Daisypath Wedding tickers

Monday, August 27, 2007

senada nadi

Ku susun kata-kata ini
Tika rindu menggerbang di kalbu
Lantas melitup ruang sendu,
menggetar sendi syahdu

Cinta tak seharusnya luntur
Kerana api semakin malap
Dan padam
Pada habis kayan bakaran
Yang tinggal
Hanyalah debu-debu tak mengerti
Bahawa bara itu bisa membakar kembali

Dan rindu
Yang gugur pada dataran hati
Bukan harus
Melayah mengikut desir angin
Bebas berapungan
Lalu lenyap dan pupus

Hati yang selalu kedap
Udaranya pupus
Ruangnya sendat

Biarlah cinta yang subur nanti
Sesegar Rasulullah
Mencintai sepenuh hati
Lebih dari sendiri
Tulus dan suci

Dan ku tulis
Separa nafas
Senada nadi

25 Julai 2007
Teratak Satu Gunung,Ube,Japan

Sunday, August 26, 2007

berangan

Aku selalu membayangkan rupa dan bentuk bakal isteriku dan keluargaku.Anak-anakku,isteri-isteriku.Dia senyum menawan.Pandai masak.Dan yang paling penting,ceria dan pandai mengambil hatiku.Aku selalu imaginasikan begitu.Sedang aku sedar,Tuhan ciptakan ku berpasangan.Sepatutnya bukan atas dasar kehendak ku,tapi atas saling melengkapi.Saling mencukupi.Dan itu yang aku selalu curigai.Bukan mencurigai Tuhan atas qada qadar ku,sekadar mencurigai sikap ku ini.Sikap ku yang begini,siapalah yang bisa meladeni.Adakala seperti anak kecil minta didodoi,adakala seperti orang tua minta disayang dan selalunya seperti orang muda yang tidak mahu dikongkong.Seringkali aku kerisauan memikirkan hal ini.Sikapku tak pernah kekal.Ada saja yang berubah,ada saja yang berganti.Dan yang paling menakutkan aku,hati ku yang tak pernah kekal.Kesetiaan itu selalu saja wujud namun kebosanan itu sering hadir sekali.Bukan atas kemahuan,tapi kebosanan itu senang hadir mengawal perasaan diri,membisik peri negatif..Dan bila kebosanan itu hadir menjengah,aku sering leka dan terbuai dengan nya.Dan itulah punca segala perpisahan yang berlaku selama ini(kebanyakkan nya)Tuhan,ajari aku cara mengasihi hati sendiri dan hati orang kesayanganku.Dan Kau tetapkanlah hati ini pada yang satu.Bukan seperti selalu.Mudah beralih arah,apatah lagi beralih angin.Oh Tuhan,Kau bantulah daku.

23 Julai 2007
Teratak Satu Gunung,Ube,Japan

Thursday, August 23, 2007

dah tiba


berdebar-debar nak buka bungkusan.(agak mengada-ngada disitu:-D)


bila dah buka,dan inilah hasilnya

Dan masanya dah tiba..

Wednesday, August 22, 2007

cakap-cakap

cakap kosong,sia-sia
cakap manis,berbahaya
cakap lapik,ada makna
cakap suka,belum sempurna
cakap banyak,tidak berguna
cakap terus,jimat masa
cakap sahaja,takkan berjaya

Monday, August 20, 2007

berbudi bahasa,cogankata kita?

Menjengah ke blog rerakan(bukan semua),hampir kesemuanya menceritakan tentang budi bahasa rakyat negara kita,Malaysia.Semuanya dalam nada merdeka,bergema sini-sana,bergegak-gempita,lalu terus bersipongang di celah-celah lubang telinga.Dan aku,turut merasa(berasa?) terpanggil(sungguh klise)untuk bercerita tentang budi bahasa rakyat negara kita.

Awal November 2004, Pejabat Imigresen Muar.

S:Encik,boleh tumpang tanya?Biasanya paspot siap berapa lama?
P:Sini seminggu!
T:Tak boleh cepat sikit ek,encik?
P:Tak boleh,tak boleh!Kalau nak cepat,pergi Batu Pahat terus!Kat situ siap 3 hari.Kalau kat sini seminggu.Buat kat sini,nanti kena hantar Batu Pahat jugak.Nak tunggu die proses lagi,semua skali makan masa sminggu.Ni apsal nak cepat-cepat ni?Ni bawak surat beranak sekali tak ni?Kalau tak bawak,tak boleh buat paspot!
A:Kalau pakai i/c saja,tak boleh ke encik?
P:Tak boleh,tak boleh!Tak bawak paspot,tak leh buat paspot.
S:Tak pelah pakcik!

