Daisypath Wedding tickers

Sunday, October 28, 2007

Ikan Fugu,Lukisan & Jimson



Dua kali hadap,baru berjaya khatam sambungan detektif indigo ini.Saya merasakan cerita ini takkan terhenti di sini.Faisal Tehrani seakan menggambarkan kesinambungan episod seterusnya pada penamat cerita ini.Barangkali masih dalam pembikinan.

Apapun,saya seakan gembira ikan Fugu atau ikan buntal(rasanya seperti daging ayam)menjadi salah satu aset penting dalam cerita kali ini.Satu fakta yang agak menarik minat saya dalam novel kali ni adalah mengenai pengharaman pemakanan ikan Fugu di Jepun pada tahun 1983.

Ikan fugu memang dikenali sebagai ikan yang beracun.Sesiapa yang memakannya boleh mati sekiranya toksin yang ada dalam ikan fugu tidak dibuang dengan betul sebelum memasaknya.Satu perkara yang tidak diceritakan dalam novel adalah mengenai pemakanan ikan Fugu yang masih ada sehingga ke hari ini.(Barangkali kurang relevan untuk dimuatsertakan).Jepun sememangnya telah mengharamkan pemakanan ikan fugu pada 1983 kerana terdapat kes di mana pemakan ikan fugu mati kerana toksin dalam ikan fugu yang tidak dibuang dengan betul.Namun setelah beberapa tahun,dengan teknologi dan kajian yang mendalam,Jepun kini telah membenarkan ikan fugu dimakan semula di kedai-kedai tertentu.Kedai-kedai terpilih ini mempunyai lesen yang mengesahkan mereka mempunyai kepakaran membuang toksin ikan Fugu dan ikan Fugu yang dimasak terjamin selamat untuk dimakan.

Dan saya juga gembira kerana pusat pengeluaran ikan Fugu yang terbesar di Jepun terletak di kawasan saya berada sekarang,Yamaguchi-Prefektur.Atau lebih tepat lagi di bandar Shimonoseki,kira-kira setengah jam perjalanan dari rumah.

inilah gambar ikan Fugu yang telah digoreng

p/s - ini bukan review buku.sekadar bercerita tentang kaitan buku ini dengan diri sendiri.klik pada perkataan 'ikan Fugu' pada perenggan kedua untuk maklumat tentang ikan Fugu di wikipedia.

Monday, October 22, 2007

rasa

Rasa itu datang lagi.Dekat dan kedap.Dan seperti selalunya,ia berpakej.Atas landasan sejuk.












MALAS

Lagu Untukmu

Lagu Untukmu
Oleh : Meet Uncle Hussain

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan alur hidupmu bukanlah aku

*
Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah

(ulang *)

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Hoa…hoa….hoa…..

p/s - lagu tema cerita Kami di 8TV yang mengisahkan tentang anak-anak muda yang minat muzik underground.Dan Meet Uncle Hussain adalah satu band undergroundnya.Melodi segar bagi yang sudah bosan dengan melankolik arus perdana(mainstream).Lirik jiwang?Abaikan.Semua lagu adalah jiwang.

Thursday, October 18, 2007

Puasa Lah Enam

Syawal sudah menjengah tujuh,puasa enam bagaimana?

"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan,kemudian mengikutinya dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun."
Hadith riwayat Abu Daud dari Abu Ayub.

YOK,KITA SAMA-SAMA BERPUASA ENAM!

p/s - yok dalam bahasa jawa bermaksud jom.

Sunday, October 14, 2007

Aidilfitri

rakyat Yamaguchi yang beraya di Jepun kali ini

Aidilfitri menjelma tiba.Meski begitu,raya bagi kami di sini hanyalah pada hujung minggu.Sekejap,sekelip mata.Bagi yang ada repot eksperimen,raya hanyalah sehari sahaja.Manakala yang lain-lain,masih mampu beraya untuk hari kedua.

Dan hari ni,kembali seperti hari biasa.Tiada apa yang istimewa.Sekadar Syawal di dalam jiwa.

SALAM SYAWAL.SALAM PUASA ENAM.SALAM AIDILFITRI UNTUK YANG MASIH MENYAMBUTNYA.

Wednesday, October 10, 2007

raya?

SALAM RAYA & MAAF ZAHIR BATIN & HALALKAN MAKAN MINUM

Buat kesekian kalinya,aku tak rasa beria nak raya.Ya,tak beria.Langsung tak.

Kali ni,tahun ketiga.Maknanya untuk kali ketiga aku akan beraya di sini.Walaupun tahun ni tak macam tahun lepas;raya di dalam kelas,aku masih tak terasa apa-apa.Aku sendiri pun tak percaya;macam mana lah aku boleh tak terasa haba(baca:bahang) raya tahun ni.

Mungkin aku sedih sangat sampai aku terlupa pasal raya.(sedih mengatasi suka).Maklum lah,tak dapat beraya bersama keluarga tercinta.Emak,ayah,adik,Uda,Angah,Along.(Haha.Bergenang air mata bila tulis macam ni.Berperasaan betullah aku ni!)

Mungkin juga aku risaukan repot eksperimen aku dengan sensei(cikgu) paling cerewet di bumi Universiti Yamaguchi ni.Semalam dah kena 'basuh' habis-habis.Gara-gara aku terlupakan pantang dia dalam merepot.

Biar apapun alasannya,aku tak gembira dengan kemampiran Syawal kali ni.

Dan di kesempatan ini(ayat klise),aku menyusun sepuluh jari(klise juga) tangan dan sepuluh jari kaki memohon ampun dan maaf andai ada yang terguris hati ketika membaca dan menjengah di sini.Semua itu bukanlah disengajakan,meski banyak yang disengaja.Halalkanlah segala yang terhutang dan termakan(budi,'body',nasi).

Akhir kata,
1.SELAMAT BERHARI RAYA
2.PANDU LAJU,SAMPAI CEPAT(ke mana?pilih sendiri!)
3.SELAMAT BERLUMBA DI JALAN RAYA
4.Pantun Jawa untuk semua

krokedal huntel nyekeli boyo
endas singo tugu singopuro
kulo sekeluargo ucapne selamet royo
keluputan seng akeh-akeh dingapuro.

p/s - pantun jawa tu aku ambil dari blog abg saharil.Tak dapat tangkap makna semua baris.Baris satu;Crocodile Hunter menyakat buaya.Baris tiga;kami sekeluarga ucapkan selamat raya.Yang bawah sekali tu;kalau ada salah dan silap,harap diampuni.(tak reti cakap jawa.boleh la takat paham sikit-sikit.itu pun kadang-kadang salah tafsir.haha)

Tuesday, October 9, 2007

sedikit saja lagi..

Sedikit sahaja lagi,ia berlalu pergi.Pergi terus dan terus pergi.Kembalinya sudah pasti,penantinya belum tentu lagi.

SELAMAT BERPUASA SETINGGI-TINGGI TINGGI.