Sunday, September 30, 2007

gakkou e ikou!!!(jom ke sekolah!!!)

INSOMNIA?

Oh,tidak.Tidak sekritikal itu.Sekadar jadual tidur yang masih lagi berterabur dan berserabut.Sudah 3.30 pagi.Namun rasa mengantuk masih belum membeban kelopak mata.

Esok sudah Isnin,1 haribulan Oktober 2007;hari untuk aku meneruskan kembali pengajian.Setelah bercuti lebih 40 hari,jadual tidurku lintang-pukang.Bahasa Jepun ku tunggang-langgang.Otak ku bersawang,karat.

Apapun,selamat kembali ke gakkou kawan-kawan di Jepun!

*gakkou - sekolah(budaya Jepun membahasakan universiti sebagai sekolah)

Friday, September 28, 2007

rasa II

Oh ya,tiba-tiba aku teringatkan sesuatu!

Sewaktu berbuka tadi,aku dan rakan berbual kosong sementara menanti makanan tiba.Macam-macam topik dan hal kami borakkan.Dan pastinya,bila ada rakan yang baru pulang daripada bercuti di Malaysia,drama-drama akan menjadi tajuk perbualan.Daripada Manjalara ke Susuk,Cinta Yang Satu,sehinggalah ke Kaber Zero Kaber Hero.(watak Spark dalam Rempit lakonan Zulhuzaimy turut kami bualkan..:-D).

Dan dalam rancak berbual,terkeluar nama Ahadiat Akashah(AA).(aku sendiri tak sedar macam mana terkeluarnya nama itu dalam borak kami).Bermulalah kisah AA di mulut kami.(tidaklah semua hal kami bicarakan.bicara kami sekadar 'melupai' lapar seketika).Tak semua daripada kami mengenalinya,malah ada yang menyangka AA itu seorang perempuan.Dan seperti terkenalnya AA dengan karya-karyanya,kami juga 'ter'bicara tentang karyanya.Budak Setan terpacul dari mulut salah seorang kami.Katanya,itulah pertama kali dia membaca novel bahasa Melayu.Dan,novel itulah yang menghapusluluhkan minatnya pada novel Melayu.(biarpun ada orang lain yang menyukai karya AA,aku lebih terkesan pada ayatnya itu;kerana dia pembaca tegar.dan ya,sudah tentu minatnya kini hanya pada novel Inggeris).

Aku sungguh kecewa kerana kesilapannya memilih novel telah membunuh minatnya pada novel Melayu.Cara pengajaran sastera di sekolahnya turut mengkafankan minatnya pada novel Melayu.Dia sudah putus asa dengan novel Melayu.Mungkin aku harus pinjamkan Perempuan Politikus Melayu(atau ada cadangan lain?) padanya.

Dan aku mendoakan,moga dia berubah hati...

Thursday, September 27, 2007

rasa

Ya,ramadhan sudah menjengah malam ke-16.Dan lailatulqadar semakin mampir.Sambutlah mana yang patut.Tinggalkanlah mana yang buruk.

Salam Mubarak..

Friday, September 21, 2007

langit bintang..

aim the sky
and you'll be among the stars..

Saturday, September 15, 2007

ramadhan

Salam Ramadhan buat semua.
Moga-moga kita dapat memanfaatkan ruang Ramadhan seluruhnya dan Ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita.
Dan ku pohon hapus dosa salah silap pada kalian semua.

Friday, September 7, 2007

rezeki malang

Malang bertimpa-timpa,rezeki melanda-landa.

Ayat tu bukan tentang aku.Cuma aku rasa perlu mengungkapnya dalam entry kali ni.

Semalam,entah macam mana,tayar lori yang aku pandu meletup.Syukur,aku dan kelindan langsung tak apa-apa.Memang mencemaskan dan mengerikan.Nasib baik aku belum memecut.(dah ada niat).Ini semua gara-gara 'okusan' memotong aku setelah keluar dari tol.Aku yang tercabar,sedikit menekan minyak untuk mengejar.

Namun,lori bukan semakin laju,sebaliknya semakin bergegar.Enjin menderam.Aku yang kehairanan lantas mematikan hasrat.Meter suhu malah kosong meski lori sudah bergerak lebih 15 minit.Langsung mencambah rasa kurang senang dan tak sedap hati.Seminit kurang,bunyi meletup kedengaran.Lori tersenggut-senggut.Aku merasakan lori senget ke kiri.Terus aku hala lori ketepi dan memberhenti.Aku dan kelindan turun memeriksa.

Seperti yang kami jangka,tayar lori meletup.Belah depan,kiri.Kami geleng kepala.Nasib baik kelindan terlupa meninggalkan telefon.'okusan' ditelefon dan kami cuba menukar tayar sendiri.Malangnya,kami gagal.Tayar simpanan tak dapat diambil.Skru tersangat ketat.Pemutar skru bengkok.Hampir dua jam kemudian,bantuan tiba.Tayar ditukar dan kami kembali ke tempat kerja.Menyambung kerja memotong tayar lama untuk dijadikan bahan bakar di kilang.

p/s - ketidakbiasaan itu dirancang Tuhan

Thursday, September 6, 2007

merdeka

Kau datang lagi
Dalam bentuk baru
Dalam versi lama

Itu yang kau lakukan sejak dulu

Kau laung sumpah pertiwi
Kau jerit semangat murni
Kau pancur bunga api
Terang benderang
Bergemerlapan
Tapi
Kau sendiri gelap
Dan kau pulang kosong
(Penuhpun,dengan noda)

Mana kau campak erti merdeka?
Apa nilainya merdeka kita?

Erti merdeka kini hanya pada gah sambutan
Pada ringgit yang dikorbankan
Pada lagu tema,perbarisan

Jika badan merdeka
Minda tertawan
Kau biarkan

Merdeka
Tidak sekadar jerit pekik laung sorak tempik

Bangkit
Dan majulah
Terus
Dan terus
Dengan cara sendiri
Tanpa kau sisihkan jatidiri
Tanpa jatuhkan
Orang di sisi

29hb Jun 2007
Mulut Gunung,Ube,Japan
5.10 pagi