Daisypath Wedding tickers

Friday, July 11, 2008

yang pernah

Yang Pernah oleh Estranged

silakan puas sudah disuruh
nyatakan mimpi yg tak pernah lengkap
lakukan apa saja yang kamu mampu
sudahlah biar yg telah lalu
lapaskan kesemua yg pernah ada
alihkan kalau ada masih tertinggal

cukuplah kalau
beratnya ada
disamping kamu
terlalu

andainya aku tau
ertinya disuruh
semua yg pernah minta

tibalah waktu untuk bersedar
kerana giliran sudah menyeru
yg pasti yg panggil itu suci lagi
berilah sedikit untuk aku
hilangkan rasa hati yg tak percaya
biarkan dia yg bilang jgn lagi

andainya aku tau
ertinya disuruh
semua yg pernah minta
andainya aku cari
dimana dituju
semua yg pernah jumpa

jangan minta yg lebih
kerana tiada yg memberi
yg ada cuma mungkin kamu disini

oh tunjukkanlah aku yang benar

*nota
1.untuk video klip klik sini
2.untuk laman rasmi Estranged klik sini
3.muzik yang lain daripada muzik tipikal malaysia.
4.maksud lirik ni aku tak berapa dapat nak tangkap, ada sesiapa boleh tolong terangkan?

9 comments:

frappucin0o said...

cik ki oii...aku mmg la sgt2 suke lagu yang pernah neh..laen dr yg laen.best di dgr.tp tu lah.maksud lirik lagu tuh sgt sukar difahami.series.dh dgr byk kali.tp x phm.haha...adakah aku dah x phm bahasa ibunda ku?

Zaki Isa said...

haha.mungkin juga kita sudah semakin melupai maksud kiasan dalam berbahasa. mungkin juga lagu ini terlalu mendalam maknanya sehingga masih ada lapis makna yang belum mampu kita terokai. sama-samalah kita fikirkan dan renungi maksud yang tersingkap di dalam lagu ini.

frappucin0o said...

zaki johari?apekah

Zaki Isa said...

haha.ku ingin jadi zaki yang benar-benar johor dan jauhari.maka terhasillah johari, gabungan daripada perkataan johor dan jauhari.sekian.

Anonymous said...

sedapnya nama Zaki Johari.

Neway. Takde idea lagi ke apa tafsiran lirik ni? Kalau dah tau ulas la ye.

Zaki Isa said...

Berdasarkan ilmu yang terhad di dada ini, dapatlah hamba tafsirkan bahawa penulis lagu ini sedang menggambarkan luahan rasanya sebagai hamba kepada Tuhannya.

Rangkap pertama agak samar maksudnya.Mungkin maknanya berbeza mengikut baris.

Rangkap kedua
Penulis mengingatkan kita supaya sudah-sudahlah berbuat dosa,kita ini sudah terlalu sarat dengan dosa.

Rangkap ketiga
Penulis seperti mengungkapkan rasa kesal kerana tidak dapat mendalami makna setiap suruhan Tuhan.

Rangkap keempat
Penulis mengungkapkan bahawa sudah tiba masanya untuk kita semua insaf.Saat untuk bertaubat telah tiba dan kita telah diseru dengan pelbagai tanda.Antaranya bencana alam dsb.Yang menyeru dan memberi petanda pada kita itu adalah Tuhan Yang Maha Suci.Maka,penulis berdoa agar diberikan sedikit masa untuk menghilangkan rasa tidak percaya yang telah lama bersarang di dalam hatinya.Penulis juga berdoa agar dihindarkan daripada hasutan dan dogaan dunia.

Rangkap kelima
Penulis mengungkapkan rasa kesal buat kali yang kedua kerana tidak memahami makna suruhan Tuhan sedalam-dalamnya.Penulis juga mengungkapkan rasa kesal kerana tidak bersungguh mencari keredhaan Allah seperti mana orang yang telah menjumpai keredhaan-Nya.

Rangkap terakhir
Penulis mengingatkan diri sendiri dan khalayak supaya bersyukur dengan apa yang ada.Usahlah kita meminta berlebihan pada-Nya sedangkan kita langsung tidak memberikan rasa terima kasih pada Tuhan.Segala2nya terserah kepada diri kita sendiri.Penulis berdoa agar ditunjukkan jalan yang benar.

*ini sekadar daripada pengamatan hamba.lain ruang singkapnya,maka lain ruang nampaknya.

Lady Caca said...

Uih. Buat la entry baru. Ni kawan saya tafsir. Hehehe. Saya kopipes je.

*

Yang Pernah oleh Estranged

silakan puas sudah disuruh
nyatakan mimpi yg tak pernah lengkap
lakukan apa saja yang kamu mampu
sudahlah biar yg telah lalu
lapaskan kesemua yg pernah ada
alihkan kalau ada masih tertinggal
(Pergilah, dah puas ni disuruh..
Malas nak ckp apa dah..buat la apa ko nak buat..
Mana2 yg belum lepas tu, lepaskan je la..barang2 tu suma tinggalkan aje..ekekekek)


cukuplah kalau
beratnya ada
disamping kamu
terlalu
(hidup dgn ko mmg membebankan..)

andainya aku tau
ertinya disuruh
semua yg pernah minta
(kalau la aku tahu apa maksud tiap2 kali org suruh..apa yg org mintak aku buat..)

tibalah waktu untuk bersedar
kerana giliran sudah menyeru
yg pasti yg panggil itu suci lagi
berilah sedikit untuk aku
hilangkan rasa hati yg tak percaya
biarkan dia yg bilang jgn lagi
(skrg dah sampai masa..seru aku dah sampai..
Pergi menunaikan sesuatu yg suci walau ada yg tak percaya tentang apa yg aku cuba lakukan..)


andainya aku tau
ertinya disuruh
semua yg pernah minta
andainya aku cari
dimana dituju
semua yg pernah jumpa
(kalau la aku tahu apa hikmah di sebalik kejadian..)

jangan minta yg lebih
kerana tiada yg memberi
yg ada cuma mungkin kamu disini
(dont expect more that what people give to u..)

oh tunjukkanlah aku yang benar

Anonymous said...

aku rasa aku lagi stuju ngan tafsiran membe malak nayali.

Anonymous said...

dah lama minat lagu ni, baru skrg cari maksud lirik sbb sgt terpanggil utk memahami maksud di sebaliknya...

aku lebih setuju dgn tafsiran zaki johari. aku pun terasa lagu ni agak gothic & berunsur ketuhanan.