Daisypath Wedding tickers

Saturday, January 9, 2010

membaca kenangan

Sesekali membaca coretan-coretan lalu, terimbau saat-saat aku mengisi kekosongan semasa di Jepun. Suka duka, tawa ria, selang seli timbul dari dasar ingatan dan memori. Semuanya silih berganti.

Melihat Malaysia dari luar pastinya terlihatkan sudut pandangan yang lain berbanding dari dalam. Dan pastinya, dengan sumber bacaan dan masa yang cukup untuk menghadam setiap bacaan, pelbagai rencam pernah tercoret di blog ini.

Sambil aku terkenangkan saat-saat aku begitu ghairah dan bersemangat untuk cuba mengisi blog ini dengan sesuatu yang mampu memberi pandangan berbeza kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. Dan kini, setelah semua keghairahan itu terbenam dan semakin tenggelam ditelan alasan-alasan peribadi, aku masih terkial-kial mencari kata-kata dan isi blog.

Dan semestinya aku mengharapkan doa dari kalian supaya aku terus lestari dalam berkarya sama ada di blog atau di medan-medan tulis yang lain.

Kepada junior-juniorku di Jepun yang akan grad Mac nanti, selamat menyiapkan tesis dan pembentangan terakhir. Dan jangan lupa, persiapan mental untuk menghadapi dunia baru; dunia kerja yang bukan selemah lembut alam belajar. Dan bagi junior yang lain, teruskan belajar dan pastikan usaha kerajaan menghantar mu ke Jepun bukan sesuatu yang sia-sia. Marah dan teguran pensyarah, senior atau dari sesiapa pun akan mematangkan kita untuk kesenangan masa depan kita.


Sekian untuk kali ini, sampai ketemu lagi.

No comments: