Daisypath Wedding tickers

Thursday, November 20, 2008

Makin Suntuk



Sayembara Puisi Islami GKLN 2008

Syarat Penyertaan

1. Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut :

a) Sedang menuntut di luar negara.
b) Telah menjadi ahli GKLN yang sah. Bagaimana ingin menjadi ahli GKLN yang sah?
Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@ yahoo.com bersama karya penyertaan anda.
c) Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
d) Peserta yang mengikuti 'twinning program' juga layak menghantarkan penyertaan dengan syarat belum selesai mengikuti program 'undergraduate' sebelum tarikh tutup penyertaan.

2. Syarat karya :

a) Setiap puisi wajib mempunyai unsur moral dan pengajaran.
b) Setiap puisi boleh menyentuh mana-mana aspek seperti :
(1) Sejarah Islam.
(2) Nilai tamadun kerajaan Islam silam.
(3) Tokoh Islam
(4) Dakwah dan tarbiyah
(5) Aspek perjuangan menegakkan syiar Islam.
(6) Kritikan sosial dan sikap umat Islam.
(7) Isu-isu semasa dunia Islam.
(8) Kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam
(9) Keamanan/kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin dan sebagainya.
(10) Aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam
(11) Lain-lain aspek yang berkaitan.


3. Hasil karya hendaklah asli ( bukan saduran atau terjemahan) , belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharapa dapat menarik balik sajak tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut ( di buletin, majalan, weblog dan yahoogroups GKLN ) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

5. Pemenang hadiah utama akan dibukukan.

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2008.

7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari blog Grup Karyawan Luar Negara.

2 comments:

Lady Caca said...

O0o0hhh ade syarat2 tema karya. Patutla buku aku baca hari tu. Aku semacam nampak unsur2 moral semuanya. Semacam se'irama' semuanya. Ingatkan pelajar luar negara tidak mempunyai idea nak tulis puisi yang... Bukan la tak bermoral. Tapi puisi bertema biasa2. Tapi tertulis dalam bahasa indah2. Ingatkan kalian semua tak ber-kencederungan begitu..

Hehe.

Naruhodo..

Zaki Isa said...

Tema untuk buku tu bebas. Cuma tentang bermoral tu, rugilah sesebuah puisi itu kalau ia sekadar indah kerana laras bahasa tanpa ada sebarang kritikan sosial atau moral di dalamnya. Sudah alang-alang menyusun kata, bukankah lebih baik ia memberi sesuatu makna. Tak ke begitu?