Daisypath Wedding tickers

Wednesday, October 29, 2008

kutuk muzik

Pernahkah kaubaca komen-komen di kebanyakan klip video lagu Melayu dan Indonesia di Youtube?

Kalau diperhatikan, (selalunya) komen-komen tersebut tidak membina langsung. Setiap lagu yang dibuat dengan sepenuh daya kreativiti dan idealogi pemuzik masing-masing dikutuk dan dicaci pelbagai kata. Malah, ruangan komen itu juga bagai menjadi 'medan pertempuran' antara penonton klip video di Malaysia dan Indonesia.

Masing-masing bermatian mempertahan keasyikan irama lagu artis mereka. Meskipun hak dan kebebasan bersuara itu ada, namun ia perlulah digunakan seelok-eloknya dan haruslah pada perkara yang memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Sekadar bertekak dan bergaduh di ruangan komen dengan mengatakan lagu itu lebih 'jaguh' bukanlah satu penyelesaian yang bijak. Ia sekadar menampakkan kebodohan dan kedangkalan si pengomen yang selalunya terpesong daripada matlamat asal seperti membicarakan tentang kekreatifan sesebuah lagu atau memberikan apresiasi kepada lagu tersebut.

Usahlah kita sibuk berbicara tentang siapa yang lebih ganteng dalam menghasilkan lagu. Semua hasil kreatif dan hasil seni itu adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Pencipta Keindahan. Pada siapa yang dikurnia-Nya, maka terhasillah lagu dan hasil seni yang menakjubkan. Dan semoga dengan terhasilnya karya-karya seni sebegitu akan membangkitkan semangat dan daya saing untuk sama-sama berusaha menghasilkan hasil seni yang mengagumkan.

Andai ada di antara kita yang telah dan pernah terlibat dalam memberikan komen-komen sebegitu di ruangan komen Youtube, hentikanlah. Tiada sebarang manfaat pun bakal kita peroleh hasil pertengkaran itu. Melainkan, anda benar-benar seorang pemuzik dan anda rasa kutukan dan kritikan di Youtube itu tidak patut ditujukan kepada karya anda. Dan sepatutnya, anda anggap itu sebagai satu cabaran untuk menghasilkan sebuah karya yang benar-benar bermutu dan digilai ramai, bukannya ikut sama membalas dan ber'gocoh' di gelanggang tanpa sempadan itu.

Bergaduh dengan orang bodoh, kita juga dipandang bodoh.
Berlawan dengan si gila, kita juga dianggap gila.

11 comments:

beruangbuncit said...

100% setuju dengan kau.

zam muhammad said...

memang sah kta kunci ke 4 ni..
huhu..
sokonglah industri muzik kita!

hanny said...

cakap pasal muzik kat youtube, teringat akak baru discover video wan main gitar nyanyi lagu "I'm Yours". Cool!. Terus akak minat lagu nih..

Zaki Isa said...

akak patut cari alan main gitar sekali. tapi alan tak tunjuk muka. mungkin susah nak jumpa. dia ada main lagu juwita(iklim). kalau cari, insyaAllah akan jumpa...

beruangbuncit said...

nk cari alan mmg tak jumpa. kata kunci dia huzil

ApeeN said...

indon - msia mmg sll gado..

gado2 psl mcm2 ..bkn music je.. reformation kt indon dh jd habit rakyat snih..

k ..tc

hanny said...

hah... dah tgk alan main gitar.. cayalah!tak sangka masing-masing ada bakat terpendam...Boleh buat Malaysian Night untuk area Chugoku lah camnih!!

A'thiqah said...

haha~semua org dah buat~ ble plak zaki punye nak ade?

Zaki Isa said...

haha...aku dah lama mem'buang' gitar...hanya tinggal muzik sahaja dalam diri sekarang...huhu...

Anonymous said...

weih betul do.. aku pun terpikir cam ko.. tak matang kan...

Zaki Isa said...

selamat datang azlee. memang tak matang langsung pun. dah nama pun muzik tu sebagai satu karya kreatif, maka kadar dan tahap kreatif tu bergantung pada pemahaman masing-masing la.