Daisypath Wedding tickers

Sunday, September 14, 2008

Macam Macam

Ramadhan

Wah, Ramadhan sudah menjengah malam kelima belas! Sungguh cepat Ramadhan kali ini bergerak. Bagai tak percaya pula Ramadhan sudah masuk hari yang kelima belas. Rasanya bagaikan baru semalam sahaja Ramadhan menjengah tiba. Dan oleh itu, marilah kita bersama-sama mengoreksi segala amalan kita di bulan mulia ini. Apakah sempurna puasa kita dengan turut mempuasakan seluruh anggota tubuh kita; mata, mulut, telinga dan seluruh badan? Biar apa pun jenis puasa yang telah kita lakukan, biarlah yang berlalu terus berlalu. Yang penting sekarang ini, bagaimanakah harus kita tambah amalan-amalan untuk menghabiskan sisa bulan pahala ini. Dan jangan lupa berdoa semoga Ramadhan kali ini tak sia-sia. Dan peluang merebut pahala Ramadhan yang masih ada ini perlulah kita gunakan sebaik mungkin.

Rumah Tangga

Di bulan Ramadhan ini juga, kerap kali secara tidak dirancang aku menemukan topik bicara iaitu kahwin. Dan di antara yang menarik untuk aku kongsikan adalah sedutan Forum Petua Mendapat Pasangan yang dipengerusikan oleh Aziz Desa. Manakala Dr Masyitah Ibrahim dan Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah sebagai penforum.

Dalam forum itu, Dr Masyitah ada memberi contoh bahawa sikap suami yang acuh tak acuh seringkali menjengkelkan pihak wanita. Contohnya andai si isteri bertanya pada suami yang sedang minum kopi, "Minum kopi ye bang?" Biasanya yang dijawab oleh suami bukanlah "ya", sebaliknya si suami akan menjawab dengan jawapan yang kurang menyenangkan seperti berkata, "Taklah. Tengah menyelam."

Selain itu, andai si suami siap berpakaian kemas ingin pergi ke kerja, bertanyalah si isteri kepada si suami, "Nak pergi kerja ye bang?" Lantas dijawab secara sambil lewa oleh si suami dengan berkata, "Taklah. Nak pergi pecah rumah orang."

Walaupun aku masih belum bergelar suami kepada mana-mana wanita, aku juga yakin bahawa dialog yang serupa itu akan aku ungkapkan kepada isteri ku nanti. Mungkin dengan niat sekadar bergurau. Bukankah lebih baik bergurau sekali sekala daripada asyik bercakap serius dengan isteri dua puluh empat jam. Dan secara jujur, aku memang suka bergurau. Dan kepada wanita yang bakal bergelar isteri nanti, rajin-rajinlah membaca perasaan si suami. Manalah tahu si suami sedang kehabisan idea dan baru sahaja dimarah oleh majikan di tempat kerja.

Namun, bukanlah dimaksudkan si isteri sahaja yang harus membaca perasaan si suami. Sang suami juga harus sama-sama pandai membaca isi hati isteri kerana telah kita semua maklum bahawa wanita ini mempunyai sembilan emosi dan satu akal. Makanya, wanita jugalah yang akan lebih beremosi dalam apa hal sekalipun. Dan sebagai lelaki yang berakal sembilan beremosi satu, pandai-pandailah tunjukkan emosi pada waktu yang dirasakan si isteri sangat-sangat memerlukan bantuan emosi daripada si suami.



Dengan kisah perkahwinan Ustaz Hasrizal serta ulangtahun perkahwinannya yang telah menjangkau tujuh tahun, rencam rumahtangga yang dipaparkan di blognya seringkali mengingatkan aku bahawa tujuan perkahwinan itu bukanlah untuk mendapatkan zuriat sahaja. Oleh sebab itulah, persiapan rapi perlu dilakukan sebelum rumah tangga didirikan supaya rumah tangga yang didirikan nanti bukanlah sekadar rumah yang bertangga tanpa jiwa dan tujuan. Dan moga buku Aku Terima Nikahnya hasil tulisan ustaz Hasrizal yang bakal aku hadami nanti dapat menggambarkan serba sedikit tentang kehidupan berumahtangga yang sebenar-benarnya.

BUKU AKU TERIMA NIKAHNYA INI BOLEH DIBELI DI KEBANYAKAN KEDAI BUKU UTAMA DI LEMBAH KLANG, ATAU BELI SECARA ONLINE DI MPH ONLINE

9 comments:

Asraff Ruslan said...

aku mahu kawen..........
hehehehehe.........

hanny said...

dah sampai seru ker?:)

beruangbuncit said...

wah lutut dh elok nampaknya.

Zaki Isa said...

asraff - siapa la yang taknak kawin oi!

k hanny - seru dah sampai. calon on da way. huhu.

beruangbuncit - belum sepenuhnya. tp dah semakin pulih. hehe.

cucutokjanggut said...

ayashiina..soro2 ka..
ada satu point yang aku setuju sangat2 kat entri ko kali ni..
sebelum ni kita semua selalu dengar "lelaki punyai 1 nafsu & 9 akal, tapi wanita punyai 1 akal & 9 nafsu". tapi perkataan nafsu diganti dengan "emosi" punyai definisi yang tepat dan mudah difahami..

P/s: kalo dah rasa dah masa untk walimah tu..jgn tangguh2..hehe

Anonymous said...

nah comment--> oooOooOoo...関係ねぇじゃん。。

Zaki Isa said...

cucutokjanggut125z - entry ni ditulis bukan sebab dah soro-soro. sekadar pandangan dan cadangan jek untuk semua yang membaca. sebagai persediaan untuk alam berumahtangga.

a - apa yang ooo? dan apa yang tiada kaitan?

cucutokjanggut said...

ha..selain buku Aku Terima Nikahnya tu, ustaz hasrizal slalu sarankan untuk baca buku "Men are from Mars, Women are from Venus"..
mmg best buku tu khususnya untuk kita sume tahu apa perbezaan ant lelaki dan wanita. InsyaAllah nanti takde lah hururara satu rumah tangga tu dan insyaAllah dapat gak elak salah faham antara suami & isteri

Zaki Isa said...

betul,betul,betul :-D