Daisypath Wedding tickers

Sunday, November 4, 2007

jalan-jalan makan fugu

Kami ke Shimonoseki semalam,makan fugu.Tiba di Shimonoseki agak lewat,kira-kira jam 1.20.Biasanya ikan fugu sudah habis terjual pada masa puncak(masa makan tengahari)begitu.

Dan seperti yang dijangka,ikan fugu dalam almari kaca hanya tinggal satu.Tidak cukup untuk kami semua.Namun,disebabkan kami pelanggan biasa di kedai itu,kami berjaya juga mendapatkan ikan fugu.Itupun setelah bertanya;sama ada selain ikan fugu yang dipamerkan,masih ada ataupun tidak.Syukur,stok masih ada,dan cukup-cukup untuk kami berlapan.Cumanya,ikan fugu begini sedikit berbeza dengan gambar sebelum ini.

inilah rupa ikan fugu sebelum disantap

dan ini hasilnya setelah dilahap

p/s - kebiasaannya ikan fugu separa goreng dipamerkan di dalam almari kaca.dan yang berada di dalam almari kaca itu sajalah yang dijual di kedai pada hari itu.sistem kedai ini ialah setiap pelanggan perlu mengambil ikan fugu atau apa-apa sahaja makanan di dalam almari kaca dan diberikan pada kaunter pemanasan untuk dipanaskan semula atau dimasak,sambil memberitahu nombor meja untuk dihantar.(maaf,asyik sangat makan sehingga lupa mengambil gambar almari kaca dan kaunter pemanasan).itu untuk lauknya sahaja.nasi dan kupang boleh dipesan di meja makan seperti kedai-kedai biasa.

11 comments:

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Ikan fugu tu dimasak apa? Digoreng ala Fish and Chips ke?

Zaki Isa said...

Haah,digoreng ala fish n chip.

intan said...

ko dah tau pasal hari senbon bleh la ko citer pasal ikan tu plak.

Anonymous said...

ikan fugu tu yg harsenbon aa kan..yg gmok duri2 tu kan...sdap ke weh??eishh x pnah ak mkn..ak dok tebyg harisenbon...(harisenbon yg plawak tu...lol)

Zaki Isa said...

oh tidak..hari senbon tak sama dengan ikan fugu...tergolong dalam keluarga fugu tapi tak bertoksin macam fugu..atau dlm bahasa jepunnya フグの仲間だが、毒は持っていないので、ふぐ調理師免許を所持していない者でも調理は可能である。ただ、棘が鋭いので取り扱いには注意が必要である。aku pn minat kat minah dua org harisenbon tuh gak..sorg keding,sorg gumuk..huhu..

Anonymous said...

amboi kuwashiinye psl fugu..bgs2 boleh jd daihyou yamaguchi..

btw lame gile dh xmkn fugu..bile eh last??xigt dh..:D

hani salwah yaakup said...

salam,

kisah si ikan fugu lagi...

hehehe...nampak cm sedap jerk..

huhu

Zaki Isa said...

cik pinky - belum layak jadi daihyou lagi..belum khatam tentang keluarga fugu yang lain lagi..antaranya harisenbon..tau sikit-sikit je pun..

kak hani - mestilah sedap..kalau tak,takdelah sanggup korban masa stgh jam perjalanan semata-mata nak makan ikan yang berperisa ayam..huhu..

Anonymous said...

ikan fugu berperisa ayam..ak igt maguro yg beprisa ayam...ak konpius blog ko ngn mami sbb kaler same..ahaha..ak igt yg iklan mkn adibah noor tu kau yg boh kt blog kau...rupenyek mami..tp mane2 pn layannn~

Anonymous said...

eh..awat tak ajak kami gi makan fugu....lama dah cari tempat sedap nak makan fugu.. shimonoseki tuhbelah mana?.

Zaki Isa said...

kami p aritu pun bukannya rancang awal2..main terjah je..insyaAllah lain kali kami ajak k hanny sekali..kedai tuh sebelah 2 gou-sen..kalau dari kyushu,ikut jalan 2 gousen tuh sampai jumpa selekoh yg nampak laut,depan tuh sket,belah kanan jalan..ada kanban tulis 貝汁..ada parking luas sbb kongsi dgn onsen skali..kalau akak tak faham atau tak jumpa,akk call je la kami,ye!