Daisypath Wedding tickers

Wednesday, May 30, 2007

lakon

BALAI TUN SYED NASIR,DBP - Mac 2001
Melangkah ke pentas,bermakna kau bukan kau sendiri.Kau adalah watak yang perlu kau lakonkan.Jangan berlakon kerna kau mahukan penghormatan dan penghargaan.Andai itu yang kau cari,kau takkan lama dalam bidang begini.Bak kata abang Rashdie,"teruskan berteater dan jujurlah pada diri".Lakonan itu satu bidang abstrak yang kau perlu rungkai makna pergerakan yang hadir.Setiap pergerakan itu adalah kerana keperluan,bukannnya keterpaksaan.Senyum itu pun ada sejuta jenis.Ketawa pun sama.Kau perlu rungkai dan ciptakan jenis-jenis itu pada dirimu.

YAMAGUCHI,JAPAN - Mei 2007
Begitulah jua dalam kehidupan seharian.Kalau kau rasa kau perlukan pergerakan itu,kau teruskan bergerak.Dan begitulah sebaliknya.Namun seharusnya kau sedar,hidup yang kau katakan pentas dan lakonan ini takkan pernah kau ketahui susur galur nya membawa kau ke mana.Dan setakat manakah jalur lurus mahupun jalur bengkang yang kau turuti akan berakhir.Hidup ini pentas yang Dia ciptakan.Takkan pernah sama dengan pentas yang kau lakonkan.Jalan ceritanya tak kau ketahui sehinggalah tiba detiknya,dengan izinNya.Berlainan sekali dengan yang kau pentaskan di lantai lakonan.Semuanya tertulis jelas dan kau ketahui kesudahan dan pengakhirannya.Kendatipun,itu bukanlah alasan kau berlakon bodoh atau menjadi tuli.Kau seharusnya bertanggungjawab atas setiap lakon kau.Kau adalah setiap yang kau lakonkan.Dan yang paling kau harus rasakan,rasa terima kasihmu pada pengarah yang membantu melicinkan dan mencantikkan lakonanmu.Siapa lagi kalau bukan Tuhanmu.Lakonlah yang terbaik untuk dirimu dan Tuhanmu.Di sepertiga jangkahayat normal ini,apakah aku berlakon sempurna?

No comments: