..

Pergilah sejauh mana yang kamu mahu.
Tapi,
Ingatlah jalan pulang.

-autojohnography-

Saturday, December 22, 2007

segala yang tertinggal

Untuk melangkah ke depan,ada jejak yang perlu kita tinggalkan.
Meninggalkan bukan semestinya melupakan...

Wednesday, December 19, 2007

berkorban,dikorbankan,terkorban

Harus kau fikirkan.

1.Berbaloikah korban rindu keluargamu dengan usahamu di sini?
2.Apakah rasa yang telah dikorbankan oleh ibumu,bapamu,adik-beradikmu,saudara-maramu untuk membenarkanmu mengaji di sini?
3.Setimpalkah usahamu dengan rindu yang terkorban selama mu berada di sini?

p/s - dari 'yang di sini' untuk 'yang di sini' jua..

Monday, December 17, 2007

bertahan II

Bicara tentang sukan,macam-macam datang melambai.Kejayaan,kekalahan,suka-duka,kawan-kawan,dan macam-macam.Sukan yang paling lama ditinggalkan,hoki,adalah sukan yang paling seronok dalam ingatan.Hokilah sukan pertama yang aku terpilih untuk mewakili sekolah.Itupun ketika di tingkatan dua.Semasa tingkatan satu,aku sekadar memenuhi padang latihan sebagai persiapan mental dan fizikal bak kata abang-abang seniorku.Rata-rata pemain lain pernah mewakili sekolah rendah masing-masing kecuali aku;sekadar pernah bermain dengan abang-abangku di rumah.Dengan skill tidak sehebat mana dan pukulan yang berterabur,aku bersyukur kerana masih mampu terpilih menyertai skuad hoki sekolah.

Namun,sesuatu yang tidak ku jangka berlaku ketika di tingkatan empat,bermain dalam pertandingan Hoki Terbuka KL sempena Hari Wilayah,1 Februari 2001,di Stadium Hoki Lembah Pantai.Dengan 6 orang sepasukan,perlawanan pertama menentang pasukan Kuala Lumpur Bawah 18 Tahun A.Sememangnya kekalahan sudah kami jangkakan kerana pasukan ini adalah pilihan untuk muncul juara kejohanan.Beberapa pemain pasukan KL A ini kini bermain mewakili Malaysia seperti Kelvinder Singh,Tengku Ahmad Tajudin dan Engku Abdul Malik.Dan tak disangka-sangka,di separuh masa pertama,kekuatan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang.Beberapa serangan berbahaya dapat kami patahkan,dan gawang gol masih dapat bertahan.Penonton bagaikan terhibur dengan perlawanan kami.Setiap sisi stadium menjerit memberikan sokongan kepada pasukan kami yang dilihat mampu memberi saingan kepada pasukan pilihan ini.Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan.

Bermula sahaja babak separuh masa kedua,pasukan KL A bermain lebih agresif dan terus mengasak gawang kami.Malangnya,kami gagal dalam menahan asakan pertama dalam separuh masa kedua yang menghasilkan gol pertama dan menghantar aku ke hospital itu.Perjuangan ku untuk pasukan hoki pada hari itu berakhir di situ.Pasukan ku tewas dengan jaringan 0-3.

Dan,sejak detik itulah aku berulang alik ke Hospital Universiti(UH) seminggu sekali untuk 5minggu berturut-turut.Dan,kecederaan itupun kekal di 'sini' selamanya.

Friday, December 14, 2007

bertahan I

Sekonyong-konyong ia datang,berbondong.Rasa ingin ber;

bergitar,bernovelpuisi,bernyanyinasyid dan berconga.Dan,yang paling penting,bersukan;hoki,badminton,bola sepak.

Sabarlah,sayang.Masanya belum tiba...
(kemahuan tak dapat dihilang,cuma dapat ditahan.)

Friday, December 7, 2007

Sampai Syurga by Faizal Tahir

Lagu & lirik oleh Audi Mok & Faizal Tahir & Ahmad Izham Omar

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasakan begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hadiah yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku,masih kamu
Belum pernah ku terus ingin menunggu

Aku lemah tanpa kamu
Ku ingin mu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku ingin mu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu bahgia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta dari mu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku ingin mu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Tuesday, December 4, 2007

di mana?

Ke mana pergi?

1.Kebijaksanaan Emosi(EQ).
2.Motivasi diri.
3.Disiplin.
4.Kebijaksanaan Intelektual(IQ).
5.Cita-cita,harapan,impian.
6...

Friday, November 30, 2007

maharajalela

Bila dilanda masalah,aku sering gelabah tak tentu arah.Akal entah ke mana,emosi bermaharajalela.Lantas butir bicara semberono,perilaku menyakitkan hati.Makanya,andai ada terkasar bahasa,dan terasa hati sepanjang ketidakstabilan emosi itu,maafkan daku.

Apapun,semoga umat Islam kembali bersatu(bukan berpecah-pecah seperti sekarang) dan kembali gemilang(gemilang yang sebenar-benarnya,bukan setakat cogankata).Maka haruslah kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Sunday, November 25, 2007

ACL,PCL,MCL



Doktor tak memberitahu aku ligamen mana yang putus,tapi berdasarkan encik wikipedia dan keratan rentas lutut hasil pengimbas MRI yang ditunjukkan pada aku,barangkali aku putus ACL(Anterior Cruciate Ligament).

Pembedahan adalah perlu untuk kembalikan ligamen.Namun setakat ini aku belum ada masa untuk berjumpa doktor pembedahan.Apapun,aku perlu berehat dari sebarang aktiviti fizikal selama sekurang-kurangnya 2 bulan.

Sekian laporan kesihatan ku yang tidak seberapa.Moga Tuhan merahmati kita dan tetapkan iman kita semua,tak kira apa keadaaan sekalipun;susah ataupun senang.

Sunday, November 18, 2007

berjalan..

Operation atau pembedahan mungkin sesuatu yang mengerikan bagi semua orang.Tapi,kalau itu sahaja jalan yang Dia beri untuk aku kembali berlari riang,maka itulah jalan yang akan aku pilih.

Tuesday, November 13, 2007

noda

BERSIHkan hati anda!!!Moga tidak rentung pahala kita.

MARILAH HIDUP TANPA PREJUDIS DAN BURUK SANGKA

p/s - anda adalah kamu dan saya

Sunday, November 4, 2007

jalan-jalan makan fugu

Kami ke Shimonoseki semalam,makan fugu.Tiba di Shimonoseki agak lewat,kira-kira jam 1.20.Biasanya ikan fugu sudah habis terjual pada masa puncak(masa makan tengahari)begitu.

Dan seperti yang dijangka,ikan fugu dalam almari kaca hanya tinggal satu.Tidak cukup untuk kami semua.Namun,disebabkan kami pelanggan biasa di kedai itu,kami berjaya juga mendapatkan ikan fugu.Itupun setelah bertanya;sama ada selain ikan fugu yang dipamerkan,masih ada ataupun tidak.Syukur,stok masih ada,dan cukup-cukup untuk kami berlapan.Cumanya,ikan fugu begini sedikit berbeza dengan gambar sebelum ini.

inilah rupa ikan fugu sebelum disantap

dan ini hasilnya setelah dilahap

p/s - kebiasaannya ikan fugu separa goreng dipamerkan di dalam almari kaca.dan yang berada di dalam almari kaca itu sajalah yang dijual di kedai pada hari itu.sistem kedai ini ialah setiap pelanggan perlu mengambil ikan fugu atau apa-apa sahaja makanan di dalam almari kaca dan diberikan pada kaunter pemanasan untuk dipanaskan semula atau dimasak,sambil memberitahu nombor meja untuk dihantar.(maaf,asyik sangat makan sehingga lupa mengambil gambar almari kaca dan kaunter pemanasan).itu untuk lauknya sahaja.nasi dan kupang boleh dipesan di meja makan seperti kedai-kedai biasa.

Sunday, October 28, 2007

Ikan Fugu,Lukisan & Jimson



Dua kali hadap,baru berjaya khatam sambungan detektif indigo ini.Saya merasakan cerita ini takkan terhenti di sini.Faisal Tehrani seakan menggambarkan kesinambungan episod seterusnya pada penamat cerita ini.Barangkali masih dalam pembikinan.

Apapun,saya seakan gembira ikan Fugu atau ikan buntal(rasanya seperti daging ayam)menjadi salah satu aset penting dalam cerita kali ini.Satu fakta yang agak menarik minat saya dalam novel kali ni adalah mengenai pengharaman pemakanan ikan Fugu di Jepun pada tahun 1983.

Ikan fugu memang dikenali sebagai ikan yang beracun.Sesiapa yang memakannya boleh mati sekiranya toksin yang ada dalam ikan fugu tidak dibuang dengan betul sebelum memasaknya.Satu perkara yang tidak diceritakan dalam novel adalah mengenai pemakanan ikan Fugu yang masih ada sehingga ke hari ini.(Barangkali kurang relevan untuk dimuatsertakan).Jepun sememangnya telah mengharamkan pemakanan ikan fugu pada 1983 kerana terdapat kes di mana pemakan ikan fugu mati kerana toksin dalam ikan fugu yang tidak dibuang dengan betul.Namun setelah beberapa tahun,dengan teknologi dan kajian yang mendalam,Jepun kini telah membenarkan ikan fugu dimakan semula di kedai-kedai tertentu.Kedai-kedai terpilih ini mempunyai lesen yang mengesahkan mereka mempunyai kepakaran membuang toksin ikan Fugu dan ikan Fugu yang dimasak terjamin selamat untuk dimakan.

