Daisypath Wedding tickers

Tuesday, December 23, 2008

kosong II

Blog ini semakin kosong dari sehari ke sehari. Dan dengan menggunakan masa yang semakin mencemburui aku, telah aku jadikan alasan untuk tidak menukilkan sebarang catatan di sini. Apapun, setelah terlihatkan kawan-kawan di stesen bas tadi, ingin aku nukilkan sesuatu buat mereka. (setelah hampir sebulan berkosong)

Sedarlah teman;semakin
kau lari,
semakin kami mendekat.

Jauh di tempat orang,
dekat di stesen bas.

Akhir kata, untuk temanku yang terasa dengan susunan kata ini, ini sekadar gurauan.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA

Salam Aidiladha 1429H kepada semua.

p/s - jom berkorban!

Monday, December 1, 2008

Ada Masa Mata

Lagu: Ada Masa Mata
Penyanyi: Siti Nurhaliza
Lagu: M.Nasir
Lirik: AD Samad

Ada masa masa
Bukan dengan mata
Nak menilai rupa
Tetapi kerja hati
Melihat dari pekerti

Ada masa masa
Dari sisi sama
Masih tetap jua
Pandangan boleh berbeza
Asalkan saja hati
Sudi cuba memahami

Ada masa mata
Ada sahaja
Ada yang tidak kena
Cerewet mencari sempurna
Terlupa apa berharga

Ada masa mata
Ada ketika
Tak terlihat cela
Kerana hati sudah suka
Seperti jua aku
Bila mengenali dirimu

Jangan kunci
Pintu hati
Lepas pandang
Sebalik diri
Bila indah telah pudar
Atas apa kita berdiri

* Lirik lagu dari album terbaru Siti Nurhaliza yang masih dalam proses rakaman
* Sumber berita dari http://www.calmille.com/
* Sumber lirik dari sini
* Bagaimanalah agaknya hasil kolaborasi M Nasir dan Ad Samad ini...

Monday, November 24, 2008

sebelum dan sesudah

"Kalau bercinta sebelum kahwin, masa bercinta kita dapat yang manis saja. Nanti bila dah kahwin, dapat yang busuk sekali, kita terkejut pula. Tapi kalau bercinta sesudah kahwin, dapat manis dan busuk pun, nak taknak, kita terpaksa terima juga."

*Pernah dengar kata-kata ini? - "Dengar boleh, percaya jangan."

*Dalam nada yang sama, entri ini berkata, "Baca boleh, (tapi) percaya? Nanti dulu."

*Tepuk dada tanya iman, ingat TUHAN.

Thursday, November 20, 2008

Makin Suntuk



Sayembara Puisi Islami GKLN 2008

Syarat Penyertaan

1. Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut :

a) Sedang menuntut di luar negara.
b) Telah menjadi ahli GKLN yang sah. Bagaimana ingin menjadi ahli GKLN yang sah?
Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@ yahoo.com bersama karya penyertaan anda.
c) Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
d) Peserta yang mengikuti 'twinning program' juga layak menghantarkan penyertaan dengan syarat belum selesai mengikuti program 'undergraduate' sebelum tarikh tutup penyertaan.

2. Syarat karya :

a) Setiap puisi wajib mempunyai unsur moral dan pengajaran.
b) Setiap puisi boleh menyentuh mana-mana aspek seperti :
(1) Sejarah Islam.
(2) Nilai tamadun kerajaan Islam silam.
(3) Tokoh Islam
(4) Dakwah dan tarbiyah
(5) Aspek perjuangan menegakkan syiar Islam.
(6) Kritikan sosial dan sikap umat Islam.
(7) Isu-isu semasa dunia Islam.
(8) Kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam
(9) Keamanan/kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin dan sebagainya.
(10) Aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam
(11) Lain-lain aspek yang berkaitan.


3. Hasil karya hendaklah asli ( bukan saduran atau terjemahan) , belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharapa dapat menarik balik sajak tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut ( di buletin, majalan, weblog dan yahoogroups GKLN ) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

5. Pemenang hadiah utama akan dibukukan.

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2008.

7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari blog Grup Karyawan Luar Negara.

Wednesday, November 12, 2008

kosong berhad II

* entry ini tiada kaitan dengan cerpen Saharil Hasrin Sanin dalam Antologi Cerpen-cerpen Underground nya bersama Faisal Tehrani yang berjudul Kosong Berhad sama ada dari segi fragmen atau sebagainya.

Entry ini adalah yang kedua selepas yang pertama telah aku draftkan kerana aku merasakan isinya agak tidak sesuai dan menghampakan. Kali ini aku sekadar ingin menulis tanpa hala tuju kerana aku kini sedang kekosongan idea untuk menulis sama ada di blog ini mahupun di kertas contengku.

Kini bulan November sudah menempel di depan mukaku sambil berkata, "Bila nak mula tulis tesis? Belanja cukai kereta sempat dikumpul ke?" dan sebagainya lagi. Satu demi satu dibangkitkan secara sengaja dan tidak ke dalam benak. Dan antara yang menjelma, tentulah tentang musim terakhir pengajian di bumi emas ini. Seringkali ia bertanya kepadaku apakah berat emas yang dapat kukumpul di sini. Persoalan itu bertalu-talu datang tanpa diundang. Apakah hasil emas di sini istimewa berbanding di Malaysia? Soalan itu terus berlegar-legar dan semakin berkembang dari sehari ke sehari.

Mungkin aku punya jawapan bagi setiap persoalan yang timbul. Mungkin juga ada yang hanya akan kekal menjadi soalan tanpa jawapan. Namun, biarlah semuanya kusimpan sendiri. Maka, pada yang masih punya masa (kuharap aku pun begitu jua) untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan itu, carilah jawapan yang sebaik mungkin. Pastikanlah setiap jawapan itu adalah yang terbaik dan bukannya sekadar tangkap-muat hingga akhirnya menyebabkan kita sekadar berjaya menangkap angin di bumi emas ini.

Di kesempatan yang terhad ini, carilah sebanyak mungkin emas yang kita mahu.

Semoga yang akan datang akan lebih bahagia dan menggembirakan kita selamanya.

Jutaan terima kasih pada yang sudi mengundi. Bersama-samalah kita meriahkan blog ini dengan bahan yang membuka minda dan jiwa

Saturday, November 1, 2008

Undi

Masih sedang berusaha mengubahsuai blog ini. Sila undi di sebelah kanan blog ini untuk menyatakan sokongan atau bangkangan. Dan sekiranya ada sebarang pandangan, sila tinggalkan di ruangan komen. Segala kerjasama diucapkan terima kasih.

Wednesday, October 29, 2008

kutuk muzik

Pernahkah kaubaca komen-komen di kebanyakan klip video lagu Melayu dan Indonesia di Youtube?

Kalau diperhatikan, (selalunya) komen-komen tersebut tidak membina langsung. Setiap lagu yang dibuat dengan sepenuh daya kreativiti dan idealogi pemuzik masing-masing dikutuk dan dicaci pelbagai kata. Malah, ruangan komen itu juga bagai menjadi 'medan pertempuran' antara penonton klip video di Malaysia dan Indonesia.

Masing-masing bermatian mempertahan keasyikan irama lagu artis mereka. Meskipun hak dan kebebasan bersuara itu ada, namun ia perlulah digunakan seelok-eloknya dan haruslah pada perkara yang memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Sekadar bertekak dan bergaduh di ruangan komen dengan mengatakan lagu itu lebih 'jaguh' bukanlah satu penyelesaian yang bijak. Ia sekadar menampakkan kebodohan dan kedangkalan si pengomen yang selalunya terpesong daripada matlamat asal seperti membicarakan tentang kekreatifan sesebuah lagu atau memberikan apresiasi kepada lagu tersebut.

Usahlah kita sibuk berbicara tentang siapa yang lebih ganteng dalam menghasilkan lagu. Semua hasil kreatif dan hasil seni itu adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Pencipta Keindahan. Pada siapa yang dikurnia-Nya, maka terhasillah lagu dan hasil seni yang menakjubkan. Dan semoga dengan terhasilnya karya-karya seni sebegitu akan membangkitkan semangat dan daya saing untuk sama-sama berusaha menghasilkan hasil seni yang mengagumkan.

Andai ada di antara kita yang telah dan pernah terlibat dalam memberikan komen-komen sebegitu di ruangan komen Youtube, hentikanlah. Tiada sebarang manfaat pun bakal kita peroleh hasil pertengkaran itu. Melainkan, anda benar-benar seorang pemuzik dan anda rasa kutukan dan kritikan di Youtube itu tidak patut ditujukan kepada karya anda. Dan sepatutnya, anda anggap itu sebagai satu cabaran untuk menghasilkan sebuah karya yang benar-benar bermutu dan digilai ramai, bukannya ikut sama membalas dan ber'gocoh' di gelanggang tanpa sempadan itu.

Bergaduh dengan orang bodoh, kita juga dipandang bodoh.
Berlawan dengan si gila, kita juga dianggap gila.

