Daisypath Wedding tickers

Sunday, October 28, 2007

Ikan Fugu,Lukisan & Jimson



Dua kali hadap,baru berjaya khatam sambungan detektif indigo ini.Saya merasakan cerita ini takkan terhenti di sini.Faisal Tehrani seakan menggambarkan kesinambungan episod seterusnya pada penamat cerita ini.Barangkali masih dalam pembikinan.

Apapun,saya seakan gembira ikan Fugu atau ikan buntal(rasanya seperti daging ayam)menjadi salah satu aset penting dalam cerita kali ini.Satu fakta yang agak menarik minat saya dalam novel kali ni adalah mengenai pengharaman pemakanan ikan Fugu di Jepun pada tahun 1983.

Ikan fugu memang dikenali sebagai ikan yang beracun.Sesiapa yang memakannya boleh mati sekiranya toksin yang ada dalam ikan fugu tidak dibuang dengan betul sebelum memasaknya.Satu perkara yang tidak diceritakan dalam novel adalah mengenai pemakanan ikan Fugu yang masih ada sehingga ke hari ini.(Barangkali kurang relevan untuk dimuatsertakan).Jepun sememangnya telah mengharamkan pemakanan ikan fugu pada 1983 kerana terdapat kes di mana pemakan ikan fugu mati kerana toksin dalam ikan fugu yang tidak dibuang dengan betul.Namun setelah beberapa tahun,dengan teknologi dan kajian yang mendalam,Jepun kini telah membenarkan ikan fugu dimakan semula di kedai-kedai tertentu.Kedai-kedai terpilih ini mempunyai lesen yang mengesahkan mereka mempunyai kepakaran membuang toksin ikan Fugu dan ikan Fugu yang dimasak terjamin selamat untuk dimakan.

Dan saya juga gembira kerana pusat pengeluaran ikan Fugu yang terbesar di Jepun terletak di kawasan saya berada sekarang,Yamaguchi-Prefektur.Atau lebih tepat lagi di bandar Shimonoseki,kira-kira setengah jam perjalanan dari rumah.

inilah gambar ikan Fugu yang telah digoreng

p/s - ini bukan review buku.sekadar bercerita tentang kaitan buku ini dengan diri sendiri.klik pada perkataan 'ikan Fugu' pada perenggan kedua untuk maklumat tentang ikan Fugu di wikipedia.

7 comments:

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Belum pernah merasa ikan buntal tu. Kata isteri saya ia tergolong di dalam kategori neorotoksin. Kalau keracunan, ia akan menyerang saraf, dan sensasi apabila memakannya ialah pada lidah yang kebas.

Zaki Isa said...

Baru pertama kali saya dengar tentang kebas lidah tu.Alhamdulillah,setakat ni tiada rasa apa-apa yang pelik selepas makan.

hani salwah yaakup said...

Akhirnya peminat ikan fugu menulis cerita ikan fugu...hehehe...siap dengan gambarnya. Terima kasih untuk infonya, Zaki!

Zaki Isa said...

Sama-sama kak hani.Kalau ada masa,insyaAllah sabtu ni saya nak pergi makan ikan fugu,nak ikut?huhu..

aielemocnian said...

hoh... terliur bila mengenangkan fugu kt shimonoseki tuh... bila laa dpt peluang nk mkn lg...

ada sambungan ek detektif indigo? kena cari nih...

Zaki Isa said...

haha..terliur ke?..meh le dtg sini lagi..
ha,inilah sambungan detektif indigo(siri detektif indigo)..cari,jangan tak cari..

Ainul Hafiz said...

aku dah khatam membaca Bila Tuhan Berbicara. sekarang sedang menikmati Manikam Kalbu. ada lagi 3 buku menunggu dihayati.