Dan saya juga gembira kerana pusat pengeluaran ikan Fugu yang terbesar di Jepun terletak di kawasan saya berada sekarang,Yamaguchi-Prefektur.Atau lebih tepat lagi di bandar Shimonoseki,kira-kira setengah jam perjalanan dari rumah.

inilah gambar ikan Fugu yang telah digoreng

p/s - ini bukan review buku.sekadar bercerita tentang kaitan buku ini dengan diri sendiri.klik pada perkataan 'ikan Fugu' pada perenggan kedua untuk maklumat tentang ikan Fugu di wikipedia.

Monday, October 22, 2007

rasa

Rasa itu datang lagi.Dekat dan kedap.Dan seperti selalunya,ia berpakej.Atas landasan sejuk.












MALAS

Lagu Untukmu

Lagu Untukmu
Oleh : Meet Uncle Hussain

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan alur hidupmu bukanlah aku

*
Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah

(ulang *)

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Hoa…hoa….hoa…..

p/s - lagu tema cerita Kami di 8TV yang mengisahkan tentang anak-anak muda yang minat muzik underground.Dan Meet Uncle Hussain adalah satu band undergroundnya.Melodi segar bagi yang sudah bosan dengan melankolik arus perdana(mainstream).Lirik jiwang?Abaikan.Semua lagu adalah jiwang.

Thursday, October 18, 2007

Puasa Lah Enam

Syawal sudah menjengah tujuh,puasa enam bagaimana?

"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan,kemudian mengikutinya dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun."
Hadith riwayat Abu Daud dari Abu Ayub.

YOK,KITA SAMA-SAMA BERPUASA ENAM!

p/s - yok dalam bahasa jawa bermaksud jom.

Sunday, October 14, 2007

Aidilfitri

rakyat Yamaguchi yang beraya di Jepun kali ini

Aidilfitri menjelma tiba.Meski begitu,raya bagi kami di sini hanyalah pada hujung minggu.Sekejap,sekelip mata.Bagi yang ada repot eksperimen,raya hanyalah sehari sahaja.Manakala yang lain-lain,masih mampu beraya untuk hari kedua.

Dan hari ni,kembali seperti hari biasa.Tiada apa yang istimewa.Sekadar Syawal di dalam jiwa.

SALAM SYAWAL.SALAM PUASA ENAM.SALAM AIDILFITRI UNTUK YANG MASIH MENYAMBUTNYA.

Wednesday, October 10, 2007

raya?

SALAM RAYA & MAAF ZAHIR BATIN & HALALKAN MAKAN MINUM

Buat kesekian kalinya,aku tak rasa beria nak raya.Ya,tak beria.Langsung tak.

Kali ni,tahun ketiga.Maknanya untuk kali ketiga aku akan beraya di sini.Walaupun tahun ni tak macam tahun lepas;raya di dalam kelas,aku masih tak terasa apa-apa.Aku sendiri pun tak percaya;macam mana lah aku boleh tak terasa haba(baca:bahang) raya tahun ni.

Mungkin aku sedih sangat sampai aku terlupa pasal raya.(sedih mengatasi suka).Maklum lah,tak dapat beraya bersama keluarga tercinta.Emak,ayah,adik,Uda,Angah,Along.(Haha.Bergenang air mata bila tulis macam ni.Berperasaan betullah aku ni!)

Mungkin juga aku risaukan repot eksperimen aku dengan sensei(cikgu) paling cerewet di bumi Universiti Yamaguchi ni.Semalam dah kena 'basuh' habis-habis.Gara-gara aku terlupakan pantang dia dalam merepot.

Biar apapun alasannya,aku tak gembira dengan kemampiran Syawal kali ni.

Dan di kesempatan ini(ayat klise),aku menyusun sepuluh jari(klise juga) tangan dan sepuluh jari kaki memohon ampun dan maaf andai ada yang terguris hati ketika membaca dan menjengah di sini.Semua itu bukanlah disengajakan,meski banyak yang disengaja.Halalkanlah segala yang terhutang dan termakan(budi,'body',nasi).

Akhir kata,
1.SELAMAT BERHARI RAYA
2.PANDU LAJU,SAMPAI CEPAT(ke mana?pilih sendiri!)
3.SELAMAT BERLUMBA DI JALAN RAYA
4.Pantun Jawa untuk semua

krokedal huntel nyekeli boyo
endas singo tugu singopuro
kulo sekeluargo ucapne selamet royo
keluputan seng akeh-akeh dingapuro.

p/s - pantun jawa tu aku ambil dari blog abg saharil.Tak dapat tangkap makna semua baris.Baris satu;Crocodile Hunter menyakat buaya.Baris tiga;kami sekeluarga ucapkan selamat raya.Yang bawah sekali tu;kalau ada salah dan silap,harap diampuni.(tak reti cakap jawa.boleh la takat paham sikit-sikit.itu pun kadang-kadang salah tafsir.haha)

Tuesday, October 9, 2007

sedikit saja lagi..

Sedikit sahaja lagi,ia berlalu pergi.Pergi terus dan terus pergi.Kembalinya sudah pasti,penantinya belum tentu lagi.

SELAMAT BERPUASA SETINGGI-TINGGI TINGGI.

Sunday, September 30, 2007

gakkou e ikou!!!(jom ke sekolah!!!)

INSOMNIA?

Oh,tidak.Tidak sekritikal itu.Sekadar jadual tidur yang masih lagi berterabur dan berserabut.Sudah 3.30 pagi.Namun rasa mengantuk masih belum membeban kelopak mata.

Esok sudah Isnin,1 haribulan Oktober 2007;hari untuk aku meneruskan kembali pengajian.Setelah bercuti lebih 40 hari,jadual tidurku lintang-pukang.Bahasa Jepun ku tunggang-langgang.Otak ku bersawang,karat.

Apapun,selamat kembali ke gakkou kawan-kawan di Jepun!

*gakkou - sekolah(budaya Jepun membahasakan universiti sebagai sekolah)

Friday, September 28, 2007

rasa II

Oh ya,tiba-tiba aku teringatkan sesuatu!

Sewaktu berbuka tadi,aku dan rakan berbual kosong sementara menanti makanan tiba.Macam-macam topik dan hal kami borakkan.Dan pastinya,bila ada rakan yang baru pulang daripada bercuti di Malaysia,drama-drama akan menjadi tajuk perbualan.Daripada Manjalara ke Susuk,Cinta Yang Satu,sehinggalah ke Kaber Zero Kaber Hero.(watak Spark dalam Rempit lakonan Zulhuzaimy turut kami bualkan..:-D).

Dan dalam rancak berbual,terkeluar nama Ahadiat Akashah(AA).(aku sendiri tak sedar macam mana terkeluarnya nama itu dalam borak kami).Bermulalah kisah AA di mulut kami.(tidaklah semua hal kami bicarakan.bicara kami sekadar 'melupai' lapar seketika).Tak semua daripada kami mengenalinya,malah ada yang menyangka AA itu seorang perempuan.Dan seperti terkenalnya AA dengan karya-karyanya,kami juga 'ter'bicara tentang karyanya.Budak Setan terpacul dari mulut salah seorang kami.Katanya,itulah pertama kali dia membaca novel bahasa Melayu.Dan,novel itulah yang menghapusluluhkan minatnya pada novel Melayu.(biarpun ada orang lain yang menyukai karya AA,aku lebih terkesan pada ayatnya itu;kerana dia pembaca tegar.dan ya,sudah tentu minatnya kini hanya pada novel Inggeris).

Aku sungguh kecewa kerana kesilapannya memilih novel telah membunuh minatnya pada novel Melayu.Cara pengajaran sastera di sekolahnya turut mengkafankan minatnya pada novel Melayu.Dia sudah putus asa dengan novel Melayu.Mungkin aku harus pinjamkan Perempuan Politikus Melayu(atau ada cadangan lain?) padanya.

Dan aku mendoakan,moga dia berubah hati...

Thursday, September 27, 2007

rasa

Ya,ramadhan sudah menjengah malam ke-16.Dan lailatulqadar semakin mampir.Sambutlah mana yang patut.Tinggalkanlah mana yang buruk.

Salam Mubarak..

Friday, September 21, 2007

langit bintang..

aim the sky
and you'll be among the stars..

Saturday, September 15, 2007

ramadhan

Salam Ramadhan buat semua.
Moga-moga kita dapat memanfaatkan ruang Ramadhan seluruhnya dan Ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita.
Dan ku pohon hapus dosa salah silap pada kalian semua.

Friday, September 7, 2007

rezeki malang

Malang bertimpa-timpa,rezeki melanda-landa.

Ayat tu bukan tentang aku.Cuma aku rasa perlu mengungkapnya dalam entry kali ni.

