Daisypath Wedding tickers

Monday, December 17, 2007

bertahan II

Bicara tentang sukan,macam-macam datang melambai.Kejayaan,kekalahan,suka-duka,kawan-kawan,dan macam-macam.Sukan yang paling lama ditinggalkan,hoki,adalah sukan yang paling seronok dalam ingatan.Hokilah sukan pertama yang aku terpilih untuk mewakili sekolah.Itupun ketika di tingkatan dua.Semasa tingkatan satu,aku sekadar memenuhi padang latihan sebagai persiapan mental dan fizikal bak kata abang-abang seniorku.Rata-rata pemain lain pernah mewakili sekolah rendah masing-masing kecuali aku;sekadar pernah bermain dengan abang-abangku di rumah.Dengan skill tidak sehebat mana dan pukulan yang berterabur,aku bersyukur kerana masih mampu terpilih menyertai skuad hoki sekolah.

Namun,sesuatu yang tidak ku jangka berlaku ketika di tingkatan empat,bermain dalam pertandingan Hoki Terbuka KL sempena Hari Wilayah,1 Februari 2001,di Stadium Hoki Lembah Pantai.Dengan 6 orang sepasukan,perlawanan pertama menentang pasukan Kuala Lumpur Bawah 18 Tahun A.Sememangnya kekalahan sudah kami jangkakan kerana pasukan ini adalah pilihan untuk muncul juara kejohanan.Beberapa pemain pasukan KL A ini kini bermain mewakili Malaysia seperti Kelvinder Singh,Tengku Ahmad Tajudin dan Engku Abdul Malik.Dan tak disangka-sangka,di separuh masa pertama,kekuatan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang.Beberapa serangan berbahaya dapat kami patahkan,dan gawang gol masih dapat bertahan.Penonton bagaikan terhibur dengan perlawanan kami.Setiap sisi stadium menjerit memberikan sokongan kepada pasukan kami yang dilihat mampu memberi saingan kepada pasukan pilihan ini.Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan.

Bermula sahaja babak separuh masa kedua,pasukan KL A bermain lebih agresif dan terus mengasak gawang kami.Malangnya,kami gagal dalam menahan asakan pertama dalam separuh masa kedua yang menghasilkan gol pertama dan menghantar aku ke hospital itu.Perjuangan ku untuk pasukan hoki pada hari itu berakhir di situ.Pasukan ku tewas dengan jaringan 0-3.

Dan,sejak detik itulah aku berulang alik ke Hospital Universiti(UH) seminggu sekali untuk 5minggu berturut-turut.Dan,kecederaan itupun kekal di 'sini' selamanya.

No comments: