Daisypath Wedding tickers

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan

Selamat Datang Ramadhan.

Bersungguh-sungguh lah kita mendepangkan tangan menerima kehadiran Ramadhan ini secara seluruhnya. Bukan sekadar puasanya, namun ibadah-ibadah lain yang sepatutnya telah menjadi tunjang dan dasar kehidupan kita sebagai muslim selama bernafas di bumi Allah ini. Hiruplah sepuas-puasnya udara Ramadhan dengan penuh rasa tanggungjawab dan kehambaan pada Nya. Udara ini takkan pernah beda andai kita tidak mencari perbezaan dan keistimewaan yang ada dalam bulan penuh barokah ini. Bulan yang sarat dengan seribu satu hikmah ini hanya muncul sekali dalam setahun. Jadikanlah ia sebagai batu asas dan seterusnya batu loncatan untuk kita bersama-sama memajukan iman kita ke tahap yang lebih tinggi lagi. Bak kata Mawi, "Dunia tu dunia juga. Akhirat jangan lupa."

Pengalaman Pertama Berpuasa di Perantauan

Bagi adik-adik dan rakan-rakan yang baru pertama kali merasai nikmat berpuasa di perantauan, carilah keistimewaan yang bakal diperoleh daripada pengalaman ini. Usah dicari persamaan atau perbezaan yang ada bila berpuasa di tempat orang. Suasana berpuasa di Malaysia takkan pernah sama jika dibandingkan dengan berpuasa di perantauan. Janganlah mengada-ngada ingin mencari bazar Ramadhan di bumi Jepun ini. Banyak lagi ibadah yang boleh dilakukan daripada membandingkan perbezaan dan persamaan semua itu. Yang paling penting adalah tanyalah pada diri kita sendiri sama ada masih samakah taraf puasa kita bila berada di perantauan ini. Adakah puasa kita selama ini ditentukan oleh persekitaran dan bukannya oleh iman kita.

Akhir Kata

Marilah kita sama-sama berdoa agar Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Dan semoga kita berpeluang menghabiskan Ramadhan kali ini dengan sempurna.

Tepuk dada, tanya iman.

Salam Ramadhan. Maafkan andai ada tersilap kata terlanjur bicara terlajak laku.

5 comments:

hanny said...

salam ramadhan. teringat akak first time berpuasa kat Hirodai dulu. bukak puasa makan coklat kat dalam kelas..kenangan sungguh!
kalau dah boring bukak puasa kat Ube marilah berbuka puasa ramai-ramai kat Moji lak ya!

Zaki Isa said...

Pengalaman pertama berpuasa di Jepun agak menarik kerana berpuasa dalam keadaan sejuk. Tak rasa haus tapi cepat lapar. Mula-mula maghrib masuk lambat,sempat masak selepas habis kelas. Bila di hujung Ramadhan, Maghrib masuk awal. Berbuka dengan gula-gula je dalam kelas. Sekarang ni puasa di tengah-tengah panas. Dapatlah rasa dua pengalaman; berpuasa di musim sejuk(tak sejuk mana pun,tapi sejuk lah berbanding Malaysia) dan panas.

Lady Caca said...

Saye tak ingat langsung 1 Ramadhan 1nen bagaimana. Memori hilang. Huhu. Menyesal tak tulis diari.

Anonymous said...

hisashiburi...
natsukashi lak rs bile tingat puasa zmn gakusei dulu..weekend je bkk posa ramai2..rindunye..rindu kat ube..kem salam kat ube ek..hihi..
selamat berpuasa warga ube;>

Zaki Isa said...

Sekarang ni ada kampung melayu kat sunshine heights. Kami (lelaki) hari-hari bukak puasa sama-sama. Sahur pun begitu. Hari pertama puasa bukak dengan perempuan sekali. Makan mee rebus reramai. Kalau bosan bukak puasa kat Osaka, mari lah datang berbuka di Ube. (tiru ayat kak hanny :-D)