Daisypath Wedding tickers

Thursday, June 5, 2008

wawasan dan cabaran

Anda seorang yang berwawasan tinggi?inginkan cabaran?Dan sangat bersedia untuk lakukan perubahan?

Marilah tinggal di Malaysia.Anda pasti kan merasa perubahan dan cabarannya.

1.Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga”.

2.“Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.''

3.“Langkah berjimat ini bukan untuk kita menjadi kedekut, tetapi jangan sampai berlaku pembaziran. Kita mesti kurangkan pembaziran dalam apa jua perkara yang ada hubung kait dengan kehidupan,”

4.“Kalau kita sedia buat perubahan dalam cara hidup dan buat penjimatan, insya-Allah kita tidak akan hadapi kesan yang teruk sangat.”

5.“Bila masa susah kita kenalah sama-sama susah, bila masa senang kita sentiasa saling membantu.”

6.“Subsidi masih diberikan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban rakyat. Malah, kita masih memastikan harga bahan api di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini,”

7.'Dalam tahun hadapan ini, kenaikan berterusan harga minyak dan komoditi dunia akan meningkatkan beban. Namun subsidi masih terus diberikan iaitu kerajaan tidak membiarkan rakyat terpaksa membeli semua barang mengikut harga pasaran, kerajaan tetap membantu,"

Nantikan episod-episod akan datang yang bakal menggemparkan poket dan jantung anda bila-bila masa.

updet 10 jun 2008

1)Ini baru betul susah senang kita bersama

2)Utamakan kecekapan dan pelaksanaan. Masa untuk bekerja bersama-sama beliau,bukan untuk beliau.INGAT! BerSAMA-SAMA beliau, bukan UNTUK beliau!

5 comments:

Zwan said...

nmpaknya ko kena keje kt jepun dlula lupang haha ...

Zaki Isa said...

aku berwawasan dan bersedia menyahut cabaran.makanya,aku akan pulang dan bekerja di malaysia.huhu.

::Sarang Beruang Buncit:: said...

tu la sebenarnya ramai yg kecoh tak tentu pasal. naik tu mmg naik, tp still dpt subsidi. btol ckp ko kita bleh ubah cara idup biar berjimat sket.

tp cuma ada org kata harga petrol diesel mesia tak patut naik sbb kita pengeluar minyak. pastu ada org kata keuntungan minyak kita sebenarnya digunakan oleh org yg tidak bertanggunjawab.

kalau benda ni btol2 sedang berlaku, maka kita patut rasa marah dan menentang sbb ianya adalah satu kesalahan yg besar.

hmmm tapi kita tak tau bende ni btol ke tak. so buat masa ni kita ikut cara ko je la.Ubah cara hidup.

Zaki Isa said...

Cuba kau baca blog Che Det tentang harga minyak.Semua yang diperkata tentang harga minyak sangat relevan dan kenaikan minyak tak sepatutnya berlaku sebegini drastik bagi negara kita;sebuah negara membangun yang mana pendapatan rakyatnya masih lagi lagi berjurang besar antara satu sama lain.

Aku jua sama seperti kau;bersedia menerima keadaan seadanya sekira kenaikan harga minyak benar-benar sangat membebankan kerajaan dan subsidi minyak yang ditarik balik digunakan secara bijak.

Dan aku akan kecewa dan marah andai subsidi yang ditarik balik dan nasihat yang diberikan untuk berjimat hanya untuk rakyat merhaen sahaja sedangkan 'orang-orang beliau' masih lagi 'menerima subsidi' secara tidak langsung dan hidup mewah.Andai itu yang berlaku,aku yakin masa depan beliau akan gelap dan beliau akan dipaksa berundur.

Mungkin kau rasa ini macam ugutan buat beliau.Tapi bagi aku,ini sekadar peringatan buat beliau.Berapa ramai rakyat Malaysia yang sengsara dengan keadaan sebelum ini dengan kenaikan harga beras,tepung dsb.

Biar apapun yang bakal berlaku selepas ini,janganlah kita cepat sangat melatah.Fikir dan bertindaklah dengan bijak.

rashiD said...

heheh, bersedia menyahut cabaran. belajar kuat-kuat.
Pape pun, org kulit sawo matang jgn pecah. Kalu nk kasik pecah, pecahkan kepala org sawo matang yang santap berlaukkan daging org kulit sawo matang yang laen..