Thursday, October 16, 2008

Aku Terima Nikahnya


Biar seru yang memanggil, bukan mungil bibir atau comel rupa.

Sungguh-sungguh buku ini membuka minda. Moga-moga tulisan tentang isi buku ini dapat dikongsi bersama.

Cuba-cuba Kahwin

Perkahwinan bukanlah suatu percubaan atau tempat meraih pengalaman. Tiada konsep cuba-cuba berkahwin. Perkahwinan adalah satu perjanjian untuk memberi komitmen kepada pasangan dan keluarga. Juga bukan sekadar nafsu dan kasih sayang semata-mata tanpa memikirkan tentang tanggungjawab dan peranan.

Zuriat

Usah asyik bertanya berapa bilangan zuriat yang diingini tanpa memikirkan berapakah zuriat kita yang benar-benar menjadi 'manusia'. Dan juga proses serta cara untuk memanusiakan zuriat.

Antara Hak Dan Tanggungjawab

Kita perlu berusaha untuk menunaikan peranan dan tanggungjawab. Bukan asyik menghitung hak-hak yang masih belum diterima. Pasangan kita juga seorang manusia biasa, bukannya robot; tak punya perasaan dan sekadar menerima arahan sahaja.

Cinta Tanpa Syarat

Cintailah anak-anak yang lahir nanti tanpa syarat. Tanpa mengharap mereka akan menatang kita di waktu kita tua kelak. Ketahuilah bahawa mencintai dan menatang anak-anak itu adalah tanggungjawab kita kepada agama, bangsa dan negara. Bukannya sebagai pelaburan untuk kehidupan yang lebih menyenangkan di masa depan hasil bantuan anak-anak.

Antara Kenapa Dan Untuk Apa

Andai pasangan kita nanti bukan se'sempurna' yang kita inginkan, usahlah asyik bertanya kenapa kita dijodohkan dengan orang sebegitu. Tanyalah pada diri untuk apa kita dipasangkan begitu. Dan fikirkanlah bagaimana untuk mengatasi atau menghadapi rintangan yang ada.

Terdapat bermacam alasan dan cara untuk berkahwin. Namun, sebagai pandangan peribadi, berkahwinlah apabila masanya telah benar-benar sampai. Bukan kerana desakan nafsu atau persekitaran. Tidaklah saya katakan bahawa berkahwin awal itu dilarang dan ditegah. Cuma, saya berpendapat seelok-eloknya bergaullah dengan masyarakat dahulu sebelum mendirikan rumahtangga. Usahlah terburu-buru untuk berkahwin sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga. Fahami dulu selok-belok dunia luardan dunia berkahwin. Kumpullah aset sebelum berkahwin sebagai jaminan masa depan. Siapkanlah dirimu dengan persediaan serapi mungkin; zahir dan batin.

Biar bagaimana rupa pasangan kita nanti sekalipun, yakin dan percayalah; Tuhan tak pernah kejam dalam mengatur hidup kita.

Wednesday, October 15, 2008

Syawal Enam Belas

Jasad hamba sudah di sini,
Namun hati masih di tanahair,
Ramadan telah berlalu pergi,
Namun Syawal belum berakhir.

* puasa enam

Monday, October 6, 2008

SALAM LEBARAN

Salam Lebaran.

Pohon ampun dan maaf; zahir
dan batin. Halalkan
yang termakan dan terminum.

* puasa yang rongak jangan lupa diganti
* tambahkan dengan puasa enam

Thursday, September 18, 2008

Antara Kombini Dan Hotel Percuma II

*tajuk entry ini adalah kesinambungan daripada entry sebelum ini kerana idea puisi di bawah ini terlahir daripada tajuk entry sebelum ini*


Tajuk - Antara Hujan Ramadhan Dan Pelangi Syawal

Tiap titis hujan pahala yang turun,
usah ditepis dengan payung dosa.
Tadahlah dengan tempayan amal sebesar lautan; agar
tadahan tak kering berzaman,
dan bersucilah dengannya.

Pelangi Syawal yang terbentuk di celah hujan,
nikmatilah; pelangi
itu tidak lama,
tanpa cahaya mentari dan titis hujan,
tanpa-Nya;
tiada pelangi.

p/s- Entry sebelum ini adalah gurauan dan mimpi penulis. Sebarang persamaan, anggaplah itu takdir. Kalau salah, jadikan sempadan. Kalau benar, anggaplah teguran.

Antara Kombini Dan Hotel Percuma

Antara kombini dan hotel percuma,
tertinggal plastik di bakul basikal.

Antara kombini dan sahur,
kawan ditinggalkan.

* Kombini bermaksud convenient store dalam bahasa Jepun

Sunday, September 14, 2008

Macam Macam

Ramadhan

Wah, Ramadhan sudah menjengah malam kelima belas! Sungguh cepat Ramadhan kali ini bergerak. Bagai tak percaya pula Ramadhan sudah masuk hari yang kelima belas. Rasanya bagaikan baru semalam sahaja Ramadhan menjengah tiba. Dan oleh itu, marilah kita bersama-sama mengoreksi segala amalan kita di bulan mulia ini. Apakah sempurna puasa kita dengan turut mempuasakan seluruh anggota tubuh kita; mata, mulut, telinga dan seluruh badan? Biar apa pun jenis puasa yang telah kita lakukan, biarlah yang berlalu terus berlalu. Yang penting sekarang ini, bagaimanakah harus kita tambah amalan-amalan untuk menghabiskan sisa bulan pahala ini. Dan jangan lupa berdoa semoga Ramadhan kali ini tak sia-sia. Dan peluang merebut pahala Ramadhan yang masih ada ini perlulah kita gunakan sebaik mungkin.

Rumah Tangga

Di bulan Ramadhan ini juga, kerap kali secara tidak dirancang aku menemukan topik bicara iaitu kahwin. Dan di antara yang menarik untuk aku kongsikan adalah sedutan Forum Petua Mendapat Pasangan yang dipengerusikan oleh Aziz Desa. Manakala Dr Masyitah Ibrahim dan Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah sebagai penforum.

Dalam forum itu, Dr Masyitah ada memberi contoh bahawa sikap suami yang acuh tak acuh seringkali menjengkelkan pihak wanita. Contohnya andai si isteri bertanya pada suami yang sedang minum kopi, "Minum kopi ye bang?" Biasanya yang dijawab oleh suami bukanlah "ya", sebaliknya si suami akan menjawab dengan jawapan yang kurang menyenangkan seperti berkata, "Taklah. Tengah menyelam."

Selain itu, andai si suami siap berpakaian kemas ingin pergi ke kerja, bertanyalah si isteri kepada si suami, "Nak pergi kerja ye bang?" Lantas dijawab secara sambil lewa oleh si suami dengan berkata, "Taklah. Nak pergi pecah rumah orang."

Walaupun aku masih belum bergelar suami kepada mana-mana wanita, aku juga yakin bahawa dialog yang serupa itu akan aku ungkapkan kepada isteri ku nanti. Mungkin dengan niat sekadar bergurau. Bukankah lebih baik bergurau sekali sekala daripada asyik bercakap serius dengan isteri dua puluh empat jam. Dan secara jujur, aku memang suka bergurau. Dan kepada wanita yang bakal bergelar isteri nanti, rajin-rajinlah membaca perasaan si suami. Manalah tahu si suami sedang kehabisan idea dan baru sahaja dimarah oleh majikan di tempat kerja.

Namun, bukanlah dimaksudkan si isteri sahaja yang harus membaca perasaan si suami. Sang suami juga harus sama-sama pandai membaca isi hati isteri kerana telah kita semua maklum bahawa wanita ini mempunyai sembilan emosi dan satu akal. Makanya, wanita jugalah yang akan lebih beremosi dalam apa hal sekalipun. Dan sebagai lelaki yang berakal sembilan beremosi satu, pandai-pandailah tunjukkan emosi pada waktu yang dirasakan si isteri sangat-sangat memerlukan bantuan emosi daripada si suami.



Dengan kisah perkahwinan Ustaz Hasrizal serta ulangtahun perkahwinannya yang telah menjangkau tujuh tahun, rencam rumahtangga yang dipaparkan di blognya seringkali mengingatkan aku bahawa tujuan perkahwinan itu bukanlah untuk mendapatkan zuriat sahaja. Oleh sebab itulah, persiapan rapi perlu dilakukan sebelum rumah tangga didirikan supaya rumah tangga yang didirikan nanti bukanlah sekadar rumah yang bertangga tanpa jiwa dan tujuan. Dan moga buku Aku Terima Nikahnya hasil tulisan ustaz Hasrizal yang bakal aku hadami nanti dapat menggambarkan serba sedikit tentang kehidupan berumahtangga yang sebenar-benarnya.

BUKU AKU TERIMA NIKAHNYA INI BOLEH DIBELI DI KEBANYAKAN KEDAI BUKU UTAMA DI LEMBAH KLANG, ATAU BELI SECARA ONLINE DI MPH ONLINE

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan

Selamat Datang Ramadhan.

