Daisypath Wedding tickers

Thursday, January 15, 2009

MAJLIS DISKUSI KARYA MANTAN MPR 2009

Majlis Diskusi Karya Mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) kembali lagi. Majlis kali ini akan diadakan dengan kerjasama Alumni Minggu Penulis Remaja dan Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pihak Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) dengan sukacitanya menjemput semua ahli kelab alumni, para penulis, pembaca, penelaah, pemerhati, peminat dan pencinta ilmu sastera tanah air untuk menghadiri majlis ini.

Tarikh: 17 Januari 2009 (Sabtu)
Jam: 8.30pagi - 12.30tghari
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP
Tema Pakaian Mantan : MERAH

Sesi 1 (Karya Eceran & Novel)

Diskusi puisi eceran dibicarakan oleh Professor Rahman Shaari

Karya-karya yang akan didiskusikan:
1. SESUMPAH – FIRDHAUS HASSAN (Tunas Cipta)
2. DI TEDUHAN SEBUAH POHON KEMERDEKAAN – NISSA' YUSOF (Mingguan Malaysia)
3. DOA YANG BUNGKAM – AZREE ARIFFIN (Mingguan Malaysia)
4. GURINDAM DAMBAAN INSANI – NOR AFIQAH BINTI MOHD SIDEK (Berita Minggu)
5. PELANGI INDAH DI LANGIT BIRUMU – FARAHANA HUSSEIN (Al-Islam)
6. PENOMAD CINTA – NURUL 'IZZAH ZAINOL (Berita Minggu)
7. HUJAN PAHALA II – ZAKI JOHARI ( Berita Harian)
8. MERINDUIMU – ODE (Berita Minggu)
9. MARSUM RALAT DARIPADA AL-AZIZ – NASRIAH ABDUL SALAM (Mingguan Malaysia)
10. MERDEKAKAN HATIMU – AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN (Tunas Cipta)


Diskusi cerpen eceran dibicarakan oleh Dr Mawar Shafie

Karya-karya yang akan didiskusikan:
1. GERAI PISANG GORENG ABAH - AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN (Tunas Cipta)
2. KERETA PUNYA ANGKARA – AIDIL KHALID (Tunas Cipta)
3. MAHAKARYA SEORANG PIDANA – ZULFAZLAN JUMRAH (Tunas Cipta)
4. SRENGENGE - NAI BOON MEE SARARAKS (Tunas Cipta)
5. INFILTRASI GALAKSI – M.F KENCANA (Tunas Cipta)
6. KERANA AKU BUKAN RABIATUL ADAWIYAH – SAYIDAH MU'IZZAH KAMARUL SHUKRI (Tunas Cipta)
7. SKIZOFRENIA – AZREE HANIFIAH (Tunas Cipta)
8. TUAH DAN KUCING PUTIH – MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR (Tunas Cipta)
9. TENGGELAM DALAM KEREDHAAN – NABIHA M. MASHUT (Tunas Cipta)
10. TERIMA KASIH UNTUKMU – HANI SALWAH YAAKUP (Tunas Cipta)
11. BEZA DUA WAJAH – SAPIAH BT DERAHMAN (Antologi Palestin)

Novel BUKAN YANG PERTAMA karya Salina Ibrahim
dibicarakan oleh Dr Rosnah Baharudin


Sesi 2 (Kumpulan/Antologi Cerpen)

Antologi cerpen KACAK JELITA dibicarakan oleh Encik S.M.Zakir

Kumpulan cerpen ESPRIT DE CORPS karya Nimoiz T.Y
dibicarakan oleh Dr Amida Abd Hamid

Kumpulan cerpen UJANA RINDU karya Mohd Ashadi Saiman & Siti Hajar Mohd Zaki
dibicarakan oleh Dr Kamariah Kamaruddin


Sebarang persoalan, sila ajukan ke emel: aktivitimpr@gmail.com

* sumber dari blog Minggu Penulis Remaja

5 comments:

A'thiqah said...

xpyh la nk bold kan pon~ :p

Lady Caca said...

Kau tak tulis pantun kat blog sebab kau simpan untuk dihantar untuk disiarkan ke?

Sekadar tanya.

Zaki Isa said...

Aku tak pandai tulis pantun. Tak tulis pun. Biasanya aku tulis puisi (kalau boleh dianggap puisi) Mungkin lepas-lepas ni aku tak berapa nak publish karya-karya yang aku rasa berhajat nak hantar ke media.

Lady Caca said...

Kau kan selalu tulis pasal aku (kitorang). Kau try la hantar media. Tak leh jual ke. Ekekeke. Nak royalti. Kakakakka.

Zaki Isa said...

Setiap karya kenalah ada ciri-ciri sastera dan pengajaran. Kisah pasal kau tak sesuai dijadikan sebagai karya yg boleh bagi pengajaran kat semua orang. Kisah kau sesuai sebagai bahan ketawa dan kenangan yang perlu aku abadikan dalam bentuk kata-kata sambil aku selitkan pengajaran sikit-sikit. Dan kalau nak sebut pasal royalti, aku pun boleh mintak kat kau. Sebab aku yang menulis dan mencatit, kau sumber cerita. huhu