Daisypath Wedding tickers

Sunday, January 18, 2009

Warkah Untuk Pesot

Menemui sahabatku, Pesot@Piere Andre yang kini berada di Orenji Heights,Ube. Semoga kau sihat hendaknya.

Tujuan aku menulis warkah ini adalah untuk menceritakan tentang mimpi-mimpiku yang berkisar di sekitar ruang lingkup hidupmu. Sudi-sudikanlah membacanya hingga tamat kerana jarak rumah kita yang terlalu jauh, dan keadaan hidupmu yang terlalu sibuk hinggakan beratus-ratus saat, malah berjuta saat kita tak dapat bersua muka dan bertanya khabar. Lalu kuutus surat ini tanpa setem dan pejabat pos melalui blog ini.

Pesot,
Ketika kau sedang membaca warkah ini, aku mungkin sedang nyenyak tidur bermimpikan kau membeli Subaru Impreza datang ke parkir Sunshine (apartment) lalu membuat donut menggunakan tayar empat ketul kereta mu sehingga seluruh warga Sunshine bersorak meraikanmu. Atau mungkin Honda Civic Type R. Atau mungkin Honda Integra Type R. Aku juga mungkin bermimpikan persandinganmu dengan jiran cik Zorita Shamsudin (bukan nama sebenar). Mungkin juga aku bermimpikan kau mendapat gelar Tun kerana jasa dan sumbanganmu kepada bangsa dan negara. Entah lah Pesot, kalau diingat-ingatkan kembali, terlalu banyak wajahmu muncul mengganggu tidurku. Barangkali sejak kau menceritakan bahawa kau membaca blog-blog penduduk kampung Ube. Lantas mencambahkan benih idea untuk menulis warkah ini kepadamu.

Wahai Pesot,
Aku amat berharap, agar kau tak lagi meracun mana-mana jiwa tulus dan murni yang sedang membaca kanji. Biarkanlah jiwa murni itu membaca kanji dengan muka bersemangat penuh tulus dan kudus. Biarkan, biarkanlah. Selagi dia bukan otaku yang tak mahu kenal dunia lain selain dunianya sendiri. Dan andainya kau bertanya tentang kelas-kelas agama yang semakin berkurang di tahun ini berbanding tahun lalu, soalan-soalan tentang kelas itu tak mampu aku balasi dengan jawapan kerana ia di luar bidang kuasa ku. Aku tahu, kau amat merindui kelas-kelas itu. Di musim tesis ini, aku tak mampu mengaturnya. Namun andai kau benar berharap, akan aku tanyakan pada yang berkenaan tentang kelas di waktu cuti musim bunga nanti. Malah, akan aku berikan nombor telefon mu padanya, moga lebih senang kau berurus dengannya. Barangkali kau bisa juga bertanya pada sahabatmu, soB (bukan nama sebenar) yang masih belum berjaya mengajak mu ke khemah ibadah di setiap cuti panjang. Mungkin benar katamu, setiap kem itu kauhadir dengan berwakilkan dia dan kerana dia menceritakan kembali setiap yang didapat dari kem itu. Maka, kau juga mendapat ilmu yang sama. Maka kerana itu, kau juga harus ajarkan kepada kami semua yang telah kau dapat darinya. Dan apakata sekiranya kau sendiri yang menganjurkan kelas-kelas agama yang kau minta? Apa katamu? Beranikah?

Duhai Pesot,
Sebelum ku akhiri warkah ini, ingin sekali aku berterima kasih kepadamu kerana membawa kawan-kawan lain menjengukku ketika aku bermastautin di hospital tahun lalu. Dan kau juga yang mententeramkan keadaan ketika berada di tepi gaung maut yang telah menimbulkan keinsafan seketika kepada rakan-rakanku tentang mati dan keluarga. Dan ketika kereta terparkir di tepi sawah, kau juga turut sama terparkir. Terima kasih untuk segalanya. Sehingga tamat pengajian nanti, bersama-samalah kita warnai dunia Ube dan seisinya dengan memori-memori indah dan bernas. Sampai ketemu lagi di warkah yang lain bersama isi-isi baru (bukan mimpi barangkali).

Sekian, wassalam.

Yang benar,
Lupang@Aziz M Osman

* otaku - klik sini untuk maksud dari wikipedia

13 comments:

::NaS:: said...

hahahaaaa...
balas pesot balas~

zam muhammad said...

hahaha..
pesot mesti kandou nih..
ak nk gak tgk pesot bg usrah b4 dy sotsugyo nih~~

Zaki Isa said...

sama-samalah kita nantikan surat balas dari pesot...hukhuk...

Lady Caca said...

Aziz M Osman?

Mana datang eh? Kenapa aku rasa.. Aku pernah bagitau kau. Yang mak aku kata muka kau cam Aziz M Osman?

Ke aku silap? Ke Kak Siti eh? Eh tak ingat la.

Mana datang Aziz M Osman?

Zaki Isa said...

Pertama kali orang cakap aku macam Aziz M Osman masa mula-mula jumpa Syazwani dan rakan-rakan SMAP Labu masa kat AAJ. Lepas tu ada la lagi orang-orang yang cakap camtu kat aku. Kalau tak silap aku, masa mula-mula jumpa abg Farid, dia pun kata aku macam Aziz M Osman gak. huhu

beruangbuncit said...

Kau menggalakkan aku menulis juga tentang En. Pesot ini. Tp aku rasa apa yg kau tulis sudah cukup lengkap.

Apa kata seterusnya kau tulis tentang adiknya pula. Errr bukan yg bernama Bob. Adik atau kohainya. Gori la. Sapa lagi kan. Aku rasa menarik juga.

::NaS:: said...

aku dh lama rase muka lupang mcm aziz M osman.tp x bgtau sape2 sbb x nak lupang perasan.

cucutokjanggut said...

waa.. bahagianya si empunya diri wahai Pesot..

Zaki Isa said...

beruangbuncit - Gori dekat sangat. tak boleh nak hantar surat.

nas - apa barang prasan-prasan ni. haha. tak rasa apa pun. hehe.

cucutokjanggut - nak surat jugak ke? nanti aku cuba tuliskan. huhu

cucutokjanggut said...

okies..

EMS de kudasai

Zaki Isa said...

cucutokjanggut - hantar guna blog jek. lbh cepat dan murah. huhu

ApeeN said...

hehe..pesot2.. u told me about him..klakar tibe2 blog jdkan tmpt anta warkah plak

Anonymous said...

siot..asal aku nye comment x msk2 lg..hahah..sume kene lak tu ape yg ko tulis..chikussshoooo zaki johari..hak2..tp kandoushichatta..doumo..agi idup agi ngelaban aaa ini mcm..cayokkkkk!!!
-tun pesot-