Bersungguh-sungguh lah kita mendepangkan tangan menerima kehadiran Ramadhan ini secara seluruhnya. Bukan sekadar puasanya, namun ibadah-ibadah lain yang sepatutnya telah menjadi tunjang dan dasar kehidupan kita sebagai muslim selama bernafas di bumi Allah ini. Hiruplah sepuas-puasnya udara Ramadhan dengan penuh rasa tanggungjawab dan kehambaan pada Nya. Udara ini takkan pernah beda andai kita tidak mencari perbezaan dan keistimewaan yang ada dalam bulan penuh barokah ini. Bulan yang sarat dengan seribu satu hikmah ini hanya muncul sekali dalam setahun. Jadikanlah ia sebagai batu asas dan seterusnya batu loncatan untuk kita bersama-sama memajukan iman kita ke tahap yang lebih tinggi lagi. Bak kata Mawi, "Dunia tu dunia juga. Akhirat jangan lupa."

Pengalaman Pertama Berpuasa di Perantauan

Bagi adik-adik dan rakan-rakan yang baru pertama kali merasai nikmat berpuasa di perantauan, carilah keistimewaan yang bakal diperoleh daripada pengalaman ini. Usah dicari persamaan atau perbezaan yang ada bila berpuasa di tempat orang. Suasana berpuasa di Malaysia takkan pernah sama jika dibandingkan dengan berpuasa di perantauan. Janganlah mengada-ngada ingin mencari bazar Ramadhan di bumi Jepun ini. Banyak lagi ibadah yang boleh dilakukan daripada membandingkan perbezaan dan persamaan semua itu. Yang paling penting adalah tanyalah pada diri kita sendiri sama ada masih samakah taraf puasa kita bila berada di perantauan ini. Adakah puasa kita selama ini ditentukan oleh persekitaran dan bukannya oleh iman kita.

Akhir Kata

Marilah kita sama-sama berdoa agar Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Dan semoga kita berpeluang menghabiskan Ramadhan kali ini dengan sempurna.

Tepuk dada, tanya iman.

Salam Ramadhan. Maafkan andai ada tersilap kata terlanjur bicara terlajak laku.

Wednesday, August 27, 2008

ambang merdeka



Secara jujur, tiada langsung rasa ingin menyambut merdeka. Meskipun jalur gemilang tetap tergantung segak di dalam rumah, memandangnya tidak membuatkan aku teruja ingin menyambut kemerdekaan yang ke lima puluh satu.

Ya, tahun ini merupakan tahun ke lima puluh satu sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Pelbagai kejadian dan kisah-kisah terjadi di negara Malaysia. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Namun, negatif mana pun kisah-kisah itu, masih lagi Malaysia itu Malaysia; tanahair kita. Dan merdeka tahun ini bakal bertembung dengan bermulanya bulan mulia Islam; bulan Ramadhan yang kita nantikan.

Dan aku berharap agar sambutan kemerdekaan pada kali ke lima puluh satu ini bukanlah dengan hanya melepaskan lima puluh satu das tembakan ke udara sebagai tanda tahniah kepada Malaysia atas ulangtahun kemerdekaannya sahaja. (Berapalah agaknya kos bagi satu das tembakan itu ya?)

Moga-moga angka lima puluh satu itu bukan sekadar angka yang bakal bertambah setiap tahun. Semoga angka itu sejalur dengan makna dan usaha untuk bersama-sama menaik dan membangunkan negara.

Dan semoga persiapan untuk kemerdekaan sama lebat dan sama hebat dengan persediaan bertemu bulan Ramadhan.

SALAM MERDEKA & SALAM RAMADHAN.

Saturday, August 23, 2008

tiga ta

1. Harta.
2. Takhta.
3. Wanita.

Friday, August 22, 2008

aiman

Diam tanda setuju, senyum tanda suka.

-Aiman (Ogos 2008)-

Thursday, August 21, 2008

kuda

Dan Hashim pun berkata, "Nak baju koboi tiga, pistol dua, kuda lapan."

-Masam masam manis (1965)-

Tuesday, August 19, 2008

tiga

Pukul tiga pagi,
tidurlah intan,
besok bangun lagi,
senda gurauan.

Bangun pagi-pagi,
hai renung ke awan,
lepas gosok gigi,
minum kopi satu cawan.

Kanda pergi kerja,
jauh di kota,
dinda jaga rumah,
jangan main mata.

Nanti petang kanda pulang,
kita sembang panjang panjang,
dinda jangan bimbang,
kanda tak pernah kawen; bujang,
bukan mata keranjang; SEMBAHYANG.

-Madu Tiga (1964)-

Saturday, August 9, 2008

anugerah



Alhamdulillah. Dapat anugerah ni daripada kak hanny. Terima kasih kak! :-D

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.

Here are the rules to follow:
When you receive the prize you must write a post showing it, together with the name of who has given it to you, and link them back. Choose a minimum of 7 blogs (or even more) that you find brilliant in their content or design. Show their names and links and leave them a comment informing they were prized with ‘Brilliant Weblog’. Show a picture of those who awarded you and those you give the prize (optional). All the bloggers have wonderful work and content in their blog and all deserve to get this. As per the rules I would like to pass this award to my fellow bloggers mentioned below:

1.cikgu saharil hasrin sanin
2.nashrah hani a.k.a nesh
3.ahmad rafiuddin
4.cikgu shamsuddin othman
5.saifulislam
6.intan
7.aimi nadia

Friday, August 8, 2008

skru punya cerita

Empat purnama,
tiga hari,
di bulan dua,
satu skru.

Empat purnama; kusedar kita belum sempurna, berlari belum laju, melompat belum tinggi, apatah lagi menyepak bola laju-laju.

Tiga hari, di bulan dua, satu skru ; kusangka kau lerai sendiri, kecai lebur tak tinggal rupa. Hakikatnya kau kekal begitu, cukup masa dicabut jua.

Dan kaurabak poket ku jua.

Sunday, August 3, 2008

ikhlas

Ikhlas itu indah,
mencarinya gundah.

Thursday, July 31, 2008

Belasungkawa Untuk Keluarga Allahyarham SN S Othman Kelantan

Salah seorang daripada Sasterawan Negara yang sudah beberapa minggu dimasukkan ke hospital telah kembali ke rahmatullah hari ini. Sasterawan yang dimaksudkan adalah Allahyarham SN S Othman Kelantan atau nama sebenarnya Syed Othman Syed Omar.

Takziah untuk keluarga Allahyarham.

Al Fatihah!

Sumber : Blog Rasmi Mantan MPR

Thursday, July 24, 2008

promosi buku

Promosi oleh GKLN (Grup Karyawan Luar Negara)

1) MENGGELEDAH NURANI

Judul: Menggeledah Nurani
Genre: Kumpulan puisi
Penulis: Fahd Razy
Halaman: 120 (tidak termasuk kata pengantar dan kulit)
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-0-8
Tahun: 2008
Harga: RM15@500yen

MENGGELEDAH NURANI merupakan kumpulan puisi persendirian pertama Fahd Razy yang menghimpunkan sejumlah 80 buah puisi yang ditulis antara 2001-2008. Naskhah ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Menggeledah Nurani dan Angin Sejarah. Menggeledah Nurani merakamkan puisi-puisi bernuansa Islam yang bersifat peribadi dan tercetus dari rasa kehambaan dan kekaguman kepada Pencipta manakala Angin Sejarah lebih sejagat sifatnya, merangkumi sejarah, ketamadunan, sosio-politik, serta isu-isu semasa. Naskhah ini turut menghimpunkan puisi-puisi yang telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, 2006, dan 2007, Hadiah Puisi Sains Karyanet 2004 dan 2005, Anugerah Penyair Alam Siber 2006, dan Sayembara Puisi Al-Fikrah MAIDAM-DBPWT 2007.-GPH-

2) BAHASA BUMI (100 puisi karya 50 penulis GKLN; salah seorangnya aku)

Judul: Bahasa Bumi
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syazlin Sazali, Maisarah Shukri
Halaman: 190
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-2-2
Tahun: 2008
Harga: RM15@500yen

BAHASA BUMI merupakan naskhah pertama Grup Karyawan Luar Negara yang menghimpunkan sejumlah 50 orang penulis luar negara termasuk Zaid Akhtar, Muhaimin Sulam, Fahd Razy, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syafiq Zulakifli, Alirfan Jindullah, Lailati Mahat dan ramai lagi. Para penulis ini kesemuanya sedang menuntut di pelbagai institut pengajian di seluruh dunia termasuk Sudan, Maghribi, Mesir, Jordan, Jepun, India, Indonesia, Australia, Jerman, Republik Czech, United Kingdom, Ireland, dan Amerika Syarikat. Keseluruhan karya mempamerkan kepelbagaian tema dan teknik, merangkumi sejarah, politik, falsafh, tarbiyah dan dakwah, isu-isu semasa dan global, selain kemanusiaan dan kemasyarakatan. Usaha mengumpul 50 penulis luar negara ini akan dijadikan aktiviti tahunan penerbitan GKLN sebagai usaha menyemarakkan lagi kegiatan penulisan dari khalayak ini. Turut termuat 5 buah puisi yang telah memenangi Sayembara Puisi Islami Maghribi 2008 (SEMPURI) yang berlangsung pada awal tahun 2008.-GPH-

