Daisypath Wedding tickers

Friday, March 6, 2009

5 kedai yang aku selalu nak masuk bila terjumpa

Ini adalah tag yang belum pernah kulihat di mana-mana. Dan secara jujur aku merasakan ia menarik. Terima kasih saudara rashid yang men'tag' aku. Kalau nak senaraikan kedai-kedai di Jepun sahaja, macam tak cukup lima. Maka, aku campur yang di Malaysia sekali.

1. MPH, Mid Valley
Salah satu tempat membaca buku kegemaran. Menggantikan perpustakaan yang tak pernah aku kunjung selepas tamat SPM 2002 (melainkan perpustakaan Universiti Yamaguchi yang aku tak berahi nak baca buku-buku di situ kerana semuanya berkanji) Banyak buku yang boleh dibaca dan dengan suasana santai; meningkatkan lagi nafsu pembacaan. Terakhir dilawati pada 2005.

2. Pasaraya Trial, Ube
Pasaraya "macam-macam ada" yang menawarkan harga barang-barang dapur dan keperluan dengan harga yang sangat murah. Sangat memuaskan hati dan merupakan satu rahmat kepada sesiapa yang ingin berjimat meskipun berbelanja banyak. Satu lagi keistimewaannya, pasaraya ini dibuka 24jam!

3. Joyfull
Restoran makanan Jepun yang menawarkan pakej "minum sampai kembung" ini merupakan tempat makan kegemaran pelajar-pelajar Malaysia di sekitar kawasan Yamaguchi ni. Juga pengganti kepada mapley sebagai tempat borak-borak dan bercerita kerana restoran ini dibuka 24jam.

4. Kinokuniya, KLCC
Kedai buku yang ekslusif. Bagi aku yang kurang meminati KLCC kerana pengunjungnya yang terlalu ekslusif, kedai buku ini adalah salah satu kedai buku yang mesti disinggah. Kunjungan terakhir pada 2005.

5. Kedai Sushi, Ube
Sejak 2006, sushi telah menjadi satu lagi makanan kegemaran aku. Rasa ikan-ikan segar memang menyelerakan. Dicecah dengan kicap bercampur wasabi, memang cukup meliurkan.

Dan aku ingin menerusan tag ini kepada:-

Apros
Tiqah
Kak Hani Salwah
Fizah

4 comments:

rashiD said...

biar benar ko x cukup kedai kat jepun..
tempat aku ni lain la, pekan kenit..

dah balik m'sia pun layan buku kat kedai buku jepun (kinokuniya), haha..
Dulu lepas SPM selalu aku lepak situ, baca buku free.. nak beli, miskin..

cucutokjanggut said...

rasa teruja bila kau menulis MPH Mid Valley tu no. 1. Aku sedang berfikir bilakah aku berkesempatan untuk ke sana.

P/s: rasa kuciwa bila kedai sushi tu menduduki tempat terakhir. Sepatutnya di atas kan? Huhu...

Zaki Isa said...

rashid - kedai tu banyak jek. tp yg best tu tak banyak.

cucutokjanggut - senarai ni bukan ikut junban. sekadar menyebut nama-nama kedai je. tapi sushi tetap di hati. hehe.

A'thiqah said...

senarai orang yng ko tag ikut jyunban x? jyunban sape paling comel? YES!! hahaha.. aku buat pas balik korea kalau bnyk masa lah.. jYa