Daisypath Wedding tickers

Friday, January 30, 2009

Tersasul

Pernahkah anda tersasul tanpa anda sedari? Pernahkah kawan-kawan anda mentertawakan anda bila anda tersasul tapi anda masih tak menyedari? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang sasul ini.

Kenapa tersasul?

Menurut Kamus Dewan versi internet, sasul atau tersasul membawa erti terlajak (perbuatan, perkataan, dll), terlangsung, terlebih (drpd sepatutnya)

Kalau diperhatikan satu persatu definisi yang jelas dan terang itu, maka akan fahamlah kita bahawa setiap perkataan yang didefinisikan itu berimbuhan 'ter' di depannya. Oleh yang demikian, haruslah kita sedar dan ingat bahawa setiap yang berimbuhan 'ter' itu selalunya bersifat tak sengaja atau dalam erti kata lain, di luar kawal. Contohnya, perkataan 'tawa' apabila dibubuh imbuhan 'ter' didepannya, maka perkataan itu akan menjadi 'tertawa' yang membawa pengertian ketawa tanpa disengajakan dan tanpa kawalan. (mungkin kerana terlalu kelakar, komedi, mencuit hati, dsb) Begitu juga dengan perkataan 'siar' yang bilamana dibubuh imbuhan 'ter' didepannya, maka perkataan itu akan menjadi 'tersiar' yang membawa maksud tarikh, masa dan tempat siar itu tidak boleh dikawal oleh diri sendiri. Ada kuasa lain atau autoriti yang akan menentukannya.

Untuk terus memahami maksud perkataan ini, mari kita sama-sama ikuti kisah benar di bawah ini.

Dan di suatu petang yang suci tanpa badai dan taufan, arakian diceritakan bahawa telah tersasul lah sang penutur bicara di dalam surau (untuk Asar dan Maghrib) yang mulia lagi berkat. Sedang akal ingin berkata kelabu maka meluncurlah kalbu dengan lajunya selaju kilat di udara tanpa disedari si pembicara. Teramatlah yakin dan tersangatlah jelas didengar oleh yang mendengar meski sedecit pun tak terdengar untuk menjentik rasa penutur bicara. Lantas ditegur si tuan punya gegendang yang bergetar,

" Haa, kau sebut apa tu?! Warna apa?!"
" Warna apa pulak? Sama macam kereta Anas la."
" Itu aku tahu. Yang kau sebut tadi tu warna apa?"
" Kalbu."
" Haa, kalbu jadahnya! Kelabu! HAKHAKHAK!"

Maka terdekah-dekahlah empunya gegendang getar dengan bersungguh-sungguh kerana ketersasulan si penutur kata. Dan sang penutur bicara hanya mampu tersenyum sipu kerana lidahnya tersilap membuka langkah.


Apakah yang sebenarnya bermain di fikiran si penutur bicara hinggakan warna tahi anjing itu didekatkan ke dalam jiwa? Sama-sama kita renung, fikir dan komenkan.

8 comments:

Anonymous said...

bersin kalu jadi tersin la ek??

Zaki Isa said...

sila semak di sini http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=bersin&sid=42a0df8ceb11f17c678c781386f7308b&find=Cari untuk mengetahui perkataan akar atau dasar kepada bersin. harap maklum

A'thiqah said...

penutut kata tu ape?

Zaki Isa said...

haa, penutut tu pun salah satu jenis 'ter' jugak. Tersalah eja. 'penutur' yang betulnya. terima kasih kerana menegur ejaan!

A'thiqah said...

ohO~ xtau pun tu satu kesalahan~ ingt mmng ade pun perkataan tu dlm bm~ hee~ seb bek bukan ***** yng prasan dulu~ :p

fauzi said...

pendengar nye care gelak 2
mcm dh biasa dengar jer
"hakhakhak...."
x de org laen gelak cam2..huhu

Anonymous said...

terima kasih kerana berkunjung ke blog..

tahniah juga untuk sajak awk , maaf dari palestin di BH

Zaki Isa said...

ainunl muaiyanah - terima kasih kembali