3. MENGEMIS DI KOTA LARANGAN

Judul: Mengemis di Kota Larangan
Genre: Antologi cerpen
Penyelenggara: Adibah Abdullah, Rebecca Ilham, Hafez Iftiqar
Halaman: 180
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-1-5
Tahun: 2008
Harga: RM15@500yen

MENGEMIS DI KOTA LARANGAN merupakan antologi susulan kepada Sayembara Cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008 yang berlangsung pada awal tahun ini. Menghimpunkan 15 buah cerpen, karya-karya yang termuat dipilih dari sekian banyak penyertaan yang diterima untuk sayembara tersebut, termasuklah 5 buah cerpen terbaik yang dipilih untuk menerima hadiah. Keseluruhan cerpen mengangkat suasana luar negara sesuai dengan pengalaman dan latar belakang penulisnya selain menyentuh pelbagai isu termasuklah sosiopolitik, perbezaan ideologi, sejarah tamadun, keamanan dan kemanusian, selain daripada kekeluargaan dan kasih sayang.-GPH-

Senarai cerpen: 1) Mengemis di Kota Larangan 2) Wahidah dan Secebis Tabah Khalilullah 3)Jihat ideologi Duka Andalus Lama 4) Usrah Terakhir di Penarek 5) Warkah Buat Rabiah 6) Inkarnasi Samuel di Nazareth 7) Wira 8) Mencerakinkan Kelabu 9) Impian Galsan Tschinag 10) Idealis 11) Kerna Cinta Zulaikha 12) Sayang Tak Terungkap 13) Manik-manik Berdebu 14) Sempadan Khaliq 15) Hadiah Dari Langit
Senarai penulis: Rebecca Ilham, Muhaimin Sulam, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Lailati Mahat, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Muhd Syukri Rosli, Emil Azhar, Rifhan Rasuli, Saiful Haq, Badriyah Ali, Noor Ayuni CZ

4) PAKEJ 2008

Dapatkan 1 set (3 judul buku) dengan harga RM42@1400yen termasuk pos.
- Menggeledah Nurani
- Mengemis di Kota Larangan
- Bahasa Bumi

Untuk sebarang tempahan, sila emelkan nama serta alamat berserta butiran tempahan (judul dan naskhah) kepada noseki36@yahoo.com atau di ruangan komen SELEWAT-LEWATNYA AHAD, 27HB JULAI 2008.
PERHATIAN: Kos pos RM1 bagi setiap naskhah buku.

Buku-buku ini diterbitkan oleh GKLN Publishing House secara TERHAD. Ulang cetak bergantung kepada permintaan. Maka, siapa cepat dia dapat.

Wednesday, July 23, 2008

patriotisme terpilih

Kita tak patriotik kalau tak sokong kereta buatan nasional; Proton.
Kita tak patriotik kalau tak sokong kerajaan secara penuh. (baca:membuta tuli)
Kita tak patriotik kalau tak tolak pembangkang secara penuh. (baca:membuta tuli)
Kita tak patriotik kalau tak ikut saranan kerajaan supaya mengubah gaya hidup.
Kita tak patriotik kalau ...

*Semua syarat di atas hanya terbatas kepada rakyat biasa yang tak punya jawatan dalam pentadbiran negara,kerajaan dan politik.

Sebagai kesimpulan, andai anda punya 'KUASA' dan 'JAWATAN BESAR',(meski semua itu diberikan oleh rakyat sebagai tanggungjawab dan amanah) anda boleh untuk memilih TAKNAK PATRIOTIK kerana anda tidak tertakluk kepada syarat-syarat di atas.

Maka, bercita-citalah anda untuk menjadi ahli politik untuk merebut peluang TAKNAK PATRIOTIK ini.

Berita lain
1.Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6
2.Proton : No warranty claims recorded for perdana v6
3.Rakyat Terengganu terkejut pembelian Mercedes
4.Kotak gear sering rosak - Ahmad Said
5.Kerajaan Terengganu akan terus guna Mercedes

TERKINI 25hb JULAI 2008
6.Selangor cadang guna Tayota Camry kereta rasmi Exco
7.Wakil rakyat tidak boleh menonjol-nonjolkan kemewahan
8.BPR tetap akan siasat... ada sesuatu yang tak kena
9.Senggara kereta Idris Jusoh tertinggi
10.saya tidak mahu sorokkan sampah di bawah permaidani - Ahmad Said
11.Kos menyenggara berpatutan - Proton
12.'Tak masuk akal'

Tuesday, July 22, 2008

kritik sosial

"Singh, itu tiga orang apa dia mau?"

"Dia datang mau cari kerja."

"Ini macam punya orang mau jadi filem star ke?"

"Lu ni pun satu la. Baru orang datang mau mintak kerja lu sudah macam-macam cakap. Apa macam lu punya bangsa mau maju?

"Ala singh, lu bahasakan gua la."

"LU PUNYA NASIB LU MAKAN, DIA PUNYA NASIB DIA MAKAN. APA SALAH LU MAKAN SAMA-SAMA."

petikan Seniman Bujang Lapok (1961)

Sunday, July 13, 2008

petua memandu

Hari pertama memandu di jalan raya, (ketika dalam latihan untuk mendapatkan lesen memandu, awal 2003) aku telah dipupuk dengan petua memandu.

1. "Haa, kan dah kena cilok! Rapat lagi dengan kereta depan. Supaya kereta daripada sebelah tak boleh masuk mencelah."

2. "Ini apa punya olang. Bawak motor tak tau tepi sikit. Lia ingat lia munya motor ada besar macam loli ka? Haiya, lain kali aa, kalau ada motor bawak ini macam aa, lu kasi hon ini macam." bebel Ah Poi lantas menekan hon berterusan sehingga motor itu ke tepi dan tidak menghalang laluan kereta kami. Semasa melewati motor itu, Ah Poi sempat menjengahkan kepalanya ke luar tingkap kereta seraya berkata, " Bawak motor kasi tepi-tepi la. Kasi keleta susah mau jalan saja!"

Friday, July 11, 2008

yang pernah

Yang Pernah oleh Estranged

silakan puas sudah disuruh
nyatakan mimpi yg tak pernah lengkap
lakukan apa saja yang kamu mampu
sudahlah biar yg telah lalu
lapaskan kesemua yg pernah ada
alihkan kalau ada masih tertinggal

cukuplah kalau
beratnya ada
disamping kamu
terlalu

andainya aku tau
ertinya disuruh
semua yg pernah minta

tibalah waktu untuk bersedar
kerana giliran sudah menyeru
yg pasti yg panggil itu suci lagi
berilah sedikit untuk aku
hilangkan rasa hati yg tak percaya
biarkan dia yg bilang jgn lagi

andainya aku tau
ertinya disuruh
semua yg pernah minta
andainya aku cari
dimana dituju
semua yg pernah jumpa

jangan minta yg lebih
kerana tiada yg memberi
yg ada cuma mungkin kamu disini

oh tunjukkanlah aku yang benar

*nota
1.untuk video klip klik sini
2.untuk laman rasmi Estranged klik sini
3.muzik yang lain daripada muzik tipikal malaysia.
4.maksud lirik ni aku tak berapa dapat nak tangkap, ada sesiapa boleh tolong terangkan?

Wednesday, July 9, 2008

cik ber

Sekarang jam sudah mencecah 4.10 pagi. Aku belum mahu tidur. Matahari masih belum menunjukkan batang hidungnya yang bersinar. Sedang aku singah dari satu blog ke blog yang lain, tersinggah ke blog Cik Ber (CB). Dua minggu yang lalu, (kalau tak salah memori la) CB telah meluahkan sedikit perasaannya padaku.