Semalam,entah macam mana,tayar lori yang aku pandu meletup.Syukur,aku dan kelindan langsung tak apa-apa.Memang mencemaskan dan mengerikan.Nasib baik aku belum memecut.(dah ada niat).Ini semua gara-gara 'okusan' memotong aku setelah keluar dari tol.Aku yang tercabar,sedikit menekan minyak untuk mengejar.

Namun,lori bukan semakin laju,sebaliknya semakin bergegar.Enjin menderam.Aku yang kehairanan lantas mematikan hasrat.Meter suhu malah kosong meski lori sudah bergerak lebih 15 minit.Langsung mencambah rasa kurang senang dan tak sedap hati.Seminit kurang,bunyi meletup kedengaran.Lori tersenggut-senggut.Aku merasakan lori senget ke kiri.Terus aku hala lori ketepi dan memberhenti.Aku dan kelindan turun memeriksa.

Seperti yang kami jangka,tayar lori meletup.Belah depan,kiri.Kami geleng kepala.Nasib baik kelindan terlupa meninggalkan telefon.'okusan' ditelefon dan kami cuba menukar tayar sendiri.Malangnya,kami gagal.Tayar simpanan tak dapat diambil.Skru tersangat ketat.Pemutar skru bengkok.Hampir dua jam kemudian,bantuan tiba.Tayar ditukar dan kami kembali ke tempat kerja.Menyambung kerja memotong tayar lama untuk dijadikan bahan bakar di kilang.

p/s - ketidakbiasaan itu dirancang Tuhan

Thursday, September 6, 2007

merdeka

Kau datang lagi
Dalam bentuk baru
Dalam versi lama

Itu yang kau lakukan sejak dulu

Kau laung sumpah pertiwi
Kau jerit semangat murni
Kau pancur bunga api
Terang benderang
Bergemerlapan
Tapi
Kau sendiri gelap
Dan kau pulang kosong
(Penuhpun,dengan noda)

Mana kau campak erti merdeka?
Apa nilainya merdeka kita?

Erti merdeka kini hanya pada gah sambutan
Pada ringgit yang dikorbankan
Pada lagu tema,perbarisan

Jika badan merdeka
Minda tertawan
Kau biarkan

Merdeka
Tidak sekadar jerit pekik laung sorak tempik

Bangkit
Dan majulah
Terus
Dan terus
Dengan cara sendiri
Tanpa kau sisihkan jatidiri
Tanpa jatuhkan
Orang di sisi

29hb Jun 2007
Mulut Gunung,Ube,Japan
5.10 pagi

Monday, August 27, 2007

senada nadi

Ku susun kata-kata ini
Tika rindu menggerbang di kalbu
Lantas melitup ruang sendu,
menggetar sendi syahdu

Cinta tak seharusnya luntur
Kerana api semakin malap
Dan padam
Pada habis kayan bakaran
Yang tinggal
Hanyalah debu-debu tak mengerti
Bahawa bara itu bisa membakar kembali

Dan rindu
Yang gugur pada dataran hati
Bukan harus
Melayah mengikut desir angin
Bebas berapungan
Lalu lenyap dan pupus

Hati yang selalu kedap
Udaranya pupus
Ruangnya sendat

Biarlah cinta yang subur nanti
Sesegar Rasulullah
Mencintai sepenuh hati
Lebih dari sendiri
Tulus dan suci

Dan ku tulis
Separa nafas
Senada nadi

25 Julai 2007
Teratak Satu Gunung,Ube,Japan

Sunday, August 26, 2007

berangan

Aku selalu membayangkan rupa dan bentuk bakal isteriku dan keluargaku.Anak-anakku,isteri-isteriku.Dia senyum menawan.Pandai masak.Dan yang paling penting,ceria dan pandai mengambil hatiku.Aku selalu imaginasikan begitu.Sedang aku sedar,Tuhan ciptakan ku berpasangan.Sepatutnya bukan atas dasar kehendak ku,tapi atas saling melengkapi.Saling mencukupi.Dan itu yang aku selalu curigai.Bukan mencurigai Tuhan atas qada qadar ku,sekadar mencurigai sikap ku ini.Sikap ku yang begini,siapalah yang bisa meladeni.Adakala seperti anak kecil minta didodoi,adakala seperti orang tua minta disayang dan selalunya seperti orang muda yang tidak mahu dikongkong.Seringkali aku kerisauan memikirkan hal ini.Sikapku tak pernah kekal.Ada saja yang berubah,ada saja yang berganti.Dan yang paling menakutkan aku,hati ku yang tak pernah kekal.Kesetiaan itu selalu saja wujud namun kebosanan itu sering hadir sekali.Bukan atas kemahuan,tapi kebosanan itu senang hadir mengawal perasaan diri,membisik peri negatif..Dan bila kebosanan itu hadir menjengah,aku sering leka dan terbuai dengan nya.Dan itulah punca segala perpisahan yang berlaku selama ini(kebanyakkan nya)Tuhan,ajari aku cara mengasihi hati sendiri dan hati orang kesayanganku.Dan Kau tetapkanlah hati ini pada yang satu.Bukan seperti selalu.Mudah beralih arah,apatah lagi beralih angin.Oh Tuhan,Kau bantulah daku.

23 Julai 2007
Teratak Satu Gunung,Ube,Japan

Thursday, August 23, 2007

dah tiba


berdebar-debar nak buka bungkusan.(agak mengada-ngada disitu:-D)


bila dah buka,dan inilah hasilnya

Dan masanya dah tiba..

Wednesday, August 22, 2007

cakap-cakap

cakap kosong,sia-sia
cakap manis,berbahaya
cakap lapik,ada makna
cakap suka,belum sempurna
cakap banyak,tidak berguna
cakap terus,jimat masa
cakap sahaja,takkan berjaya

Monday, August 20, 2007

berbudi bahasa,cogankata kita?

Menjengah ke blog rerakan(bukan semua),hampir kesemuanya menceritakan tentang budi bahasa rakyat negara kita,Malaysia.Semuanya dalam nada merdeka,bergema sini-sana,bergegak-gempita,lalu terus bersipongang di celah-celah lubang telinga.Dan aku,turut merasa(berasa?) terpanggil(sungguh klise)untuk bercerita tentang budi bahasa rakyat negara kita.

Awal November 2004, Pejabat Imigresen Muar.

S:Encik,boleh tumpang tanya?Biasanya paspot siap berapa lama?
P:Sini seminggu!
T:Tak boleh cepat sikit ek,encik?
P:Tak boleh,tak boleh!Kalau nak cepat,pergi Batu Pahat terus!Kat situ siap 3 hari.Kalau kat sini seminggu.Buat kat sini,nanti kena hantar Batu Pahat jugak.Nak tunggu die proses lagi,semua skali makan masa sminggu.Ni apsal nak cepat-cepat ni?Ni bawak surat beranak sekali tak ni?Kalau tak bawak,tak boleh buat paspot!
A:Kalau pakai i/c saja,tak boleh ke encik?
P:Tak boleh,tak boleh!Tak bawak paspot,tak leh buat paspot.
S:Tak pelah pakcik!

S ajak kami belah.S sakit hati bila pegawai(P) itu mengherdik.Cara dia bertanya kami tentang surat beranak itu sungguh membuatkan aku ingin merodok pusat dia dengan pisau toreh getah sehingga tidak kerupaan pusat lagi.Sudahlah kedekut senyum,diherdiknya lagi.

p/s-Sabar itu indah.Tapi orang yang hilangkan sabar orang lain itu sebenarnya mencari padah!

Sunday, August 19, 2007

di desak desakan

Haha.Sengal sungguh aku hari ini.Berfikiran sepit.(baca;sempit)Lapar,tapi taknak makan.Alasan,makanan tiada."Masaklah!",kata dia."Ayam dan daging semua dah habis.Peti ais kosong.",balasku selamba.(baca;tiada perasaan)"Belilah ikan!",anjur dia.

Kalau dah malas,peti ais penuh pun,belum tentu dapur berasap.BERALASAN ITU BAHAYA,boleh membunuh;diri dan kreativiti.Bila terdesak,otak dan kita boleh jadi HEBAT(bukan tenat!).Dan,sila BERFIKIR DI LUAR KOTAK.SILA ya!Bukan JANGAN!

