Monday, February 21, 2011

larangan yang semakin menjadi kebiasaan

Aku rasakan senarai ini semakin memanjang dari hari ke hari.

1. lelaki memakai aksesori wanita - rantai dan gelang
2. wanita yang bertudung tetapi memakai pakaian ketat
3. wanita bertudung tidak melabuhkan sehingga ke dada
4. aurat dibuka semata-mata untuk gambar kenangan semasa majlis perkahwinan
5. aurat yang dijaga sejak baligh didedahkan kepada umum semasa bersolek untuk majlis perkahwinan
(senarai ini akan terus memanjang andainya kita tak mahu mengubahnya)
6. baju yang semakin jarang (dipakai inner supaya tak terlihatkan bahagian dalam tubuh badan namun inner itu sendiri sudah ketat dan semestinya menonjolkan bentuk dan susuk badan)

Tetapi Rasulullah tidak menyuruh kita hanya mengatakan si pulan bin si pulan sudah rosak kerana berbuat itu dan ini, sebaliknya Rasulullah menyuruh kita bersama-sama mengubah kepada keadaan yang lebih baik. Dan senarai-senarai ini aku tuliskan supaya kita menyedarkan keluarga kita, rakan-rakan kita, dan masyarakat kita supaya berubah menjadi yang lebih baik.

Saturday, January 8, 2011

Kalau bermain kalau

Kalau sayang diwayang-tayang,
pasti ada yang tergilakan bayang.
Kalau cinta dipangku-tatang,
pasti ada yang terlepas pandang.
Kalau kasih dipendam-simpan,
pasti ada yang menaruh harapan.
Kalu rindu termimpi-kenang,
pasti ada yang tak keruan.

Kalau bermain cinta, biarlah berpada.
Kalau bermain kasih, biarlah dari hati bersih.
Kalau bermain kata, jangan sampai ada terluka.

Monday, October 18, 2010

Menegur dan menegah

Berpeluang sekali lagi ke negara Jepun ini membuatkan aku kembali merenung kebaikan yang ada dalam diri Jepun.

Berehat sambil menunggu rakan menaiki Roller Coaster, mataku sengaja diliarkan. Melilau-lilau memerhati dan merenung budaya orang Jepun yang hidup tanpa sebarang pegangan agama. Segala-galanya terletak pada diri. Percaya bahawa diri yang menentukan segala-galanya. Jodoh, rezeki, maut, dan apa sahaja. Dan tiba-tiba aku terpandang satu situasi yang agak mencuit rasa hati - bagaimanalah sikapku nanti andai anakku buat begitu?

Seorang ibu bersama dua anak berehat sebentar dengan duduk di pinggir jalan. Hanya beberapa langkah dari aku. Seorang anaknya masih di dalam pusher. Manakala seorang lagi (si abang) sedang menggendong bekas berisi bertih jagung di dilehernya. Si abang kelihatan gembira dan menari-nari mengikut irama lagu yang berkumandang. Tanpa semena-mena, bertih jagung tertumpah kerana kaki anaknya tersadung sendiri akibat terlalu asyik menari dan melompat. Melihatkan anaknya begitu, ibunya terus menarik tangan anaknya supaya duduk. Marah, tapi bukan memukul. Kata-kata jangan bermain semasa makan dituturkan dalam nada tegas. Bekas bertih jagung terus diambil dari leher anak sebagai hukuman. Dan si ibu terus memungut bertih jagung yang jatuh sambil mengajak anak turut sama mengutip. Selesai kutip, bekas bertih jagung diberi kembali kepada si anak. Dan kali ini anak itu dengan sendirinya duduk di sisi ibunya (tanpa disuruh) sambil memeluk erat bekas bertih jagung yang kembali dikalung di lehernya.

Betapa tegahan sahaja tanpa diajar cara penyelesaian bukanlah satu cara yang cukup bagus untuk mendidik anak-anak. Seandainya sejak kecil lagi diajar cara penyelesaian kepada satu kesalahan, pastinya (insyaAllah) dunia ini akan terus tenang.

Dan aku semakin terdiam apabila memikirkan apakah aku mampu membentuk anak-anak dan keluargaku ke arah keluarga yang diredai dan dirahmati. Namun, aku (dan setiap orang Muslim) harus sedar bahawa tanggungjawab berkeluarga bukan sekadar menambah umat dan memenuhi tuntutan biologi, tapi lebih daripada itu. Dan tanggungjawab itu bukan satu pilihan, tapi satu amanah yang mesti ditunaikan.

Dan yang Islam perlukan hari ini adalah umat Islam yang berkualiti dan berkuantiti.
(kualiti hadir dahulu kerana daripada kualiti lah akan lahirnya kuantiti)

Tuesday, October 5, 2010

LAGU KEKANDA ADINDA – MONOLOQUE & ATILIA

http://www.youtube.com/watch?v=r0y6h6rCDsU

LIRIK
LAGU KEKANDA ADINDA – MONOLOQUE & ATILIA
Verse_1
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

Chorus_1:
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Verse _2:
(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

Chorus_2
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Bridge:
(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

Verse-3
(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Chorus_3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

coda*
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

Wednesday, September 29, 2010

Ana Raffali Sohaimi Mior Hassan Altimet - Kalau Berpacaran



Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Thursday, August 19, 2010

semakin jauh...

Hari demi hari, blog ini semakin sunyi dan sepi. Tanpa coret. Tanpa komen. Tanpa apa-apa. Yang ada hanyalah catatan-catatan lampau yang semakin hari semakin jauh meninggalkan hari ini.

"Penulis yang tidak menulis, bukanlah seorang penulis."
- Datuk Johan Jaaffar; 2001, DBP -

Terkenang memori di tahun 2001.
Kata-kata itu sudah cukup untuk mengapi-apikan semangat untuk menulis pada ketika itu. Namun sayangnya, setelah 9 tahun berlalu, kata-kata hanya kata-kata. Tidak terkota dengan sempurna. Malu untuk membilang puisi yang mampu ditulis. Menghadam sastera juga semakin kurang.

Ya, semakin hari semakin jauh ku ditinggalkan. Rakan-rakan lain semakin maju dan lincah di arena, aku masih di sini. Membilang hari. Untuk kembali memesrai. Sampai bila aku harus begini? Hanya Dia dan aku yang tahu jawapan persoalan ini.

DERAP DARI JAUH (KAPAN KU MAHU MENGEJAR?)

Derap itu semakin jauh ke depan,
mantap menyusun langkah,
kental berjuang.

Melihat dari jauh,
ku ditinggalkan, bersama khayal
dan kenangan, cita-cita dan impian.

Harus kembali berjuang,
persiap lengkapan, senjata dan perisai,
medan ini bukan medan peluru;
medan kata dan bahasa.

Zaki Johari
Hachioji, Tokyo (1.39 pagi)

Sunday, May 16, 2010

Selagi dikandung badan, terima kasih cikgu!!!

Ya, bagai lirik Juwita Citra Terindah oleh M Nasir,

"bagaimanakah aku gambarkan,
rasa yang membaka jiwaku,
tiada kata yang tak klise,
bagai habis bahasa bermutu"


aku bagaikan buntu untuk membariskan kata-kata terbaik sebagai penghargaan kepada guru-guru sejak aku di tabika (Taman Bimbingan Kanak-kanak) sehingga aku ke tahap ini. Maafkan aku juga kerana tak mampu menyenaraikan semua nama-nama guru yang pernah mendidikku.


SELAMAT HARI GURU, CIKGU.
Terima kasih atas segalanya.
Semoga Allah membalas segala jasa baik cikgu dan semoga hidup kita semua diberkati di dunia dan akhirat.

Wednesday, April 21, 2010

Yang Terindah by Dakmie



Untuk kau yang kusayang...