Semuanya bermula apabila aku terpandang akan status yahoo messenger nya yang sedikit menjengkelkan aku. Lalu aku dengan yakin dan sedikit niat ingin bergurau telah membalas status CB dengan membalas status itu. Ku tulis 'CB kata ...' pada status ku. Selang beberapa minit kemudian, lantas CB menegur aku. Di bawah ini, ku perturunkan kata-kata hikmah oleh CB dan aku pada pagi nirmala itu. (sila abaikan nama yang pelik-pelik dalam perbualan. tumpukan pada isi perbualan)

CB (2008/07/05 1:38:09): haha
CB (2008/07/05 1:38:13): awat cik ki
CB (2008/07/05 1:38:15): tak puas hati
CB (2008/07/05 1:38:17): haha
zaki johari (2008/07/05 1:38:47): ada sket ar
zaki johari (2008/07/05 1:38:48): hahaha
CB (2008/07/05 1:39:50): saikin
CB (2008/07/05 1:39:58): aku nyanyi asik tak sedap je suara aku
CB (2008/07/05 1:40:03): apsal ek
zaki johari (2008/07/05 1:42:37): ko x ikhlas tu
zaki johari (2008/07/05 1:42:50): sblm nyanyi tu ko kena istighfar byk2
CB (2008/07/05 1:42:57): udah
CB (2008/07/05 1:42:59): tak buleh gak
CB (2008/07/05 1:43:05): aku nk beli gitar baru ar
CB (2008/07/05 1:43:13): tapi gitar lama ni tak tau nk campak ne
zaki johari (2008/07/05 1:43:14): jgn CB
zaki johari (2008/07/05 1:43:17): jgn x beli
zaki johari (2008/07/05 1:43:18): haha
zaki johari (2008/07/05 1:43:36): ko campak jek kt CD tu
zaki johari (2008/07/05 1:43:40): ko suh die wat pekasam
zaki johari (2008/07/05 1:43:41): haha
CB (2008/07/05 1:43:58): kasi orang yg tak reti men n tak minat ni
CB (2008/07/05 1:43:59): rugi lak
CB (2008/07/05 1:44:20): len ceritanya
CB (2008/07/05 1:44:24): klo di bgi kat perempuan
CB (2008/07/05 1:44:30): even tak reti men
CB (2008/07/05 1:44:40): tapi mcm comel lak bagi kat perempuan
CB (2008/07/05 1:44:42): tak rasa gitu ke
CB (2008/07/05 1:44:43): hahahaha
zaki johari (2008/07/05 1:44:44): haha
zaki johari (2008/07/05 1:44:48): ada sket btul ar
zaki johari (2008/07/05 1:44:53): CD bkn pompuan
zaki johari (2008/07/05 1:44:57): watpe bg kat die kan
CB (2008/07/05 1:45:00): tu ar
zaki johari (2008/07/05 1:45:03): btul sungguh pemikiran mu itu
zaki johari (2008/07/05 1:45:09): aku menyanjung tinggi
CB (2008/07/05 1:45:19): tima kasseh~
zaki johari (2008/07/05 1:45:46): ko bg jek cik tu
zaki johari (2008/07/05 1:45:49): sape ek nama die?
CB (2008/07/05 1:46:04): sape
CB (2008/07/05 1:46:16): siapa
zaki johari (2008/07/05 1:46:22): ala awek ko tu ar
zaki johari (2008/07/05 1:46:27): yg ko kata awek CD
CB (2008/07/05 1:46:29): awek lama?
zaki johari (2008/07/05 1:46:30): padahal awek ko
CB (2008/07/05 1:46:39): awek CD
CB (2008/07/05 1:46:42): CH?
CB (2008/07/05 1:46:46): CH?
zaki johari (2008/07/05 1:46:51): aaa CH
CB (2008/07/05 1:46:52): hah
zaki johari (2008/07/05 1:46:54): hehe
CB (2008/07/05 1:46:58): ek ela
zaki johari (2008/07/05 1:47:04): hahaha
CB (2008/07/05 1:47:12): tak der kerja
CB (2008/07/05 1:47:16): kyomi nei shi..
zaki johari (2008/07/05 1:47:19): haha
zaki johari (2008/07/05 1:47:26): tu kire ok la dr CD
zaki johari (2008/07/05 1:47:27): haha
CB (2008/07/05 1:47:33): sama je ar dua2
CB (2008/07/05 1:47:36): CH ok skit ar
CB (2008/07/05 1:47:39): sbb pmpuan
CB (2008/07/05 1:47:52): bila ar nk ade awek lawa ni
CB (2008/07/05 1:47:58): busan tol ar
zaki johari (2008/07/05 1:48:07): haha
zaki johari (2008/07/05 1:48:09): lek ar beb
zaki johari (2008/07/05 1:48:14): x mati nye xde awek
CB (2008/07/05 1:48:24): mmg ar tak mati
CB (2008/07/05 1:48:28): tapi buleh pengsan
zaki johari (2008/07/05 1:48:30): mati kutu jek
zaki johari (2008/07/05 1:48:32): hahaha
zaki johari (2008/07/05 1:48:37): tp bgs gak ar mati kutu
zaki johari (2008/07/05 1:48:42): bersih sket kepala
zaki johari (2008/07/05 1:48:45): kurg gatal
zaki johari (2008/07/05 1:48:46): haha
zaki johari (2008/07/05 1:49:49): ko ada upload video baru kan?
zaki johari (2008/07/05 1:49:56): sape tah nanyi
zaki johari (2008/07/05 1:49:59): massa ke ape tah
CB (2008/07/05 1:50:03): dinamik
CB (2008/07/05 1:50:04): aah
CB (2008/07/05 1:50:08): antara gadis
zaki johari (2008/07/05 1:50:29): ko tarik ke lagu tu?
CB (2008/07/05 1:50:30): bnyak dah aku rakam tapi aku delete balik sbb rasa tak best
zaki johari (2008/07/05 1:50:35): lagu tu tinggi gak kan key die?
CB (2008/07/05 1:50:41): tak ar
CB (2008/07/05 1:50:44): buat2 biasa ar
CB (2008/07/05 1:50:49): tak de tarik ape pon
CB (2008/07/05 1:50:54): dah tak leh nyanyi ar aku ni
CB (2008/07/05 1:50:57): asik tak kene je
zaki johari (2008/07/05 1:52:17): ko da stat riak tu
zaki johari (2008/07/05 1:52:20): tu yg xlh nyanyi tu
zaki johari (2008/07/05 1:52:26): ko kena kembali ke pangkal jalan
zaki johari (2008/07/05 1:52:29): lepak2 ngn CD
zaki johari (2008/07/05 1:52:31): borak2
zaki johari (2008/07/05 1:52:37): br ar nyanyi blk
CB (2008/07/05 1:52:58): huh
CB (2008/07/05 1:53:06): makin tak sedap suara aku klo wat gitu agaknya
CB (2008/07/05 1:53:10): tu ar
CB (2008/07/05 1:53:13): tapi betol doh
CB (2008/07/05 1:53:17): ramai nk berkenalan
CB (2008/07/05 1:53:22): padahal tah hapa2 je aku nyanyi
CB (2008/07/05 1:53:35): klo cam evildead tu tah brapa juta tah nk kenal gak nya
zaki johari (2008/07/05 1:53:45): tau xpe
zaki johari (2008/07/05 1:53:51): setanmati tu maintain jek
zaki johari (2008/07/05 1:53:57): psl die x pandang aweks2 sume tu
zaki johari (2008/07/05 1:54:00): die pn da kawen
zaki johari (2008/07/05 1:54:07): die pandang cinta die pada muzik jek
zaki johari (2008/07/05 1:54:17): dan gitar
zaki johari (2008/07/05 1:54:21): dan suara die
zaki johari (2008/07/05 1:54:24): mcm tu ar
zaki johari (2008/07/05 1:54:28): ko kena tiru cam die
CB (2008/07/05 1:54:32): haha
CB (2008/07/05 1:54:35): betol2
CB (2008/07/05 1:54:42): aku pon tak layan sgt sape yg nk kenal ni
CB (2008/07/05 1:54:46): klo tanya aku jawab gitu ar
CB (2008/07/05 1:54:51): mntak2 emel ke friendster ke
CB (2008/07/05 1:54:54): tak layan sangat ar
CB (2008/07/05 1:54:57): bukan ape
CB (2008/07/05 1:55:00): identiti tu penting
CB (2008/07/05 1:55:12): kerahsiaan identiti tu sebenarnya kekuatan
CB (2008/07/05 1:55:13): haaa
CB (2008/07/05 1:55:16): kene ingat tu
CB (2008/07/05 1:55:18): rahsia kejayaan
CB (2008/07/05 1:55:20): hahaha
zaki johari (2008/07/05 1:56:06): haha
zaki johari (2008/07/05 1:58:06): bgs ar ko sedar sume tu
CB (2008/07/05 17:27:08): klo mmpi kene patuk ular tu maksudnye ape ek
zaki johari (2008/07/05 17:27:18): uish
zaki johari (2008/07/05 17:27:27): aku mcm penah dgr
zaki johari (2008/07/05 17:27:31): tp lupa ar makna die
CB (2008/07/05 17:27:34): tu ar
CB (2008/07/05 17:27:36): mcm penah dgr
zaki johari (2008/07/05 17:27:51): ko x try tny ahlil nujum CD ke?
CB (2008/07/05 17:28:12): tak teringin tanya dia
CB (2008/07/05 17:28:13): apa dia tau
CB (2008/07/05 17:28:17): klo psal psp buleh ar
zaki johari (2008/07/05 17:28:24): haha

CB, CD & CH bukan nama sebenar. semuanya nama samaran untuk menjaga identiti si pemilik bodi. nama dan perbualan telah diubah sikit demi imej negara si pembual.

Sila senaraikan kesimpulan yg boleh dibuat dari cerita ini di ruangan komen. Setiap jawapan mestilah menggunakan laras bahasa melayu yang betul.