Wednesday, August 15, 2007

hanabi taikai,13 Ogos 2007



Pertandingan bunga api antara Yamaguchi-ken dan Fukuoka-ken.Seramai 14 orang,dua kereta,satu van serbaguna.Berkumpul jam 10.30.Bergerak jam 11.Tiba di kedai Fugu(ikan buntal) jam 12,makan.Jam 1,bertolak ke Shimonoseki-shi.Sangkut dalam sesak trafik 3jam;sepatutnya setengah jam perjalanan.Majlis bermula 7.50.Sementara menunggu,berjalan di perkarangan.Makan aiskrim;mengisi masa bosan dan terluang.Bunga api yang cantik-hujan rintik rintik.Keujaan pada bunga api hilang,semua berlari mencari teduh.Jam 8.30,balik;lari dari sesak trafik.Malang,kereta tak bergerak hingga jam 10.30malam.Terjumpa jalan singkat;terselamat(sekejap).Di jalan,sesak seakan belum mahu berakhir.Tabahkan hati,pasrahkan diri.Tiba di rumah pada jam 12.45 pagi.Sangat penat;tersangkut dalam perjalanan.

p/s-sangat pendek;sangat penat dan sangat singkat

Tuesday, August 14, 2007

Sunday, August 12, 2007

selepas pereksa...(10,11hb Ogos 2007)





Hari berakhirnya peperiksaan bermula dengan bermain bunga api.Atau dalam kata lain,bermain 'bakar duit'.Lokasi tahun ini agak sama seperti tahun lalu.Bezanya,lokasi kali ini lebih lapang dan lebih 'terang'.(sebab ada lampu)Permainan bermula pada jam 9 malam.Dan seperti biasa,rancangan awal untuk bermula pada jam 8 tidak dapat dipatuhi atas sebab-sebab yang amatlah tidak dapat dielakkan.(kami orang Melayu.masa kami 'tidak berapa' emas)Maka,bermainlah kami pada jam 9 itu menuju sedikit lebih jam 10.Setelah penat bergumbira(bergembira) dan kejar-mengejar semasa bermain bunga api tadi,kami kelaparan.Kelaparan yang disengajakan.Kerana perancangannya adalah makan selepas bermain bunga api.Dan teruslah kami menuju ke Joyful,tempat makan pilihan terunggul kami beramai-ramai.(kalau lah ada mapley atau satay kajang di sini...)Makan punya makan,tanpa kami ingin sedari,masa telah berlalu dan menunjukkan jam 12 tengah malam.Dan ketika sibuk membayar bil masing-masing,ada yang mencadangkan bermanda umi(laut) pada hari ahad,dan bermain bola pada sabtu hari.Namun,setelah masing-masing memberikan pandangan(jelas dan kabur),kami mengisytiharkan menuju ke umi pada sabtu hari tanpa berbekalkan daging barbeque.Dan atas sebab pengisytiharan itu agak mengejutkan dan dengan perancangan yang amat tidak teliti,maka berlakulah silap faham antara peserta manda umi(laut).

Perjalanan yang sepatutnya bermula pada jam 8 telah menjadi sedikit lewat.(maaf pada yang datang awal)Ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti ketidakbangunawalan dan kesilaptahuan,kami berkumpul pada jam 9.15 pagi.Dan bermulalah perjalan kami ke Hagi untuk bermanda.Perjalanan kami memakan masa sekitar sejam setengah lebih-lebih atau pendek kata,2jam.Umi(laut) tersangatlah lawa(cantik) dan pasirnya agak halus.Tiada ombak besar,dan angin sepoi-sepoi amatlah membarakan semangat kami untuk bermanda.(bukan bercanda)Namun,terik matahari seakan cemburu dengan kulit kami yang sedia gelap ini,lalu menterikkan lagi pancaran nya.(hiperbola?)Namun,peduli apa lagi,kami lantas bersiap-siap.Bukan untuk bermanda,tapi kami makan dulu.Lapar katanya.Maka,makanlah kami dengan pelbagai rupa.Ada yang lahap,ada yang gelojoh dan ada juga yang sopan seperti biasa.(melankolik?)Namun,tidaklah kami makan berat-berat kerana berat itu hanya akan mengembungkan perut-perut kami.Kami sekadar beralas perut dengan roti gulung(betul ke?) dan popia goreng.Sungguh menyelerakan tatkala kami semua masih belum bersarapan meskipun matahari sudah mencarak di atas kepala.Dan acara yang ditunggu-tunggu;acara bermanda pun tiba.Masing-masing bermanda dengan sejuta gaya.Berenang dengan pelbagai rupa.Buaya,biawak,mentadak-mentadu,malah ada yang seperti sesumpah.(?)Sambil mandi itu bermain lah kami-kami polo air.Namun tidak lah semua orang bermain kerana ada yang separa limpik,tidak mampu bermain.Pada jam 13minit kurang satu,kami terasa kepenatan dan kelaparan.Maka bersantap lah kami.Selepas solat zohor,kami bermain bola tampar dan bermain polo air lagi.Kali ni di temapat lain.Sungguh mengujakan dan memenatkan.Sehingga atlet paralimpik kami juga turut sama menyertai.Namun,sebelum pulang,ada yang terdengkot-dengkot berjalan.Haha.Padan muka.Dah tak boleh main,buatlah cara tak boleh main.Ni degil.Nak main gak.Kan dah sakit.Kami pulang sekitar jam 5 petang dan tiba di rumah masing-masing pada jam 7 malam.

Sekian laporan aktiviti masyarakat Ube,Japan.

Moral:jangan bersukan tika lutut anda sakit.Nanti menderita.

Wednesday, August 8, 2007

buku

yang aku inginkan...
Bila Tuhan Berbicara - Faisal Tehrani
Ikan Fugu,Lukisan & Jimson - Faisal Tehrani
Ayat-ayat Cinta - Habiburrahman El Shirazy
Justeru Impian Di Jaring - Zaid Akhtar
Membina Hati Bahagia - HM Tuah Iskandar
Nak Ke Tak Nak - HM Tuah Iskandar
Membina Rasa Cinta - HM Tuah Iskandar

yang aku nantikan...
Manikam Kalbu - Faisal Tehrani
Tuhan Manusia - Faisal Tehrani
Bedar Sukma Biru - Faisal Tehrani
Nama Beta Sultan Alaudin - Faisal Tehrani

kalaulah ada yang bermurah hati nak 'bagi'..pinjam pun jadi lah..tapi,jangan sekarang..tunggu lah bila dah habis pereksa jumaat ni ye!..

p/s - aku selalu tamak.Kekasih Sam Po Bo yang dibeli tahun lepas pun tak khatam-khatam lagi.tak masuk Cinta Sengkuriang Rindu Oedipus,Enrique Mengundang Jauh..

Tuesday, August 7, 2007

mutung dan mutu

1.Mutung - patah hati
2.berhati mutu - bersedih hati

perkataan baru hari ini.
sumber - kamus dewan

Wednesday, August 1, 2007

gemuruh

Tamat untuk minggu ini.Tinggal satu 'je' lagi.7 dah berlalu.Satu dah lulus,satu kena 'duduk semula'.Yang lain?Tak berani cakap.Usaha tak sehebat berharap.Apapun,layan lagu ni untuk 'naik semula'...

Gemuruh by Faizal Tahir
Lagu Tema MyStarz LG

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkerlipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya akan terbukti nanti

Sunday, July 29, 2007

bulan yang cantik

Bulan yang cantik
Hati yang perit
Jiwa yang tersepit
Kepala yang sakit..

Wednesday, July 25, 2007

revolusi minda antarabangsa

Revolusi Minda Antarabangsa by Kluk Kluk Adventure
Album : Revolusi Minda Antarabangsa
Genre : Ska

Hari-hari ku menanti khabar
Institusi penuh erti
Revolusi minda antarabangsa
Kenapa masih belum terjadi

Pembunuhan kesusahan bagai penyakit
Ku perlukan doktor hati
Untuk baiki minda bangsa ini
Marilah bangun dari kerusi

Hari-hari ku menanti khabar
Institusi penuh erti
Revolusi minda antarabangsa
Kenapa masih belum terjadi

Tahukah kau erti cinta bangsa
Sedarkah kau erti tulus hati
Sudikah kau meluhurkan janji
Kenal erti hidup ini

Pembunuhan kesusahan bagai penyakit
Ku perlukan doktor hati
Untuk baiki minda bangsa ini
Marilah bangun dari kerusi

p/s - sila ketik manual pada konsesi pemain untuk mendendang lagu.pemain seperti tidak automatis lagi.harap kaget.

Tuesday, July 24, 2007

jerawat(versi peperiksaan)

Satu jerawat matang muncul di tepi dagu(jangan kira!)
Satu lagi muncul di tepi dahi(jangan kira la!)
Kali ini jerawat biasa
Dan satu lagi di bawah anak rambut(jangan kira la,tak reti bahasa ke?!)
Dan ini bukan yang biasa




Ini jerawat dosa..

p/s-jangan tanya makna.aku sendiri tak tahu.tetiba datang ilham tulis benda ni.

Saturday, July 21, 2007

batas kata

Dalam keterbatasan kata
Terlukis ruang tak terjangkau bicara..

Ruang tangis tanpa sedu sedan...

sendiri

Sendiri gaul
Sendiri tala
Sendiri layan
Sendiri gila...

Monday, July 16, 2007

puncak ketinggalan

Ayat klise yang kau laungkan
Penat kami kedengaran
Slogan yang kau calonkan
Perit kami sahut-sahutan

Dan dalam pengertian
Kami nanti-nantikan
Kau memuncak tak ketinggalan

Thursday, July 12, 2007

bintang

Temani aku
Mencari bintang
Lorongi aku
Ke sinar bintang
Temukan aku
Dengan bintang segar

melihat bintang

Melihat Bintang by Hafiz Hamidun
Album: Hafiz Hamidun(2007)

Bila mentari menyinar
Ku rasa bahangnya membakar
Bila mentari tunduk ke bumi
Ku rasa diri ini sunyi
Tiada teman,seorang diri

Dalam kepekatan malam
Ku lihat ada bintang-bintang kecil
Turut bersama

Indahnya ciptaan Tuhan
Pada yang mahu memikirkan
Rahsia segala yang tercipta
Tersembunyi pada kurniaan rahmatNya

Di sebalik terang sinar suria
Ada yang buta melihat dunia
Namun pada malam yang gelita
Ada insan yang terus berdoa

Genre: World Music
Lagu & lirik:Hafiz Hamidun
Susunan & 'mix'ing:Greg Henderson
Gitar:Greg Henderson
Percussion:Byrd
Clarinet:Yusran

Sunday, July 8, 2007

ayah tak pernah

Ayah tak pernah marah
Bila kawanku entah sesiapa
Tapi abah selalu pesan
Pilih kawan cermat-cermat..

