Daisypath Wedding tickers

Wednesday, June 13, 2007

cerpek

Ini cerita merepek.(kependekan;cerpek)Kalau kau tak mahu baca,kau boleh angkat kaki laju-laju.(itu bukan paksaan,hanya cadangan)Aku pening hari ini.Atau dalam bahasa tinggi nya(tinggi dua inci tiga suku),'Hari ini,aku pening.'Aku tak mahu tulis.Tapi kalau tak tulis,aku tak boleh tidur.Aku tak boleh jaga,pasal aku nak tidur.Jadinya,aku tulis atas kategori cerpek.Pasal ada orang suka merepek,ada yang suka serius dan ada yang lain daripada yang berkenaan.Lain padang,lain belalang.Aku tambah,'Lain iman,lain lah syaitan.'Tambah lagi,'Lain kentut,lain lah baunya.'Siang tadi ada pasal-pasal cari jalan(baca;jalan-jalan cari pasal).Di bawah rembang mentari,aku termengada pening kepala.Lagipun,kena pakai topi keledar kaler kuning dan kopiah kertas yang buat kepala aku tak selesa.Ditambah lagi dengan perjalanan yang jauh,aku kepenatan di bawah kepanasan.(kali ni aku berjalan.tak dibenarkan berlari di dalam kilang.sangatlah membahayakan penglihatan dan kesihatan.)Cukuplah.Aku dah tulis.Dan dah mengantuk.Aku dah boleh tidur.Nanti bebila(bebila adalah kata ganda bagi bila-bila.sama lah seperti bebola adalah kata ganda bola-bola)aku sambung.Itupun kalau ada masa.Pasal masa aku selalu tak cukup.Kau orang dapat 24 jam sehari.Aku dapat 23 jam sahaja.Jadi,aku harap kau orang faham.Yang tak faham tu orang-orang.(aku tak tahu kata ganda bagi orang-orang.mungkin eorang,atau iorang,atau oorang?)

p/s-maaf kalau kau rasa sakit hati atau sengal hati baca benda-benda begini.ada yang sengaja aku sakitkan,ada yang tak sengaja.kalau kau tak dapat terima,dan kau rasa sakit dan sengal hati,kau jenguklah blog intan hidayah@intan rogayah.dia boleh ajar cara-cara mencalit yoko-yoko ke hati kau(walaupun bagi aku,ubat sakit hati dan sengal hati memadai dengan koyok sekeping)

1 comment:

intan said...

mmg sggh merepek sehingga x dpt difahami oleh aku.namun demikian,x ckp menyengalkan.x moden r pakai koyok.tampal koyok org nmpk.pakai yoko2 dijamin berkesan dan dijamin hasilnya.
p/s:sdp gak nama intan rogayah tu.leh wat nama pena nih.