S ajak kami belah.S sakit hati bila pegawai(P) itu mengherdik.Cara dia bertanya kami tentang surat beranak itu sungguh membuatkan aku ingin merodok pusat dia dengan pisau toreh getah sehingga tidak kerupaan pusat lagi.Sudahlah kedekut senyum,diherdiknya lagi.

p/s-Sabar itu indah.Tapi orang yang hilangkan sabar orang lain itu sebenarnya mencari padah!

Sunday, August 19, 2007

di desak desakan

Haha.Sengal sungguh aku hari ini.Berfikiran sepit.(baca;sempit)Lapar,tapi taknak makan.Alasan,makanan tiada."Masaklah!",kata dia."Ayam dan daging semua dah habis.Peti ais kosong.",balasku selamba.(baca;tiada perasaan)"Belilah ikan!",anjur dia.

Kalau dah malas,peti ais penuh pun,belum tentu dapur berasap.BERALASAN ITU BAHAYA,boleh membunuh;diri dan kreativiti.Bila terdesak,otak dan kita boleh jadi HEBAT(bukan tenat!).Dan,sila BERFIKIR DI LUAR KOTAK.SILA ya!Bukan JANGAN!

Wednesday, August 15, 2007

hanabi taikai,13 Ogos 2007



Pertandingan bunga api antara Yamaguchi-ken dan Fukuoka-ken.Seramai 14 orang,dua kereta,satu van serbaguna.Berkumpul jam 10.30.Bergerak jam 11.Tiba di kedai Fugu(ikan buntal) jam 12,makan.Jam 1,bertolak ke Shimonoseki-shi.Sangkut dalam sesak trafik 3jam;sepatutnya setengah jam perjalanan.Majlis bermula 7.50.Sementara menunggu,berjalan di perkarangan.Makan aiskrim;mengisi masa bosan dan terluang.Bunga api yang cantik-hujan rintik rintik.Keujaan pada bunga api hilang,semua berlari mencari teduh.Jam 8.30,balik;lari dari sesak trafik.Malang,kereta tak bergerak hingga jam 10.30malam.Terjumpa jalan singkat;terselamat(sekejap).Di jalan,sesak seakan belum mahu berakhir.Tabahkan hati,pasrahkan diri.Tiba di rumah pada jam 12.45 pagi.Sangat penat;tersangkut dalam perjalanan.

p/s-sangat pendek;sangat penat dan sangat singkat

Tuesday, August 14, 2007

Sunday, August 12, 2007

selepas pereksa...(10,11hb Ogos 2007)





Hari berakhirnya peperiksaan bermula dengan bermain bunga api.Atau dalam kata lain,bermain 'bakar duit'.Lokasi tahun ini agak sama seperti tahun lalu.Bezanya,lokasi kali ini lebih lapang dan lebih 'terang'.(sebab ada lampu)Permainan bermula pada jam 9 malam.Dan seperti biasa,rancangan awal untuk bermula pada jam 8 tidak dapat dipatuhi atas sebab-sebab yang amatlah tidak dapat dielakkan.(kami orang Melayu.masa kami 'tidak berapa' emas)Maka,bermainlah kami pada jam 9 itu menuju sedikit lebih jam 10.Setelah penat bergumbira(bergembira) dan kejar-mengejar semasa bermain bunga api tadi,kami kelaparan.Kelaparan yang disengajakan.Kerana perancangannya adalah makan selepas bermain bunga api.Dan teruslah kami menuju ke Joyful,tempat makan pilihan terunggul kami beramai-ramai.(kalau lah ada mapley atau satay kajang di sini...)Makan punya makan,tanpa kami ingin sedari,masa telah berlalu dan menunjukkan jam 12 tengah malam.Dan ketika sibuk membayar bil masing-masing,ada yang mencadangkan bermanda umi(laut) pada hari ahad,dan bermain bola pada sabtu hari.Namun,setelah masing-masing memberikan pandangan(jelas dan kabur),kami mengisytiharkan menuju ke umi pada sabtu hari tanpa berbekalkan daging barbeque.Dan atas sebab pengisytiharan itu agak mengejutkan dan dengan perancangan yang amat tidak teliti,maka berlakulah silap faham antara peserta manda umi(laut).