Saturday, July 7, 2007

kebelakangan..

i
Kosong satu
Kosong dua
Kosong tiga

ii
Satu kosong
Dua kosong
Tiga kosong

Wednesday, July 4, 2007

lalang

Jangan jadi lalang.

p/s - maaf kawan.kacau kau waktu tak tenang.tapi terima kasih.ajar aku benda baru.lalang tu perkataan lawan bagi laling(pelat bg darling)..huahaha..

Sunday, July 1, 2007

julai

i
Jeff Ooi kata nak semua bangsa di Malaysia disatukan.Bahasa dan pakaian juga disamakan.Maka,jadilah kita bangsa Malaysia yang punya bahasa Malaysia dan pakaian Malaysia sahaja.Kalau terjadilah idea dia tu,bahasa mana dan pakaian manalah agaknya yang akan jadi pilihan,ek?Ada 'pros' dan 'cons' di situ.
Dan alang-alang semua sama,agama pun akan disamakan agaknya.

ii
Ini adalah kesinambungan dari hasil 'meeting'(Intan Rogayah panggil 'dating').

PERHATIAN!
LUTUT 'SPARE PART' BELUM DIJUAL DI PASARAN TERBUKA.
HARAP MAKLUM.

Saturday, June 30, 2007

lambat

Lambat benar aku terbit dalam hidup matahari hari ini..

Wednesday, June 27, 2007

dan apabila

Dan semalam pun berlalu dengan senyum tawa riang ria.Berlalu tanpa seguris duka lara pedih sengsara.Dan dalam separa sedar,aku senyum nipis.SMS ku terima...

p/s - entry lepas geram ini khas buat yang mengingatkan aku tentang erti hidup dan qada qadar.serta merisaui aku.moga Tuhan melimpahi rahmat buat dikau/kalian.

hasil meeting

Dan dia berkata,

"Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.Biarlah masa yang menentukan.Ia akan seperti sediakala semula."

meeting

Pagi ni,aku ada 'meeting' lagi.Entah apa pula la kali ni.

Sunday, June 24, 2007

hidup ini

Hidup Ini by Gerhana Ska Cinta
Album : This Is The Ska Beginning(2006)

Hidup ini kan bererti
Jika lebih dihargai
Dengan jalan kau sendiri
Moga capai yang dihajati

Tapi pasti ada masa
Kau terjatuh dan kecewa
Hapuskanlah airmata
Senyumlah kau dengan rela

Hadapilah hidup ini
Susah senang kau tempuhi
Terimalah apa saja
Kurnia ini

Berserahlah pada tuhan
Apa yang telah kau lakukan
Dengan doa dan harapan
Bersabarlah....

Wednesday, June 20, 2007

peluang

i
Peluang kedua
Adalah anugerah termahal
Yang dikurniai Nya

ii
Hasil catan Nya,kita tak berhak menilai
Menerimanya pun,belum tentu layak

p/s-moga aku redha dan tabah dgn ketentuanNya..

Sunday, June 17, 2007

tak reti bahasa

Aku ni memang jenis yang tak reti bahasa.Dah terhantuk,barulah aku nak tengadah.Minggu ni minggu yang paling malang.Ibarat jatuh ditimpa tangga.Macam tu lah aku.Bermula dari jumaat,membawa ke sabtu dan ahad.Dan aku dapat rasakan ianya akan berterusan untuk satu jangka masa yang panjang.Dan sehingga nasib malang yang bertimpa-timpa tu habis,barulah aku akan meng'update' blog ni.Dan bagi juak-juak pembaca sekalian,ampunkan aku kalau ada salah silap selama aku menulis di blog ini.Sama ada yang sengaja,mahupun yang tak disengajakan.Dan aku akan muhasabah diri sambil merenung dosa-dosa pada kau-kau dan Dia.Doakan malang ku ini cepat habis.Salam aman buat semua.Salam.

Thursday, June 14, 2007

dia buat lagi

Macam-macam betul lah.Sakit hati aku.Kalau kau orang tak sakit hati pun,kesian-kesian kan lah yang tak berapa nak mampu.Semua nak main.Tapi yang kena main siapa?Aku berani kata,sikit hari lagi,naik lah tu.Macam tak biasa pula.Inikan drama Melayu.Melankolik dan klise.Aku boleh teka kesudahan dan klimaks nya.Kalau lain pun,ada lah bab konflik yang di putarbelitkan sikit.Yang lain insyaAllah sama.Dan kau orang,bersedialah!Harga susu pekat manis akan naik tak lama lagi.Harap maklum.

p/s-aku dah buat link sumber berita ni,tapi tak jadi apa pun bila di 'publish'.ada sesiapa tahu cara buat link yang betul selain klik pada ikon 'create link'?

Wednesday, June 13, 2007

kosong & jom bercinta!

i
Bermula dengan kosong.Berakhir dengan kosong.Di tengah-tengahnya kosong.Pengisiannya?

ii
Menurut satu kajian, individu yang tidak bercinta akan lebih mudah berasa tidak sihat berbanding mereka yang sedang asyik bercinta. Ini adalah kerana individu yang sedang bercinta sentiasa dibuai perasaan gembira dan ini membuatkan mereka lebih bersemangat menjalani kehidupan seharian. Sementara mereka yang tidak bercinta, mereka sering berasa kesunyian dan terasa jiwa begitu kosong.

p/s-aku petik ii dari blog orang.macam betul,macam salah.apapun,jangan segalakan cinta.dan aku,masih tidak bercinta.

andai ku tahu

Andai Ku Tahu by Ungu
Album:Surgamu(2006)
Introduced by Intan Rogayah

Andai Ku tahu... kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu...Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Reff:
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa- dosaku
Ampuni aku menangisku bertaubat padamu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

cerpek

Ini cerita merepek.(kependekan;cerpek)Kalau kau tak mahu baca,kau boleh angkat kaki laju-laju.(itu bukan paksaan,hanya cadangan)Aku pening hari ini.Atau dalam bahasa tinggi nya(tinggi dua inci tiga suku),'Hari ini,aku pening.'Aku tak mahu tulis.Tapi kalau tak tulis,aku tak boleh tidur.Aku tak boleh jaga,pasal aku nak tidur.Jadinya,aku tulis atas kategori cerpek.Pasal ada orang suka merepek,ada yang suka serius dan ada yang lain daripada yang berkenaan.Lain padang,lain belalang.Aku tambah,'Lain iman,lain lah syaitan.'Tambah lagi,'Lain kentut,lain lah baunya.'Siang tadi ada pasal-pasal cari jalan(baca;jalan-jalan cari pasal).Di bawah rembang mentari,aku termengada pening kepala.Lagipun,kena pakai topi keledar kaler kuning dan kopiah kertas yang buat kepala aku tak selesa.Ditambah lagi dengan perjalanan yang jauh,aku kepenatan di bawah kepanasan.(kali ni aku berjalan.tak dibenarkan berlari di dalam kilang.sangatlah membahayakan penglihatan dan kesihatan.)Cukuplah.Aku dah tulis.Dan dah mengantuk.Aku dah boleh tidur.Nanti bebila(bebila adalah kata ganda bagi bila-bila.sama lah seperti bebola adalah kata ganda bola-bola)aku sambung.Itupun kalau ada masa.Pasal masa aku selalu tak cukup.Kau orang dapat 24 jam sehari.Aku dapat 23 jam sahaja.Jadi,aku harap kau orang faham.Yang tak faham tu orang-orang.(aku tak tahu kata ganda bagi orang-orang.mungkin eorang,atau iorang,atau oorang?)

p/s-maaf kalau kau rasa sakit hati atau sengal hati baca benda-benda begini.ada yang sengaja aku sakitkan,ada yang tak sengaja.kalau kau tak dapat terima,dan kau rasa sakit dan sengal hati,kau jenguklah blog intan hidayah@intan rogayah.dia boleh ajar cara-cara mencalit yoko-yoko ke hati kau(walaupun bagi aku,ubat sakit hati dan sengal hati memadai dengan koyok sekeping)

Tuesday, June 12, 2007

lari

Penat betul kita lari semalam.Jauh perjalanan.Berpeluh-peluh.Bersungguh-sungguh kita lari.Tapi sayangnya,kita lari dari kenyataan.Tak ke mana pun.

Monday, June 11, 2007

kenduri

i
Teman,tak ku sangka kau menjemputku semalam.Ke kenduri kecil-kecilanmu.Hidangan mu sangat meranjatkan ku.Daging saudaramu sendiri.Dan saudaraku juga.

ii
Teman,maafkan aku.Aku tak sengaja mengajak mu semalam.Kenduri itu juga tidak aku sengajakan.Apatah lagi hidangannya.Namun,kita semua seakan asyik menikmatinya.Aku tak mampu menghentikan.Apatah lagi menghalau tetamu-tetamu yang hadir.Hidangan daging saudara-saudara kita sungguh lazat dan menggiurkan.

