Monday, February 21, 2011

larangan yang semakin menjadi kebiasaan

Aku rasakan senarai ini semakin memanjang dari hari ke hari.

1. lelaki memakai aksesori wanita - rantai dan gelang
2. wanita yang bertudung tetapi memakai pakaian ketat
3. wanita bertudung tidak melabuhkan sehingga ke dada
4. aurat dibuka semata-mata untuk gambar kenangan semasa majlis perkahwinan
5. aurat yang dijaga sejak baligh didedahkan kepada umum semasa bersolek untuk majlis perkahwinan
(senarai ini akan terus memanjang andainya kita tak mahu mengubahnya)
6. baju yang semakin jarang (dipakai inner supaya tak terlihatkan bahagian dalam tubuh badan namun inner itu sendiri sudah ketat dan semestinya menonjolkan bentuk dan susuk badan)

Tetapi Rasulullah tidak menyuruh kita hanya mengatakan si pulan bin si pulan sudah rosak kerana berbuat itu dan ini, sebaliknya Rasulullah menyuruh kita bersama-sama mengubah kepada keadaan yang lebih baik. Dan senarai-senarai ini aku tuliskan supaya kita menyedarkan keluarga kita, rakan-rakan kita, dan masyarakat kita supaya berubah menjadi yang lebih baik.

Saturday, January 8, 2011

Kalau bermain kalau

Kalau sayang diwayang-tayang,
pasti ada yang tergilakan bayang.
Kalau cinta dipangku-tatang,
pasti ada yang terlepas pandang.
Kalau kasih dipendam-simpan,
pasti ada yang menaruh harapan.
Kalu rindu termimpi-kenang,
pasti ada yang tak keruan.

Kalau bermain cinta, biarlah berpada.
Kalau bermain kasih, biarlah dari hati bersih.
Kalau bermain kata, jangan sampai ada terluka.