SEGALA KERJASAMA ANDA, KAMI UCAPKAN JUTAAN LEMON KASIH. OPS SILAP. JUTAAN TERIMA KASIH.

Inilah akibat tak tidur malam. Hasil tulis pun tak sempat diedit. Untuk yang mengantoi, syut-syut dah ar. Bagi yang belum kantoi, tak perlu berusaha untuk mengantoi. Dr. MAZA kata takyah ngengada nak mengantoikan orang. Tegur mana yang nampak di depan mata saja.

tak punya masa panjang

Tarikh hari ini sudah mencecah minggu kedua di bulan Julai. Bulan ke tujuh untuk tahun ini. Ini bermakna kita sekarang berada di hujung penggal kedua bagi tahun ini. Dan bakal menerima kunjungan dari bulan Ogos, yang menandakan beduk penggal ketiga tahun 2008 akan berbunyi.

Untuk sesiapa yang masih ingat jejanji kepada dirinya di tanggal pertama Januari 2008 lalu, kita semua tidak mempunyai masa yang banyak untuk menganugerahkan diri dengan jejanji tersebut. Kita hanya punya setengah tahun kurang sebulan sahaja untuk membentuklahirkan hajat dan impian itu. Semaklah jejanji itu dan tandakan mana yang telah terkota. Kalau masih banyak lagi yang belum, itu bermakna anda perlu bekerja keras untuk separuh masa kedua, penggal ketiga tahun 2008 ini.

Maka, bersama-samalah kita menjayakan hasrat kita untuk membangunkan diri, bangsa dan negara.

Akhir kata, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. (dan ekonomi)

Saturday, June 28, 2008

dari hujan datangnya sayang

i
Dari mana datangnya hujan, dari awan jatuh ke bumi.
Dari mana datangnya sayang, dari mata terus ke hati.

Kata-kata itu terus terngiang di cuping telinga terus-terusan. Berulang bagai dimain berulang kali. Berbunyi dan terus berbunyi. Tanpa henti dan tanpa royalti.

ii
Di lot parkir itulah, berlangsungnya pertemuan terakhir kita. Pertemuan yang akan menjadi titik mula dalam kehidupan kita yang mendatang. Titik yang bakal menjadi sejarah buat selamanya. Buat kita; kau dan aku. Mungkin juga dia.

Petang itu sedikit gerimis. Rintik-rintik halus turun membasahi. Langit bagaikan kembarku; memahami perasaan ku yang berkocak saat itu. Air mata yang bergenang di kelopak mata tersembunyi dicelah basah gerimis petang. Sedu kutahan, dan kau kupandang. Ya, aku senyum padamu tika itu. Namun, senyum itu bukan senyum biasa. Senyum itu senyum bisa; mencucuk biji mata dan menjuih bibir. Senyum ejek katamu.

Aku senyum beku. Sepatah pun tak mampu terpacul dari bibir. Lidah membatu dan bibir terkatup erat. Kau pun begitu. Malah, aku berharap pun kau begitu. Supaya perpisahan ini berakhir dengan sempurna. Tanpa dendam yang terpendam dan tertahan.

Dalam paksa rela, kulepaskan tanganmu perlahan-lahan. Kubuang terus dari genggaman. Kita sama-sama sunyi. Aku mahu kita saling berpandangan, namun kau lantas berkalih pandangan. Sedih katamu. Dan dengan nada gigil, aku berkata padamu, "Cukup sudah kita di sini. Berpisah kita kerana tiada jodoh antara kita. Bukan kerana kau kurang sempurna. Maka, usahlah kau risau akan nasibmu nanti. Pasti dia akan menjagamu sebaiknya. Malah, mungkin lebih baik daripada ku." Dan kau tunduk membisu. Namun, mengangguk tanda setuju.

iii
Maafkan aku sayangku Toyota Altezza RS Edisi Z, kerana tak mampu menjagamu sesempurna bulan untuk malam, sesetia kumbang pada bunga, seikhlas langit memayung bumi. Satu yang kau perlu tahu; minummu bukan sirap jalanan, makanmu bukan sebarang, alat solek mu bukan murahan, semuanya membeban. Dan aku, mencari kasih baru; Honda Fit 1.3 i-Dsi.

Tuesday, June 17, 2008

rehabilitasi paling panjang II

Versi kedua ini lebih santai;penuh aksi mendebarkan dan menggiurkan.

Pertemuan itu sangat asyik,namun menyakitkan; poket dan kaki. Teman yang agak baik semasa di AAJ (Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya), iaitu Deja atau nama sebenarnya Khadijah telah bersetuju untuk menemani dan menuntuni (aku ni macam basikal) aku selama setengah hari di Osaka.

Maka berjalanlah kami di sekitar Nanba dan mengambil gambar mana yang patut. Sambil berjalan, macam-macam hal dibicarakan kami. Kisah-kisah yang tak mampu dikemaskini dalam talian, kami kemaskini kan dan kami bicarakan satu persatu. Kisah teman sekuliah di AAJ yang sudah berpacaran, berkahwin dan macam-macam hal lagi.

Dan di kala asyik berbicara tentang perkembangan masing-masing, soalan cepumas terpacul daripada mulut Deja. Almaklumlah, sesuai dengan peningkatan usia, siapakan dapat menahan hati untuk bercinta dan berkasih. Dan lantaran itulah, Deja bertanya tentang ciri apa yang ku pandang dalam memilih kasih. Tanpa banyak bicara, sepasang kata 'hati bodi' meluncur laju daripada mulut. Deja ketawa berdekah-dekah mendengarkan jawapan ku itu. Namun dia mengakui hakikat bahawa itu yang dipandang lelaki. Dan bersetuju bahawa itu adalah pengakuan sejujurnya daripada hatiku yang tulus ikhlas ini.(haha.tolong jangan muntah.simpan sehingga ke akhir cerita.) Begitu bersemangatnya aku untuk mengeluarkan perkataan bombastik sehingga terpacullah hati bodi itu. (Deja,sila gunakan perkataan ini sebagai panduan mencari lelaki)

Setelah puas bergelak ketawa dan berguling hindustan, tibalah saat yang dinantikan olehku; masa untuk berehat dengan cara tidur di dalam bas. Memandangkan tertulis di tiket ku; Shin Osaka ke Ube Chuou, maka pergilah kami ke Stesen Shin Osaka. Oleh sebab di tiket itu tiada tertulis secara tepat dan spesifiknya tempat naik bas, maka berjalanlah kami ke bas terminal nombor enam. Namun, disebabkan terminal bas itu tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa bas ke Yamaguchi akan berhenti di situ, maka bertanyalah kami kepada pakcik yang bekerja di stesen Shin Osaka itu. Malangnya, pakcik itu bekerja untuk stesen keretapi, maka tidaklah dia tahu di mana tempat sepatutnya untuk menunggu bas ke Yamaguchi. Dia sekadar memberitahu bahawa ada dua tempat menunggu bas di stesen itu.

Dengan rasa tidak tertekan dan tidak tergesa-gesa, (sejam lagi sebelum masa perjalanan) berjalanlah kami ke tempat yang satu lagi. Kira-kira 7minit kemudian, bertemulah kami dengan akak yang membuka kaunter ala-ala kaunter bas tambahan di sebelah parkir bas. Jawapan akak itu sungguh meyakinkan bahawa bas perlu ditunggu di terminal bas nombor enam seperti yang kami jangkakan. Maka berjalanlah kami kembali ke terminal bas nombor enam seperti yang diberitahu. Setibanya kami di sana, kelihatan tempat itu sangat mencurigakan; suram dan sekadar tempat untuk bas berhenti di tepi jalan. Deja yang sangat kasihan melihatkan aku yang seperti kurang upaya ini pergilah bertanya untuk memastikan sama ada tempat menunggu itu betul seperti yang sepatutnya. Jawapan yakin daripada pihak pakcik yang ditanya sedikit menambah keyakinan untuk terus menunggu di situ meskipun itu masih belum cukup untuk menenangkan hati kami.

Dan dengan rasa ragu-ragu, kami pun menunggu bas di tempat yang ditunjukkan. Tiket bas tertulis jam 10.29 malam. Malangnya, sehingga jam 10.32 malam bas masih tidak kelihatan. Namun, tepat jam 10.35 malam, bas menuju ke arah kami dan tertulis ke Yamaguchi di hadapan bas tersebut. Dengan rasa seronoknya kerana bas telah tiba, aku sedikit lega. Tak disangka-sangka, bas tersebut sekadar lalu di situ tanpa mengambil aku. Aku dan Deja terkelu membisu. Lantas Deja cuba menenangkan keadaan dengan mengatakan bahawa mungkin bukan bas itu yang menjemput aku. Kami berkeputusan untuk menunggu sehingga 10.45 malam. Dan benarlah seperti jangkaan kami, tempat menunggu bas bukanlah di situ seperti yang diperkata oleh orang-orang yang ditanya oleh kami.