Sunday, June 10, 2007

mabuk

Ini adalah selingan.Entry terkini sila skrol ke bawah.

Mabuk by Spider
Album Bintang 12(2007)

Sepuluh sembilan
Katamu satu pun tak boleh pakai
Sepuluh sembilan
Janjimu satu pun tak boleh pegang

Dunia dan apa isinya
Hanya kau yang punya
Segala-gala kau dah ada
Tak cukup kau masih minta tambah

Mabuk bukan mabuk
Mabuk nama mabuk cinta mabuk kuasa

Sepuluh sembilan
Bertemu tak satu bukan khayal
Sepuluh dan sembilan
Putihmu tak satu bukan sihir

Rembulan dan sinar cahaya
Pada yang kau puja
Hanyalah serpihan
Bongkah melayang di angkasa

Rembulan dan sinar cahaya
Hanyalah serpihan
Bongkah melayang di angkasa

Saturday, June 9, 2007

pengumuman

Petang tadi buku catan dosa kami habis.Kami mencari buku ganti.Tapi,ini yang kami temui.Satu pengumuman.

"Maaf.Buku catan dosa tidak dijual di mana-mana.Harap maklum."

Maaf.Bukan pengumuman.Peringatan.

rentung

Semalam pahala bertimbun-timbun kau rentung.



Sebab hasad.

Friday, June 8, 2007

si celaka

Kau tercelaka kerana terpedaya!
Jatuh lubang sama dua kali.

p/s-aku minat dengan 'certot' yang abang shahril kenalkan,tapi aku belum mampu hasilkan certot yang betul-betul bermakna.yang aku sedar,aku memang suka tulis pendek-pendek.

Thursday, June 7, 2007

pisah

Hidup ini adalah perpisahan.Kelahiran juga satu perpisahan.Kematian apatah lagi.Semakin kita tua,semakin berpisah lah masa belakang.Dengan sikap masin tahi hidung,ketiak masam dan tikam-tikam,makin berpisah lah kita dengan kawan-kawan.Dan bagi yang telah berkawin,berpisah lah dengan masa bujang.Dan macam-macim la lagi.Malas aku nak tuliskan.Kendatipun,bagi KAU-KAU dan AKU yang baru nak kenal bau-bau bacin dan masam cinta-cintun(bukan mee cintan..hakhak..),kalau lah ditakdirkan KAU-KAU dan AKU terpisah mahupun berpisah(ada beza ke?),terima je lah.Itukan kehidupan.Kalau tak berpisah terus,itu maknanya KAU-KAU dan AKU dah tak hidup.Harap maklum.

p/s-tahniah Kak Nisah Haron atas kurnia Ilahi,anugerah suci putih bersih.Moga dicorak sempurna mengikut nas-nas yang benar.

Wednesday, June 6, 2007

sempurna

"CINTA BUKAN MENCARI YANG SEMPURNA
TETAPI MENEMUKANMU DENGAN SESEORANG YANG MAMPU MENJADIKANMU SEMPURNA"

p/s-Aku petik dari fs orang.Ada makna,ayat 'power'!

tahniah!

Tahniah kepada Pak Lah.Kau temui juga teman hidupmu.Sesungguhnya tidak dapat aku bayangkan kehidupan kau dengan beban maha berat tanpa peneman di sisimu.Kau perlukan teman,sahabat,pendengar yang bernama isteri.Dan syukur,doa kami dimakbulkan.Kau dikurnia isteri baru.Moga kau kan kekal bahagia ke hujung nafas.Dan moga kau terus memacu kami ke puncak gemilang.Di bawah redha Nya.

satu,dua;pilih!

1
Bilik itu kecil.Rusuk saling bertemu.Nafas tak menentu.Dalam,sempit.Sangat sendat dan kedap.Lemas.Ular,kala jengking dan lipan bara.

2
Lapang.Saujana luas pandangan.Ruang infiniti.Kasturi mengharumi.Bahagia tercipta.

1 atau 2?
Kiri atau kanan?
Syurga atau neraka?

Kita bisa memilih!

p/s-lirik lagu itu bukan entry.itu selingan.kalau aku lupa,tolong ingatkan!

Tuesday, June 5, 2007

maafkanlah

Maafkanlah by Rabbani

Ringankan beban ditanggunginya
Beri saja peluang untuk menebus kesalahannya yang lalu
Beratkah apa yang daku pinta
Lupakan yang terjadi pasti kau tak akan kesali

Air yang jernih itu kan juga keruh akhirnya
Jika ia dicampur walau setitis lumpur
Dan begitu jua HATI MANUSIA
Jika RIAK bertakhta walau sekecil zarah

Tak bermakna....

Jalinkan persahabatan bersih
Buang sifat membenci diri
Jangan kau iri hati dengan temanmu

Akui segala kesilapan
Amalkan kejujuran
Ia tak merugikan

Air yang jernih itu kan juga keruh akhirnya
Jika ia dicampur walau setitis lumpur
Dan begitu jua HATI MANUSIA
Jika RIAK bertakhta walau sekecil zarah

Tak bermakna...

Oh insan maafkanlah
Kesalahan teman seperjuanganmu
Yang selamanya telah pergi
Kasihani dia yang terseksa
Oh insan maafkanlah jika tersalah tutur bicara
Oh insan renungilah ada ganjaran yang menunggu kita

Tika di syurga..

kosong

i
Aku rasa kosong
Kosong aku rasa

Kosong,jangan kongkong aku
Jangan peluk aku
Jangan dekat aku
Jangan pandang aku
Jangan pegang aku

ii
Aku rasa sedih
Tapi tak mampu nangis
Aku rasa gembira
Tapi tak mampu ketawa
Sukakah aku,sedihkah aku?

p/s-ada sesiapa boleh tolong?

Monday, June 4, 2007

rabun

Kita tak pernah buta
Cuma rabun
Kadang-kadang dekat
Adakala jauh

1 banyak-banyak,2 kadang-kadang,3 jarang-jarang,4 sedikit-sedikit

Kadang-kadang kita perlu lupakan bumi untuk menikmati langit
Selalunya kita terus lupakan bumi
Dan kadang-kadang kita perlu berkorban untuk rasa bahagia
Dan selalunya juga kita perlukan bahagia untuk berkorban

Kita perlu ke awan untuk rasa tingginya langit
Dan selam ke laut untuk tahu dalamnya laut
Kita perlu masin untuk faham nikmatnya manis
Dan kita perlu rindu untuk rasa cinta
Derita untuk rasa gembira
Perlu lari untuk cepat sampai
Tapi perlu jalan bila tak larat lari
Namun kita tak perlu musibah untuk ingat Tuhan

Sunday, June 3, 2007

kisah di suatu senja

Pahatkan nisan
Kuntumkan syair
Keluh pujangga
Kasih tak sampai

-Azmil Mustapa
Ali Setan 2-

Alangkah indahnya rindu
Kekal begitu tidak bertemu
Saling berdendam
Saling mendambakan
Alangkah indahnya jika
Rindu kekal begitu.

-Abdullah Jones(AJ)
Sajak-sajak Suci-

Walau seribu daun menutup bangkai gajah
Baunya kita kongsi bersama

Saturday, June 2, 2007

lari laju

Lari laju-laju
Jangan tersadung kaki

Jalan perlahan-lahan
Jangan terlambat sampai

p/s-jalan jalan cari jalan

Friday, June 1, 2007

langit mendung

i
Langit itu tinggi.

ii
Di balik mendung langit itu ada cerah hari.

iii
難しいですね、人の気持ちって。。。

p/s-ini versi kompak

Wednesday, May 30, 2007

lakon

BALAI TUN SYED NASIR,DBP - Mac 2001
Melangkah ke pentas,bermakna kau bukan kau sendiri.Kau adalah watak yang perlu kau lakonkan.Jangan berlakon kerna kau mahukan penghormatan dan penghargaan.Andai itu yang kau cari,kau takkan lama dalam bidang begini.Bak kata abang Rashdie,"teruskan berteater dan jujurlah pada diri".Lakonan itu satu bidang abstrak yang kau perlu rungkai makna pergerakan yang hadir.Setiap pergerakan itu adalah kerana keperluan,bukannnya keterpaksaan.Senyum itu pun ada sejuta jenis.Ketawa pun sama.Kau perlu rungkai dan ciptakan jenis-jenis itu pada dirimu.

YAMAGUCHI,JAPAN - Mei 2007
Begitulah jua dalam kehidupan seharian.Kalau kau rasa kau perlukan pergerakan itu,kau teruskan bergerak.Dan begitulah sebaliknya.Namun seharusnya kau sedar,hidup yang kau katakan pentas dan lakonan ini takkan pernah kau ketahui susur galur nya membawa kau ke mana.Dan setakat manakah jalur lurus mahupun jalur bengkang yang kau turuti akan berakhir.Hidup ini pentas yang Dia ciptakan.Takkan pernah sama dengan pentas yang kau lakonkan.Jalan ceritanya tak kau ketahui sehinggalah tiba detiknya,dengan izinNya.Berlainan sekali dengan yang kau pentaskan di lantai lakonan.Semuanya tertulis jelas dan kau ketahui kesudahan dan pengakhirannya.Kendatipun,itu bukanlah alasan kau berlakon bodoh atau menjadi tuli.Kau seharusnya bertanggungjawab atas setiap lakon kau.Kau adalah setiap yang kau lakonkan.Dan yang paling kau harus rasakan,rasa terima kasihmu pada pengarah yang membantu melicinkan dan mencantikkan lakonanmu.Siapa lagi kalau bukan Tuhanmu.Lakonlah yang terbaik untuk dirimu dan Tuhanmu.Di sepertiga jangkahayat normal ini,apakah aku berlakon sempurna?

tuah

Tuah ayam nampak di kaki
Tuah manusia dapat makan ayam
(harharhar...)
-Kaber Hero Kaber Zero-

Tuesday, May 29, 2007

ingatlah Allah

Ingatlah Allah by New Sakha(indonesia)
Genre:Nasyeed

Di waktu kaya,ingatlah pada Allah
Di waktu miskin,ingatlah pada Allah
Di waktu sihat,ingatlah pada Allah
Di waktu sakit,ingatlah pada Allah

Kerjakan perintahNya
Jauhi laranganNya
Itulah orang yang ingat Allah

Banyak yang kaya,lupa pada Allah
Banyak yang miskin,jauh dari Allah
Banyak yang sihat,lari dari Allah
Banyak yang sakit,meninggalkan Allah

Itulah orang yang sombong kepada Tuhannya
Tidak kenal kepada Allah

Ingatlah wahai manusia
Semua kan kembali pada Allah
Ingatlah wahai manusia
Hidup mati mu di tangan Allah

Di waktu sihat,ingatlah pada Allah
Di waktu sakit,ingatlah pada Allah

hati-hati bicara pasal hati mati

bicara pasal hati
sampai mati pun takkan berhenti
ada saja yang meniti
disebut,dan diuliti
sakit hati,suka hati,jatuh hati,hati-hati
semua dirasai
takkan berhenti
sampai bila pun aku tak pasti
mungkin tunggu bumi kata dah 'ready'
untuk berhenti berpusing pada paksi

baik fikir pasal mati
hidup kan lebih bererti
biar tiada siapa disisi
hati takkan rasa sepi
rasa sendiri
walaupun terkurung di dalam peti
terkunci rapi
ruang terhapus walau seinci
DIA kan sentiasa menemani;
andai difahami dan dihayati
makna tersembunyi
di balik kejadian sendiri
dan alam yang terbentang luas ini

takkan terhenti kasih Ilahi
pada insan-insani
sedarilah dan kembali
ke jalan yang diredhai

Sunday, May 27, 2007

cinta baru

Maaf ya.Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,'entry-entry' cinta telah terbuang.Dan ini 'entry' baru.

Cinta Baru
Macam gula-gula
Enak rasanya
Manis,masam,masin
Berwarna-warni
Tapi sampai bila?
Habis jika dimakan
Simpan hingga tamat lupus?

p/s-cinta itu macam-macam rasa.ada orang,tempoyak itu sedap rasanya,busuk baunya.begitulah agaknya.lain orang,lain rasa,lain rupa.kari mamak itu sedap rasanya.(rupa-rupanya ada kas-kas)..:-D

ada

Ada by M Nasir
Album Canggung Mendonan(1993)

Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua

Dalam kecewa dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan

Dalam hutan,ada taman
Dan dalam taman ada puterinya
Dalam baju,ada cinta
Dan dalam cinta ada segala-galanya
Dalam awan,ada hujan
Dan dalam hujan ada lautan
Dalam aku,ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua

p/s-jangan jiwang-jiwang selalu.rosak jiwa,rosak rasa.

Saturday, May 26, 2007

kasih nan tulus

KASIH

Cinta
Manusia
Tidak
Akan dapat
Atasi
Limpah kasih
Allah

TULUS

Apa saja
Tulus dari
Hati akan
Bersinar kudus
Dan berseri

A.Samad Said
Rindu Ibu

Thursday, May 24, 2007

Dia segala...

Dialah segalanya
Penawar duka sengsara
Tempat bermesra dan bermanja
Tempat mengadu domba segala rasa

Moga kan tetap bersama Nya
Bawah teduhan rahmat dan nikmat
Dan moga ditetapkan
Hati yang dibolak-balikkanNya...

Sunday, May 20, 2007

anugerah yang indah

Anugerah Yang Indah by Gradasi

Anugerah yang terindah yang diberikan-Nya
kepada seluruh umat di dunia
Ada rasa cinta yang memberi arti
kehidupan ini

Bridge:
Karenanya ada pengorbanan
tuk buktikan nilai cinta
Tapi mengapa masih ada rasa
Dendam permusuhan antara kita

Reff:
Tiada sempurna cinta manusia
Hingga dia mampu mencinta
Sesamanya tanpa ada perbedaan

Tiada sempurna cinta manusia
Tanpa berbagi rasa
Kasih suci anugerah yang indah

p/s-lirik lagu ni pn jiwang..dan menyentuh hati..

setelah ada beberapa pihak yang bertanya kenapa lirik ini begitu jiwang sehingga mengaitkan nya dengan empunya blog dan bertanya siapakah gradasi itu..
1.gradasi itu adalah grup nasyid dari Indonesia yang berkonsepkan acapella
2.lirik ini tiada kaitan dengan nasib diri empunya blog(mungkin jadi selepas ini,siapa tahu?..)
Apa-apapun,terima kasih kepada yang bertanya dan mengambil kisah..dan semoga lirik ini jadi pedoman buat kita semua..sekian..

kaca dalam permata

Dalam dunia ni,lebih banyak kaca dari permata.Ikutlah.Kalau suka menjadi kaca,biarlah jangan sampai meluka.Biarlah kaca itu berharga.Tidak dibuang merata-rata.Tidak menyakitkan mata.Apatah lagi meluka jiwa-jiwa tak sengsara.Dan biarlah kaca itu sangat berguna.Malah bermakna.Ada cita-cita mulia.Dan janganlah dibiarkan kaca itu dihina.Di murka.Sehingga menyeksa jiwa.Menyekat cita.Kalau diberi pilihan,jadilah permata.Bernilai tinggi.Memberi erti.Suci murni.Dan yang selebihnya,fikirlah sendiri!

Tuesday, May 15, 2007

alkisah

Kesian orang kampung aku.Mereka tak tahu ke orang kampung aku bukan kerja dengan kerajaan.Mana ada kesan,gaji kakitangan awam naik ke tak.Masing-masing kerja sendiri.Berkebun,bercucuk tanam,berbakti pada bumi.Memanglah kos hidup di kampung murah.Tapi kalau dah semua harga barang naik,apa yang murah nya?Susah la orang kampung aku nak 'ngeteh' lepas ni.Dah kalau harga teh tarik kampung aku dah sama 'taraf' dengan teh tarik KLCC,itu baru namanya penyamarataan agaknya.Aku pun tak tahu la apa yang dikejar sangat dengan kemajuan sampaikan satu demi satu hak-hak kita ditarik perlahan-lahan.Apalah makna sebenarnya kemajuan itu agaknya?Yang ketara,yang dulu dah kaya bertambah-tambah kaya.Yang sederhana duk macam tu juga.Yang miskin lagi la.Sikit pun tak berubah.Inilah kemajuan.Yang kaya bertambah kaya,yang miskin 'duk takat tu' saja.Silap haribulan,makin tambah miskin.Negaraku negaramu jua.

kasih ku pinjam wajahmu

Teacher's Pet - Ku Pinjam Wajah Mu

Kemana jua aku mengarah
Pandangan ku menggambarkan wajahmu
Oh! Kasihku dilangit tinggi
Di lautan yang sedang menari

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan
Azimat penguat semangat
Bisaku gagahi cabaran yang datang

Kasihku harap kau sudi maafkan aku yang meminjam
Wajahmu mengisi kekosongan hati
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Ke dasar cinta yang tak bertepi

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan penyuluh
Pabila malam gelap menyelimuti
Kembara ku menjejak bahagia
Dengan bayang malam ditindih malam
Memerah ke titis akhir ketulusanku

Diriku yg semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar cinta yang tak bertepi
Kasih ku pinjam wajahmu

p/s-lirik jiwang yang sangat-sangat menusuk kalbu

Sunday, May 13, 2007

minggu emas II

DAN di saat warga-warga syukatsu berpergian,aku keseorangan di rumah.(memang duk sorg pn :-D)Maka untuk menghindarkan kebosanan dan ke'boring'an,aku mengahabiskan minggu emas di 'kaikan' Ube bersama warga-warga yang ada.Bernyanyi dan bersenda.Bergitar-gitaran.(belum mampu berrkugiran)Berteka dan berteku.Dan menonton wayang yang di muat-turun dari internet.Sesekali,kami ber'bowling'an sambil ber'spin-spin'an.Agak kelihatan hambar dan mengecewakan.Tapi itulah hakikat sepanjang sisa-sisa minggu emas tersisa.Namun bagiku,tiada apa yang tidak menyeronokkan.Asalkan kita mem'bubuh hati' kita dalam perkara yang kita lakukan,insyaAlllah semuanya akan menjadi seronok dan menggiurkan.

