Daisypath Wedding tickers

Wednesday, November 12, 2008

kosong berhad II

* entry ini tiada kaitan dengan cerpen Saharil Hasrin Sanin dalam Antologi Cerpen-cerpen Underground nya bersama Faisal Tehrani yang berjudul Kosong Berhad sama ada dari segi fragmen atau sebagainya.

Entry ini adalah yang kedua selepas yang pertama telah aku draftkan kerana aku merasakan isinya agak tidak sesuai dan menghampakan. Kali ini aku sekadar ingin menulis tanpa hala tuju kerana aku kini sedang kekosongan idea untuk menulis sama ada di blog ini mahupun di kertas contengku.

Kini bulan November sudah menempel di depan mukaku sambil berkata, "Bila nak mula tulis tesis? Belanja cukai kereta sempat dikumpul ke?" dan sebagainya lagi. Satu demi satu dibangkitkan secara sengaja dan tidak ke dalam benak. Dan antara yang menjelma, tentulah tentang musim terakhir pengajian di bumi emas ini. Seringkali ia bertanya kepadaku apakah berat emas yang dapat kukumpul di sini. Persoalan itu bertalu-talu datang tanpa diundang. Apakah hasil emas di sini istimewa berbanding di Malaysia? Soalan itu terus berlegar-legar dan semakin berkembang dari sehari ke sehari.

Mungkin aku punya jawapan bagi setiap persoalan yang timbul. Mungkin juga ada yang hanya akan kekal menjadi soalan tanpa jawapan. Namun, biarlah semuanya kusimpan sendiri. Maka, pada yang masih punya masa (kuharap aku pun begitu jua) untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan itu, carilah jawapan yang sebaik mungkin. Pastikanlah setiap jawapan itu adalah yang terbaik dan bukannya sekadar tangkap-muat hingga akhirnya menyebabkan kita sekadar berjaya menangkap angin di bumi emas ini.

Di kesempatan yang terhad ini, carilah sebanyak mungkin emas yang kita mahu.

Semoga yang akan datang akan lebih bahagia dan menggembirakan kita selamanya.

Jutaan terima kasih pada yang sudi mengundi. Bersama-samalah kita meriahkan blog ini dengan bahan yang membuka minda dan jiwa

3 comments:

cucutokjanggut said...

mmm naruhodone kebanyakan senpai yang dah nak sotsugyou dari nihon ni akan fikir benda yang sama.

"Apa emas yang akan dibawa pulang nanti" aku rasa kau sendiri yang punya jawapannya.Masa yang berbak ni aku kira elok kau perincikan apa yang akan kau bawa pulang. 4 tahun disini tak berbaloi dengan segulung ijazah dan ' fit ' je tau!

Pengalaman, resam hidup dan pengamatan agama di bumi yang asing ini pastinya lebih berharga..

p/s: peringatan untuk diriku juga

A'thiqah said...

"Belanja cukai kereta sempat dikumpul ke?"

tmbh sket ar~ belanja untuk belanja aku eskrim~ :p

p/s: jngn la buat post cmni~cm dh nk balik sngt je~ sedih ar~ haha(sedih tp aku nk gelak gak)

beruangbuncit said...

ternyata resensi kau lebih matang. でもそんなの関係ねいー x2 おっぱっぴー。