Daisypath Wedding tickers

Saturday, June 28, 2008

dari hujan datangnya sayang

i
Dari mana datangnya hujan, dari awan jatuh ke bumi.
Dari mana datangnya sayang, dari mata terus ke hati.

Kata-kata itu terus terngiang di cuping telinga terus-terusan. Berulang bagai dimain berulang kali. Berbunyi dan terus berbunyi. Tanpa henti dan tanpa royalti.

ii
Di lot parkir itulah, berlangsungnya pertemuan terakhir kita. Pertemuan yang akan menjadi titik mula dalam kehidupan kita yang mendatang. Titik yang bakal menjadi sejarah buat selamanya. Buat kita; kau dan aku. Mungkin juga dia.

Petang itu sedikit gerimis. Rintik-rintik halus turun membasahi. Langit bagaikan kembarku; memahami perasaan ku yang berkocak saat itu. Air mata yang bergenang di kelopak mata tersembunyi dicelah basah gerimis petang. Sedu kutahan, dan kau kupandang. Ya, aku senyum padamu tika itu. Namun, senyum itu bukan senyum biasa. Senyum itu senyum bisa; mencucuk biji mata dan menjuih bibir. Senyum ejek katamu.

Aku senyum beku. Sepatah pun tak mampu terpacul dari bibir. Lidah membatu dan bibir terkatup erat. Kau pun begitu. Malah, aku berharap pun kau begitu. Supaya perpisahan ini berakhir dengan sempurna. Tanpa dendam yang terpendam dan tertahan.

Dalam paksa rela, kulepaskan tanganmu perlahan-lahan. Kubuang terus dari genggaman. Kita sama-sama sunyi. Aku mahu kita saling berpandangan, namun kau lantas berkalih pandangan. Sedih katamu. Dan dengan nada gigil, aku berkata padamu, "Cukup sudah kita di sini. Berpisah kita kerana tiada jodoh antara kita. Bukan kerana kau kurang sempurna. Maka, usahlah kau risau akan nasibmu nanti. Pasti dia akan menjagamu sebaiknya. Malah, mungkin lebih baik daripada ku." Dan kau tunduk membisu. Namun, mengangguk tanda setuju.

iii
Maafkan aku sayangku Toyota Altezza RS Edisi Z, kerana tak mampu menjagamu sesempurna bulan untuk malam, sesetia kumbang pada bunga, seikhlas langit memayung bumi. Satu yang kau perlu tahu; minummu bukan sirap jalanan, makanmu bukan sebarang, alat solek mu bukan murahan, semuanya membeban. Dan aku, mencari kasih baru; Honda Fit 1.3 i-Dsi.

10 comments:

hanny said...

woooo...cayalah dulu sure time SPM, BM dapat A1....
p/s akak memang ingat sayonara kat gadis melayu manala nih:)

Zaki Isa said...

hehe...alhamdulillah, dapat A1 SPM untuk BM dulu...

::NaS:: said...

awal2 baca lg dah agak mesti alteza,awek yg x kesampaian..haha

fauzi said...

Pendidikan Agama Islam dpt bape tyme SPM ? :p

Anonymous said...

ak br nk cop mamat zaki ni jiwang gile~!!bace sampe abeh yappari lebey jiwang dr yg disangke...ngn kete pn bermadah2...hahaha

Anonymous said...

apa kata ko tulis pasal kurimak plak?

Anonymous said...

kenang ku dalam doa mu kurima.

rashiD said...

dari mata turun ke hati,
ku sangka rindu yang dah berguni-guni,
tak gune nye md zaki,
rupanya berahi nak tukar 'bini'..
hahaha~

Zwan said...

aku tk merasa lagi naik Fit putih tu ..

Zaki Isa said...

nas
nak wat cmne. cinta buta itu menjahilkan.

deja
kita kena jiwang dgn semuanya.barulah universal.

beruang buncit & esoh
encik kuri@makuri-chan tu lagenda. aku tak berani nak cite.takut kena sumpah.

rashid -
rindu sudah berguni-guni,
berahi sampai bertukar bini,
apalah daya empunya diri,
bile pak lah tarik subsidi.

kenkyu kun -
meh ar dtg umah.kita pusing-pusing ube.