Perjalanan yang sepatutnya bermula pada jam 8 telah menjadi sedikit lewat.(maaf pada yang datang awal)Ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti ketidakbangunawalan dan kesilaptahuan,kami berkumpul pada jam 9.15 pagi.Dan bermulalah perjalan kami ke Hagi untuk bermanda.Perjalanan kami memakan masa sekitar sejam setengah lebih-lebih atau pendek kata,2jam.Umi(laut) tersangatlah lawa(cantik) dan pasirnya agak halus.Tiada ombak besar,dan angin sepoi-sepoi amatlah membarakan semangat kami untuk bermanda.(bukan bercanda)Namun,terik matahari seakan cemburu dengan kulit kami yang sedia gelap ini,lalu menterikkan lagi pancaran nya.(hiperbola?)Namun,peduli apa lagi,kami lantas bersiap-siap.Bukan untuk bermanda,tapi kami makan dulu.Lapar katanya.Maka,makanlah kami dengan pelbagai rupa.Ada yang lahap,ada yang gelojoh dan ada juga yang sopan seperti biasa.(melankolik?)Namun,tidaklah kami makan berat-berat kerana berat itu hanya akan mengembungkan perut-perut kami.Kami sekadar beralas perut dengan roti gulung(betul ke?) dan popia goreng.Sungguh menyelerakan tatkala kami semua masih belum bersarapan meskipun matahari sudah mencarak di atas kepala.Dan acara yang ditunggu-tunggu;acara bermanda pun tiba.Masing-masing bermanda dengan sejuta gaya.Berenang dengan pelbagai rupa.Buaya,biawak,mentadak-mentadu,malah ada yang seperti sesumpah.(?)Sambil mandi itu bermain lah kami-kami polo air.Namun tidak lah semua orang bermain kerana ada yang separa limpik,tidak mampu bermain.Pada jam 13minit kurang satu,kami terasa kepenatan dan kelaparan.Maka bersantap lah kami.Selepas solat zohor,kami bermain bola tampar dan bermain polo air lagi.Kali ni di temapat lain.Sungguh mengujakan dan memenatkan.Sehingga atlet paralimpik kami juga turut sama menyertai.Namun,sebelum pulang,ada yang terdengkot-dengkot berjalan.Haha.Padan muka.Dah tak boleh main,buatlah cara tak boleh main.Ni degil.Nak main gak.Kan dah sakit.Kami pulang sekitar jam 5 petang dan tiba di rumah masing-masing pada jam 7 malam.

Sekian laporan aktiviti masyarakat Ube,Japan.

Moral:jangan bersukan tika lutut anda sakit.Nanti menderita.

Wednesday, August 8, 2007

buku

yang aku inginkan...
Bila Tuhan Berbicara - Faisal Tehrani
Ikan Fugu,Lukisan & Jimson - Faisal Tehrani
Ayat-ayat Cinta - Habiburrahman El Shirazy
Justeru Impian Di Jaring - Zaid Akhtar
Membina Hati Bahagia - HM Tuah Iskandar
Nak Ke Tak Nak - HM Tuah Iskandar
Membina Rasa Cinta - HM Tuah Iskandar

yang aku nantikan...
Manikam Kalbu - Faisal Tehrani
Tuhan Manusia - Faisal Tehrani
Bedar Sukma Biru - Faisal Tehrani
Nama Beta Sultan Alaudin - Faisal Tehrani

kalaulah ada yang bermurah hati nak 'bagi'..pinjam pun jadi lah..tapi,jangan sekarang..tunggu lah bila dah habis pereksa jumaat ni ye!..

p/s - aku selalu tamak.Kekasih Sam Po Bo yang dibeli tahun lepas pun tak khatam-khatam lagi.tak masuk Cinta Sengkuriang Rindu Oedipus,Enrique Mengundang Jauh..

Tuesday, August 7, 2007

mutung dan mutu

1.Mutung - patah hati
2.berhati mutu - bersedih hati

perkataan baru hari ini.
sumber - kamus dewan

Wednesday, August 1, 2007

gemuruh

Tamat untuk minggu ini.Tinggal satu 'je' lagi.7 dah berlalu.Satu dah lulus,satu kena 'duduk semula'.Yang lain?Tak berani cakap.Usaha tak sehebat berharap.Apapun,layan lagu ni untuk 'naik semula'...

Gemuruh by Faizal Tahir
Lagu Tema MyStarz LG

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkerlipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya akan terbukti nanti