Deja telah membuat rancangan kedua iaitu dengan mengajak aku bermalam di rumah juniornya di Osaka sebelum balik esok hari. Aku yang kecewa sekadar mengangguk lemah. Sambil menuju ke stesen semula, Deja yang masih bersemangat mengajak aku bertanya semula kepada akak yang tadinya berada di sebelah parkir bas. Dan malangnya, akak itu telah berlalu pergi beserta dengan meja-mejanya sekali. Maka hampa lah aku untuk kali seterusnya.

Sambil penat menaiki tangga, Tuhan mengurniakan ilham supaya mencuba nasib mengejar bas sehingga ke Terminal Bas Sannomiya,Kobe. Deja agak ragu-ragu dengan usulku itu, namun berdasarkan jadual keretapi cepat yang ada,die menjadi yakin bahawa aku sempat mengejar bas itu. Dan berpisahlah Deja dengan ku di stesen Osaka. Aku sekadar tersenyum tawar sambil berterima kasih kepada Deja kerana sudi menemani ku setengah harian. Deja sempat berpesan agar aku menghubungi teman-teman ku di Kobe andai kata aku gagal mengejar bas. Aku sekadar menjawab ok.

Sesampainya di Terminal Bas Sannomiya, masa masih berbaki 20 minit. Aku bertanya kepada pakcik di terminal itu tentang bas ku dan dia menjawab bas ku akan datang di pintu nombor enam. Maka selamatlah aku menaiki bas di Terminal Bas Sannomiya,Kobe pada jam 11.55 malam.

Sesungguhnya, rehabilitasi ini tersangatlah panjang. Bermulanya seawal jam 6 pagi dan berakhirnya selewat 11.55 malam. Meskipun masih ada rehat di antaranya, namun jangka masa yang diambil untuk aku berjalan sangatlah panjang dan memenatkan. Namun aku berharap, perjalanan ini tidak sia-sia. Dan Deja, terima kasih atas segalanya. Segala budi mu hanya dapat ku balas dengan ucapan jutaan terima kasih.

Kredit untuk Deja atas segala layanan.

p/s - untuk Ee yang kerek dan tak dapat hadir menyertai aku dan Deja, nombor fon aku tu kalau kau rasa tak perlu, kau buang je

Sunday, June 15, 2008

rehabilitasi paling panjang

Kobe Hana Dokei

Tuhan telah menyusurkan aku ke jalan panjang ke Kobe dan Osaka pada Jumaat lalu, 13 Mei 2008.

i
Dalam kedaaan yang serba kelam, suasana di stesen bas Ube Chuou, Yamaguchi itu tidak begitu menyenangkan aku. Selepas kejadian amuk di Akihabara tempoh hari, aku berasa sangat gusar dan rimas. Bas yang sepatutnya bertolak pada jam 10.46 malam masih lagi tidak kelihatan. "Apa benar ini tempat menunggu bas yang sebetulnya kah? Mana mungkin bas di negara Jepun ini lewat barang seminit.",aku monolog sendirian. Antara tenang dan tidak, aku cuba meyakinkan diri bahawa jalan sedikit macet lalu bas sedikit lewat, barangkali. Dengan sedikit sabar, bas datang pada jam 10.49 malam. Aku tidur di dalam bas dan perjalanan ku pun bermula.

ii
Aku tiba seawal jam 6 pagi di terminal bas Sannomiya, Kobe. Pagi-pagi begini tiada apa yang lebih menyerlah selain perut ku yang kelaparan. Berbekalkan onigiri dan Coffee Latte, aku bersarapan untuk mengalas perut. Dan rehabilitasi ku pun bermula.

Aku berjalan kaki selama lebih kurang selama sejam lebih untuk ke Harbour Land. Sekadar membuang masa untuk menanti jam 9.30 pagi. Sambil berjalan-jalan itu, aku sempat singgah di Hana Dokei (jam bunga) bersebelahan dengan Kobe Shiyakusho untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Perjalanan tak ku rasakan jauh kerana pagi masih awal dan aku berjalan tanpa sebarang tekanan.


Tiba di Harbour Land pada jam 8 pagi. Laut begitu menyenangkan; melupakan aku pada masalah dan mengingatkan aku pada keindahan ciptaan-Nya. Memandangkan ada sejam setengah lagi sebelum 9.30 pagi, setelah puas mengambil gambar dan menghirup udara laut, aku berkeputusan untuk berehat-rehat di taman Harbour Land sambil membaca novel. Udara pagi sangat menyamankan dan menenangkan jiwa. Setelah sekian lama aku tak merasakan begini, aku mula merasakan rahmat perjalanan jauh ini.

iii
Urusan selesai pada jam 11. Aku berkira-kira masa untuk solat jumaat dan bertemu teman lama yang sudah 3 tahun lebih tidak bertemu. Kaki sudah menunjukkan tanda-tanda letih. Maka aku berkira-kira harus bersegera ke Masjid Kobe agar dapat berehat. Kembali ke Stesen Keretapi Sannomiya dan mula mencari peta untuk ke masjid. Puas mencari-cari tak ketemu, tiba-tiba ditegur seorang pakcik. "Mahu ke mana, nak?",tanyanya dalam bahasa Jepun. Lantas aku segera menjawab mahu ke masjid. "Tadi pun ada enam orang tanya jalan nak pergi masjid. Anak ikut peta ni. Dari sini, anak seberangi jalan depan ni dan anak akan nampak papan tanda Dikku yang besar tu", katanya sambil menunjuk ke arah bangunan besar di seberang jalan berpapan tanda Dikku. Aku mengangguk faham. "Anak ikut jalan di hadapan bangunan Dikku menuju ke sebelah kiri. Terus sehingga anak bertemu dengan kedai Toukyu Hands. Kemudian, anak terus lagi sehingga nampak kedai serbaguna Lawson di sebelah kanan jalan. Anak belok ke kanan dan terus naik bukit sehingga bertemu bangunan NHK Kobe pula. Anak terus lagi sehingga berjumpa Kitano Meister Garden di sebelah kiri, anak belok kanan masuk ke Pearl Street. Masjid ada di jalan itu." Aku lantas mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Mulia sungguh pakcik itu. Menunjukkan jalan kepada ku untuk ke masjid. Malah untuk sesiapa sahaja yang dirasakannya sedang mencari arah jalan.

Kali pertama ke Masjid Kobe, 2 tahun yang lalu ketika aku di tahun pertama pengajian. Ini yang kedua kalinya; pertama kali bersolat jumaat di masjid semasa di Jepun. (di kawasan ku belum punya masjid lantaran khalayak Islam yang tidak ramai) Setibanya di perkarangan masjid aku disapa salam muslim setempat. "Mesra sungguh masyarakat di sini", gumamku seorangan. Begitu juga ketika sepanjang jalan ku ingin mengambil wuduk, aku disapa salam berulang-ulang kali. Aku berbasa basi sambil bertanyakan tempat meletak kasut.

Usai solat jam 2 petang, aku lantas sms ke temanku memberitahu aku sudah mahu berangkat ke stesen keretapi. Dan kami berkira-kira untuk bertemu di stesen Umeda, Osaka.

bersambung...

Thursday, June 5, 2008

wawasan dan cabaran

Anda seorang yang berwawasan tinggi?inginkan cabaran?Dan sangat bersedia untuk lakukan perubahan?

Marilah tinggal di Malaysia.Anda pasti kan merasa perubahan dan cabarannya.

1.Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga”.

2.“Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.''

3.“Langkah berjimat ini bukan untuk kita menjadi kedekut, tetapi jangan sampai berlaku pembaziran. Kita mesti kurangkan pembaziran dalam apa jua perkara yang ada hubung kait dengan kehidupan,”

4.“Kalau kita sedia buat perubahan dalam cara hidup dan buat penjimatan, insya-Allah kita tidak akan hadapi kesan yang teruk sangat.”

5.“Bila masa susah kita kenalah sama-sama susah, bila masa senang kita sentiasa saling membantu.”

6.“Subsidi masih diberikan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban rakyat. Malah, kita masih memastikan harga bahan api di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini,”

7.'Dalam tahun hadapan ini, kenaikan berterusan harga minyak dan komoditi dunia akan meningkatkan beban. Namun subsidi masih terus diberikan iaitu kerajaan tidak membiarkan rakyat terpaksa membeli semua barang mengikut harga pasaran, kerajaan tetap membantu,"

Nantikan episod-episod akan datang yang bakal menggemparkan poket dan jantung anda bila-bila masa.

updet 10 jun 2008

1)Ini baru betul susah senang kita bersama

2)Utamakan kecekapan dan pelaksanaan. Masa untuk bekerja bersama-sama beliau,bukan untuk beliau.INGAT! BerSAMA-SAMA beliau, bukan UNTUK beliau!

Thursday, May 29, 2008

kau yang kucinta

* cerita ini dipenuhi dengan unsur-unsur klise yang memualkan tekak anda. sila bersedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.