SESUNGGUHNYA,minggu emas ini sungguh mengujakan.

p/s - 1.versi spesel(baca;panjang) ini hanya sekali sekala
2.tak semua perasaan bisa diluahkan dengan kata-kata
3.bahagia itu datang dariNya,dan pergi dengan izinNya

minggu emas

Minggu Emas
28hb April - 6hb Mei 2007.

BIAR sudah berlalu,namun takkan ku terlupakan.Saat-saat indah dan mengujakan.Serasanya,emas minggu kali ini terlalu agung dan bernilai 'super' tinggi.Tak ternilaikan dek emas di pasaran.Pastinya kerana emas ini penuh bermakna diserta memori indah,duka lara dan segala hasrat yang terlalu padat untuk dibicarakan.Sesungguhnya aku sentiasa mengharapkan saat-saat seperti ini hadir selalu dan mempelangikan kehidupan ku yang agak balam dan suram.(mungkin juga kusam)Dan ku juga terlalu mengharapkan minggu emas ini cepat hadir kerana kehidupan ku yang agak bercelaru dan kacau-bilau gara-gara 'taikai' yang tak sudah-sudah membelenggu hidup ku akhir-akhir ini.Ditambah dengan beban 'jikken' yang pertama kali aku hadap.Betapa tekanan tahap tinggi ini hampir melumpuhkan aku.Syukur Tuhan bersama ku.Dan aku berjaya melaluinya dengan hati yang tenang walaupun terlukis kepasrahan di wajah.

DAN yang terlalu aku 'suka-suki'kan,saat-saat di padang bersama rakan-rakan se skuad yamaguchi berperang demi mengejar sebuah perkataan 'menang' dan 'menjaringkan gol'.Dan seperti tahun-tahun yang lalu,aku juga gagal menjaringkan sebarang gol untuk kejohanan kali ini.Mungkin belum rezeki aku.InsyaAllah,andai 'kaki' dan kudrat mengizinkan,akan ku usahakan mencari sebiji(baca sejibik) gol.Dan syukur lah.Di sebalik kekurangan ku itu,masih ada yang bisa menghadirkan butir-butir gol di saat-saat genting itu.Dan tanpa disangka-sangka,kami berjaya melangkah kaki ke 'final' kejohanan.Terima kasih kepada semua kerana 'kamu-kamu' berjaya membantu skuad baru kita mendapatkan 'medal' dan apa yang diidam-idamkan semua pasukan;melangkah ke 'final' kejohanan.Dan pesanku,usaha lagi untuk tahun-tahun akan datang.Ini baru permulaan.

SETERUSNYA,hari-hari mendatang dalam minggu emas ini aku habiskan dengan ber'baito' dan mencari ketenangan.Sambil mengubat jiwa yang pasrah akibat sakit-sengal seluruh badan gara-gara tidak cukup 'fit'.Dan sisa-sisa minggu emas aku dihabiskan bersama denganNya mencari keterampilan diri dan mencari arah tuju hidupku.Terima Tuhan.Kau beri ku pedoman.

Saturday, May 12, 2007

yeay!



Tahniah kepada skuad hoki Malaysia kerana berjaya melayakkan diri ke Final Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah kali ke-16.Setelah 22 tahun berusaha,akhirnya berjaya juga kita ke final.Moga-moga kemenangan ini menjadi permulaan kepada kebangkitan semula skuad hoki negara di arena antarabangsa.Teruskan berusaha skuad muda negara!!

Thursday, May 10, 2007

kita ini tetamu senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah kita padaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala..

A.Samad Said
Utusan Zaman
13 November 1955

abstrak

INI dan ITU adalah sesuatu yang abstrak..

Wednesday, May 9, 2007

pantun?gurindam?

Bertanam tebu di tepi bibir.

Rasa-rasanya macam pernah dengar ayat di atas tu.Tapi tak berapa nak pasti pantun ke gurindam ke ape ke.Kalau ada yang tak keberatan dan masih ingat lagi tentang jenis genre ayat di atas,silalah memberitahu ya!Ada yang kata diriku bermulut masin,tu yang teringat ayat di atas.

p/s - kami budak baru belajar

hoki

Lama dah nak meng'update' tapi idea tak mencurah-curah.Sepatah pun tak muncul idea-idea bernas untuk dikembangkan.Apapun,bagi peminat setia hoki negara,saksikan kebangkitan Malaysia dalam Piala Sultan Azlan Shah kali ke-16 di Ipoh sekarang.Malaysia layak ke separuh akhir setelah seri dengan Pakistan 2-2,menang dengan Kanada 2-0, dan yang paling utama dan paling menggembirakan,menewaskan Korea Selatan 1-0.Walaupun menang tipis dengan Korea,namun kalau nak dibandingkan dengan prestasi tahun-tahun sebelum ini,ini sudah dikira bagus dan memberangsangkan.Buat makluman semua,Malaysia tidak pernah mengalahkan Korea Selatan sejak 1997.Ini bermakna selama 10 tahun Malaysia mengalami kekalahan.Dan Malaysia juga tidak mampu layak ke separuh akhir sejak tahun 2000.Betapa..Apa-apapun,tahniah kepada skuad muda negara yang bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.Pemain-pemain muda pun tak berapa kenal sangat.Adalah setakat Chua Boon Huat,Ismail Abu,Jiwa Mohan,Jivan Mohan,Kelvinder Singh,S Kumar,Tengku Ahmad Tajudin,Megat Azrafiq,Azlan Misron,S Selvaraju,Mohd Shukri.Yang lain-lain belum berjaya dikenalpasti.Antara yang disebut pun,belum tentu kenal muka semua.Syabas sekali lagi skuad muda negara.

Saturday, May 5, 2007

syukur

Sesungguhnya perancangan Allah itu tidak pernah sekali-kali sia.Pastinya ada yang tersirat di setiap yang berlaku.Cinta itu pergi dengan kehendakNya.Malahan,datangnya pun dengan izinNya.Perginya cinta itu barangkali kerana ada yang lebih baik untuk kita.Dan hadirnya cinta itu mungkin jadi ujian kehidupan.Hargailah cinta yang hadir dan iktibarkan lah cinta yang pergi.Moga-moga kita kan jadi insan yang tahu bersyukur.

Friday, May 4, 2007

terang lagi bersuluh

Kini
Semuanya terjelas nyata..
Alhamdulillah.

Monday, April 30, 2007

ikhlas II

Selalu rasa inginkan ganjaran pada setiap kerja?
Marah bila selalu diminta tolong dan disuruh tolong?
Merungut dengan kerja yang bertimbun?
Sakit hati bila sentiasa disuruh sedangkan orang lain berlenggang senang?

Ikhlaslah
Selagi ada daya bernafas
Selagi bumi normal berputar
Selagi mentari terbit di timur
Selagi ada ruang ikhlas

Andai berani untuk tidak ikhlas
Berani lah untuk hitung nikmat dibumi
Dan hitung lah
Amal dosa sendiri

Saturday, April 28, 2007

duhai hati(buat diri yang tak pernah mengerti sirat sarat hati)

Duhai hati
Tidakkah kau mengerti
Kasih yang diberi kan lebih bererti
Dari menerima membuta tuli
Berjanji kasih itu tanda sudi memberi
Menerima apa yang terperi

Duhai pengarang hati
Bukan niat diri
Memendam seribu isi
Membisu sejuta erti
Sekadar mengoreksi diri
Apakah benar kasih ini
Ikhlas untuk mu si kasih
Agar kau senantiasa di sisi

Namun apakan daya
Hati sendiri belum kan mampu ku kasihi
Apatah lagi si buah hati
Bisakah aku memberi tanpa erti
Menerima tanpa predikasi?

Thursday, April 26, 2007

ikhlas

Mencari ikhlas itu adalah kewajipan kita.Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas,insyaAllah,banyak hikmahnya.Walaubagaimanapun,sekadar mencari sahaja masih belum memadai.Kerana pencarian itu sendiri tidak kita ketahui setakat mana dan sampai bila ianya perlu diteruskan.Oleh yang demikian,adalah patut kita berusaha membina ikhlas.Ibarat membina taman di rumah.Sehari sehelai daun,lama-lama kan jadi rimbun.Dan dalam menunggu rimbun itu perlulah kita membelai dan menjaga taman itu sebaiknya.

p/s - buat yg suruh 'update'..

Monday, April 16, 2007

diri

Semalam bicara sama teman.
Katanya,teman nya bicara padanya.
"Orang yang tidak kenal dirinya,dia tidak kenal Tuhannya".
Aku kini di ambang mengenal diri.
Barangkali aku belum kenal Tuhan.
Atau mungkin,aku belum 'mesra' Tuhan.
Dengan diri sendiri pun aku masih terkial-kial.

Wednesday, April 11, 2007

paras rupa

Nilai sebuah buku bukan pada kulitnya.
Nilai sebuah peribahasa bukan pada bilangan patah katanya.
Nilai sebuah diri bukan pada rupanya.

p/s - nilai diri sebelum nilai orang lain

pemula

Bismilah.
Niat pertama untuk blog ni,bukan tulis diari semata.
Tulis untuk diri dan yang berkenaan.
Yang berguna dan membina.