Daisypath Wedding tickers

Friday, September 28, 2007

rasa II

Oh ya,tiba-tiba aku teringatkan sesuatu!

Sewaktu berbuka tadi,aku dan rakan berbual kosong sementara menanti makanan tiba.Macam-macam topik dan hal kami borakkan.Dan pastinya,bila ada rakan yang baru pulang daripada bercuti di Malaysia,drama-drama akan menjadi tajuk perbualan.Daripada Manjalara ke Susuk,Cinta Yang Satu,sehinggalah ke Kaber Zero Kaber Hero.(watak Spark dalam Rempit lakonan Zulhuzaimy turut kami bualkan..:-D).

Dan dalam rancak berbual,terkeluar nama Ahadiat Akashah(AA).(aku sendiri tak sedar macam mana terkeluarnya nama itu dalam borak kami).Bermulalah kisah AA di mulut kami.(tidaklah semua hal kami bicarakan.bicara kami sekadar 'melupai' lapar seketika).Tak semua daripada kami mengenalinya,malah ada yang menyangka AA itu seorang perempuan.Dan seperti terkenalnya AA dengan karya-karyanya,kami juga 'ter'bicara tentang karyanya.Budak Setan terpacul dari mulut salah seorang kami.Katanya,itulah pertama kali dia membaca novel bahasa Melayu.Dan,novel itulah yang menghapusluluhkan minatnya pada novel Melayu.(biarpun ada orang lain yang menyukai karya AA,aku lebih terkesan pada ayatnya itu;kerana dia pembaca tegar.dan ya,sudah tentu minatnya kini hanya pada novel Inggeris).

Aku sungguh kecewa kerana kesilapannya memilih novel telah membunuh minatnya pada novel Melayu.Cara pengajaran sastera di sekolahnya turut mengkafankan minatnya pada novel Melayu.Dia sudah putus asa dengan novel Melayu.Mungkin aku harus pinjamkan Perempuan Politikus Melayu(atau ada cadangan lain?) padanya.

Dan aku mendoakan,moga dia berubah hati...

5 comments:

Anonymous said...

sy doakan dia berubah hati juga

Ainul Hafiz said...

Detektif Indigo mungkin lebih santai bacaannya. Perempuan Politikus Melayu agak banyak lompatan jeda masanya. Advencer Si Peniup Ney mungkin novel yang agak berat tapi bernilai.

Zaki Isa said...

ano- ameen..
ainul hafiz - terima kasih atas cadangan

hani salwah yaakup said...

Ya betul mungkin sebagai permulaan boleh berikan Advancer Si Peniup Ney atau kalau mahu yang sedikit mencabar berikan 1515...hehe...

Semoga dia kembali mencintai buku melayu!

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Novel-novel melayu kini juga banyak yang telah terlalu di'pop' kan.. kurang nilai bahasa jiwa bangsa. Setuju dengan pendapat Ainul Hafiz. Jemutlah ke teratak saya, di KEMBARA PENCINTA BUKU..