BAGAIMANA lagi harus kunyatakan hasrat hati ini padamu. Berkali-kali kucuba melupai mu. Namun setiap kali itu jua kau hadir menggugah hatiku. Biar sebentar kau kutinggalkan, bagai beratus tahun kita terpisah. Sampai bilakah hatiku kan terus begini; merindu tanpa henti, menyinta tanpa jemu. Ya, kata orang, cinta kita masih muda. Belum matang dan sempurna; menyinta tanpa jiwa, tanpa raga. Namun, itu semuanya kata-kata orang. Bukan kata hatiku. Kuingin kau tahu bahawasanya aku tulus menyintaimu. Ku takkan peduli kata tohmah orang. Kerna bagiku. kaulah segala-galanya; tangkai hati, bunga jiwa. Dan semestinya, kuharap kau begitu jua. Menyintaiku tulus, tanpa faedah, dan bunga berganda.

NAMUN, kuharap kau sedar. Kau tak bisa ku bawa bersama ke mana-mana. Badanmu yang montel dan bibirmu yang mungil belum cukup mampu melodakkan jiwa mudaku. Kusedar, aku insan biasa yang punya nafsu bermaharajalela. Namun aku jua punya minda yang berkuasa memilih yang pujangga dan buah mangga. Dan aku tidak mahu kau merosakkan rumah ku semata-mata untuk kau masuk ke dalamnya. Maafkan aku, sayang; belum tiba masanya untuk kita berkongsi bumbung dan rumah yang sama.

DAN sesungguhnya kumahu kau tahu; aku menyintaimu sepenuh jiwaku. Meski kita baru berkenalan selama 5 hari, namun itu sudah cukup lama untuk kunyatakan rasa cintaku padamu. Kerna kau lah aset pertama dalam hidupku. Semoga kita kan kekal bersama selamanya, Honda Fit 1.3 i-DSI putih.

Saturday, May 17, 2008

kempunan

i
Ya, skuad badminton kita tewas lagi.

Kita kini ketandusan bakat-bakat baru untuk acara perseorangan. Sudah-sudah lah dengan prestasi lalu. Utamakan prestasi kini, dan tumpukan ke masa hadapan. Kita perlukan pemain yang 'boleh', bukannya pemain yang 'pernah' demi mengecap kembali kejayaan 1992.

Kutuk bukan kerana benci, cuma kempunan dan mahukan perubahan. Semoga majulah badminton Malaysia.

ii
Setitis keringat yang mengalir
Sejuta nikmat terlahir
Seribu rahmat terzahir.

Friday, May 16, 2008

150

i
Baru kutahu, lutut kiri ku boleh membengkok 150 darjah.
Lutut kanan 145, ada 5 darjah lagi.
Bersabar dan berusaha!

ii
Kiri kanan perlu berbeda
bahagia di sini,
di sana jua.

Thursday, May 15, 2008

Syukur

Puji-puji Dia - bila kau gembira, kau bersuka,
Ingat-ingat padaNya - bila diduga
Syukur-syukur - bila kau dikurnia.

Nikmat yang diberi,berhak diminta kembali.Mahupun dipinjamkan kembali.

Fisioterapi kali ini telah berakhir secara rasminya bermula hari ini. Namun, masih belum mampu melipat kaki sesempurna biasa. Masih berbaki 3 bulan. Bersabar dan berserah.

(ingin berbola dan berbadminton)

Thursday, April 17, 2008

tinggi langit, rendah bumi

Turun naik dalam hidup adalah lumrah yang tak dapat dinafikan. Biar sebanyak mana kita geleng menafikannya, hati kita tetap akan angguk mengiyakannya tanpa sedar. Andai mampu dihitung saat kita dilambung puji dan dihenyak dugaan, pasti terserlah sejumlah lumrah yang telah ditetapkan Tuhan.

Dan dugaan Tuhan bukan sia-sia semata. Percayalah seyakinnya, semua yang tersurat ada tersirat membawa rahmat.

Tepuk dada, tanya iman.

Monday, April 7, 2008

hyaku juu go

Masih di situ.
115
darjah.

Sunday, March 30, 2008

rela

Kurela berlari 9 ke 5.Daripada fisioterapi sejam dua.

-Rooney-

Masih ada 3 minggu sebelum 'bebas' dari fisioterapi.
Dan 6 bulan untuk bebas berlari.
Moga terhapus dosa kecilku sebelum ia terus membesar.

Sunday, March 9, 2008

maknanya

i.
Dan akhirnya
Ilham yang kautunggu-tunggu
Menjejakkan kau di bumi nyata(meski tidak rata).

ii.
Pada yang kalah,berinjaklah di bumi dan biasakan dongak ke langit.Hidup di bumi bertuah belum tentu tuah selamanya.

Pada yang menang,jangan mudah menghidung tinggi.Banyak lagi perlu dikerjai.Andai kau terlupa,kelak tersembam kau jatuh pula.

Saturday, February 16, 2008

selamat

Jumaat,bermula musim hospital.

Sabtu,jamuan perpisahan senior tahun akhir.

Ahad,kembali ke hospital.

Isnin,pembedahan.

Selasa,dan seterusnya,rehabilitasi.

Doa-doakan.

p/s - talian internet putus sehingga bulan april

Monday, February 4, 2008

popular

Jom tulis karya picisan.
Untung-untung,dipilih menjadi teks KOMSAS!

Monday, January 28, 2008

pesan mak II

Semalam,mak pesan lagi.

"Kau nak cari yang macam mana pun,mak tak kisah.Asalkan dia tahu hormat orang tua sudahlah.Tapi kalau boleh,mak tak nak orang dekat sangat.Jauh sangat pun,mak tak nak jugak.Pada-padalah."

p/s - seru dah makin dekat.(?)

Thursday, January 24, 2008

pesan mak

Banyak kali mak dah ulang.Kali ni,mak ulang lagi,

"Jaga iman baik-baik.Jangan sampai tenggelam."

Tuesday, January 22, 2008

bercuti(dr yg sepatutnya)

Dah dekat dah.Bawak-bawaklah be...

Friday, January 11, 2008

ada 3 butir di setiap fakulti...

Sekali fikir,ianya memang menyeronokkan.Mana tidaknya,disebabkan ia,satu sekolah cuti hari ini.Cuti kecemasan.Dan disambung dengan cuti hujung minggu dan cuti hari isnin sempena Seijin No Hi,atau dalam bahasa melayunya,Hari Kedewasaan;aku cuti berterusan selama 4 hari!Memang sangat mengujakan!

Namun bila lama difikirkan,alangkah bahayanya hidup di bawah ancaman begini.Semuanya rasa serba salah.Nak dipandang remeh,nanti kalau benar-benar terjadi,nyawaku juga yang terancam.Yang pastinya,tak sesiapa pun dibenarkan masuk ke kawasan sekolah hari ini.

Jam 11 pagi semalam,tiba-tiba sekolah dikejutkan dengan satu panggilan.Panggilan itu sangat menggemparkan hingga mampu mencetus kabut di sekolah.Semua orang berlari keluar dari kawasan sekolah serta merta.Motif panggilan masih belum dapat dikenalpasti dan pihak polis sedang berusaha menjejakinya.

Suara pemanggil itu perlahan bagai suara berbisik,"Ada 3 butir bom di setiap fakulti.Ianya akan meletup pada jam 2 petang hari ini".Dua kali ia diulang ucap,menurut berita di televisyen.

Aku bagaikan tak percaya apabila pertama kali mendengar berita ini dipaparkan dalam berita malam semalam.Namun,ini ancaman bom,boleh membahayakan nyawa.Macam mana sekalipun,ia perlu diambil kira dan dipandang serius.

p/s - Hari Kedewasaan jatuh pada hari Isnin minggu kedua bulan Januari.Ia bertujuan merayakan generasi muda yang mampu hidup berdikari dan menyedari sudah dewasa.Seijin Shiki(upacara kedewasaan) diadakan di setiap kawasan di seluruh negara Jepun untuk meraikan orang yang sudah berusia 20 tahun,usia yang dianggap dewasa oleh undang-undang Jepun yang membolehkan meminum arak,merokok dan megundi untuk pilihanraya.Klik sini untuk lebih lanjut tentang Seijin No Hi atau Hari Kedewasaan.

Wednesday, January 9, 2008

1429H

Kalau ikut tahun masihi,hari baru dikira berdasarkan tengah malam.Tapi bagi tahun hijrah,hari baru bermula selepas maghrib.Maka,masuknya waktu maghrib malam ini bermakna bermulalah tahun baru hijrah,1429.

Semoga kita dapat menyiapkan diri untuk menduduki peperiksaan-Nya supaya kita lulus cemerlang dan moga tahun 1429H ini lebih baik berbanding sebelum-sebelumnya.InsyaAllah,Ameen.

Sepertimana tahun baru masihi,buatlah azam sebanyak mungkin untuk tahun baru hijrah ini.

Apapun,Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

p/s - untuk yang tak tahu nak cari doa akhir tahun dan awal tahun di mana,boleh klik sini.